Artiste,Celebrity,Singer Song Writer,lyricist, Producer, Dj MC Presenter,Product & Travel Ambassador, Role Model, CEO
24 March 2022
12 June 2021
NIAGA LAKSA JOHOR BY ROYCE RESEPI WARISAN SA'AYAN
Namun begitu pengunaan media sosial semakin giat aktif sepenuhnya menerusi aplikasi2 yang semakin melambak, pilih saja apa yang terlintas dan terpengaruh pasti sedikit demi sedikit akan bertambah mahir, malah Pakcik Makcik Atok Nenek, secucu secicit pun sama bermain dengan nya.
Dengan ada nya Norma baharu ni maka reramai lah berhijrah perniagaan ke laman sosial masing2 demi melangsungkan kehidupan.
Apa kurang nya Royce, Jemputan menyanyi di majlis majlis rasmi dan tidak rasmi semakin menampakkan kemerosotan nya, Undangan ke Tv Stesen dan Radio stesen pun terima secara panggilan Virtual (Alam Maya) mata pencarian tak nampak jalan lagi kerna Industri seni jika dibenarkan maka penularan jangkitan pasti bakal menyumbang kearah positif, so kami kami redha #kitajagakita #lindungdirilindungsemua
2020 Malaysia bertemakan #stayathome #staysafe jadi masing2 memikirkan jalan keluar sehingga Royce sendiri diberi berbagai pilihan idea untuk kekal aktif dalam bidang masakan dari rumah #masakdarirumahkemejaanda . Setelah mengenal pasti beberapa jenis masakan favourite keluarga, purata mengambil keputusan untuk menjadikan masakan resepi Warisan Sa'ayan iaitu #LAKSAJOHOR sebagai menu utama. Dengan bantuan Anakanda2 Raja Dayu & Raja Giena dalam bahagian marketing n promosi maka berjalan lah perniagaan Laksa Johor by Royce (Online) secara kecil kecilan, hanya mengambil tampahan seminggu dua kali sahaja dalam 40pack sehari. Bagi Royce cukuplah itu untuk menghabiskan waktu duduk dirumah..
Januari 2021 bermula lah perniagaan Laksa Johor By Royce secara online .. ini ada beberapa gambar untuk menyokong cerita ni..

sejak LOCK DOWN penghantaran semua melalui e-healing dan tempahan boleh dibuat di IG Instagram #laksajohorbyroyce 0182611918 (wtihatapp)8 June 2021
Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih untuk 30 Pelaku Muzik / Penggiat Seni sekitar Ampang.
Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih PPTDJ / PIJNA 8 mac 2021
Live suasana dalam dewan PPTDJ patuh SOPSeramai 30 orang rakan rakan penggiat seni / pelaku muzik yang tersenarai dalam program ini Anjuran Persatuan Penduduk Taman Dagang Jaya Ampang PPTDJA dengan kerjasama Pertubuhan Inspirasi Jasa Nakhoda Alam PIJNA juga Sempena Hari Wanita Sedunia - 8 Mac 2021 di Padang Dewan Komuti Taman Dagang Jaya Ampang.
Program ini turut menjemput Dermawan yng suka dipanggil dengan nama Ka Sue Amir yang menyampaikan sumbangan wang tunai yang mampu memberi senyuman kepada penerima pada hari tersebut.
Royce selaku pengemudi majlis juga turut menyampaikan sumbangan bagi menambah keceriaan diwajah mereka. Alhamdullillah.
Terima kasih kepada Yang Di Pertua Persatuan Penduduk Taman Dagang Jaya Ampang iaitu Encik Adnan Shahri dan semua Ahli Jawatan Kuasa PPTDJA sudi menjemput bagi sama sama menyelaras Program yang berlangsung pada 8hb Mac 2021 jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi
Antara Penggiat Seni/Pelaku Muzik yang menerima sumbangan Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih ini adalah:
Fredo Flybait , Karim Blues Gang, Lord The Boy, Satiman Sun Of Adam, Ayati Tasrip, Wom Ug14, Cekdet, Yem Jesica, Nasir Bassist, Jamie Chik, Yana Samsudin dan lain lain pemuzik dan penyanyi kelab dan buskers.
Royce Sa'ayan mengikuti kursus Sijil Professional Mutawwif - Module Mastery di AMTC
ISI MASA DENGAN ILMU
SEMINAR SOLUSI MENUJU BAITULLAH
KURSUS SIJIL PROFESSIONAL MUTAWWIF (SPM) MODULE MASTERY
AKADEMI MUTAWWIF TRADE CENTER
No. 9A&9B, Jalan Saga Emas 8A, Taman Saga Emas 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
019-356 1369 Email: amtc.latihan@gmail.comhttp://www.akademimutawwif.my/
Platform latihan bagi melahirkan para tetamu Allah yang berilmu,mutawwif bertauliah serta usahawan yang profesional dalam industri umrah & haji.
Tenaga Pengajar Kursus Sijil Professional MUTAWWIF (SPM) Module MASTERY - AMTC
14-16 Mac 2020 - Hari ke3
Antara SLOT nya
Dr. A. Rahman bin Haron, Pensyarah Cemerlang, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pendidikan Islam
Slot Spiritual Haji Umrah oleh YBhg Ust Hj Afifi Ahmad
Slot Fiqh Manasik Umrah dengan Kaedah SALAK oleh YBhg Datuk Hj Kamal Bin Hj Muhamad
Kursus berlangsung selama tiga (3) hari di Wisma AMTC Kajang Selangor. Kursus yang paling hebat dan Istimewa diantara kursus kursus yang di pernah hadir sebelum ini.. Totaly suasana baharu, kawan kawan baru yang mempunyai satu tujuan dalam SOLUSI MENUJU BAITULLAH.
ini ajer info buat masa skrg...bersambung
Penutupan 2020 dan pembukaan 2021- Saf Mahabbah Mawlid Smiah 2020/2021
Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Esa yang melimpahi Nikmat dan Rahmat kepada seluruh manusia dan alam sejagat. Allahumma solliala saiyidina Muhammad SAW..
Sekali lagi tanpa dijangka dan terduga menerima tugasan hebat ini. Pada mula nya hanya dipelawa untuk melangsungkan Module Qasidah untuk Sekolah Menengah Islam Al Haj Bukit Rahman Putra Sungai Bulih atau singkatan SMIAH. ini bertujuan bagi membantu hal prasarana & kebajikan sekolah sahaja, tapi setelah beberapa kali hadir mesyuarat maka tercetus berbagai idea untuk tujuan tersebut dan langsung dipelawa dan melantik Royce sebagai Penyelaras Program SMIAH. Alhamdullillah
Memandang kan Mind Partner Royce adalah Cikgu Siti Hajar (yang mengajak ke SMIAH) maka rasa keyakinan diri untuk menterjemah sesuatu program dalam bentuk Event/Majlis pasti berjalan baik. Confident mau ada!
Walau pun dalam keadaan Seluruh Dunia mengalami Pendamic Covid19 dan Kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan menganjurkan pengamalan NORMA BARU berpandukan SOP - Pakai Pelitup Muka (Facemask) - Kerap basuh tangan - Pakai Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer) - Jaga Jarak (Social Distancing)..So!!! bagaimana nak buat program dalam keadaan begini?
Pertama nya MINTA DENGAN ALLAH, selepas solat mohon doa supaya Allah permudahkan urusan kebajikan ini dengan niat yang ikhlas untuk membantu mereka amat memerlukan.dengan kerjasama pihak SMIAH dan rakam
berbagai dugaan yang tiba semasa pengendalian dan penyelarasan majlis ni, Subhannallah.. kita hanya merancang dan moga Allah memberi restu dan melancarkan tugasan.
Setelah berinterkasi dengan rakan rakan artis yang dijemput, maka pembahagian tugasan siap dan jelas.dan masing2 sedia untuk menjayakan nya... Alhamdullillah.
Antara segment yang disediakn dalam Program SAH MAHHABAH MAWLID SMIAH 2020/2021 adalah:
Chatting Dhuha Smiah bersama Panel Puan Hajjah Zaujun (Pengetua SMIAH) dan Usatzah Nur Aqidah Mawardi (Pendakwah Musliamah TvAlHijrah) dengan topik AKHLAK - AQIDAH - SHAKSIAH.
KOTAFIS Bazar segmet Al Mubieat - Jual Beli secara online yang dikendalikan oleh En Shahadan juga selaku pengacra bersama.
Muazzin & Selawat Challenge yang dikendalikan oleh Cikgu Siti Hajar Ismail selaku (Guru Vokal dan Penyelaras Pendidikan SMIAH) bersama Ustaz Zoul (Pengasas Akademi Muadzin)
MAJLIS MAWLID SAF MAHABBAH CINTA RASUL -QASIDAH & TAUSIAH Gabungan bersama Imam Syazly (Mantan Imam Masjid AsSyakirin KLCC) AL FANN, EL QASSH dan SMIAH. bagi sesi Penutup dan menyambut Tahun baru 2021.اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
14 January 2021
2020 berlalu tinggal kan Pilu - Aku Tak Tahu
AKU TAK TAHU - ROYCE SA'AYAN
LIRIK
1ST v: KALAU
KU TURUT
SEMUA MAHU MU
KEHENDAK MU SAJA
BAGAIMANA KAH
2nd v: KADANG
TAK TAHU
APA MAKSUDMU
MENDUGA SELALU
TAK TERTANGGUNG
#: SIKIT HAL PUN KAU NAK
PERBESARKAN
APA JADI JIKA
SERIOUS….TOLONG
SEHARUS NYA KAU LEBIH
MENGERTI
KERNA AKU TAK SEKOLAH
TINGGI…SAYANG
1ST C/O:
JANGAN KAU BEGITU
TAWAR HATI KU MELIHAT
MU
HINGGA KU TAK TAHU
MANA PERGI JANJI KU
JADI MILIK MU
2ND C/O: SEBELUM
KAU JAUH
SEBELUM KU JEMU… OH
FAHAMI LAH
HINGGA KAU
BAGAIMANA… KU MENYAYANGI
DIRI MU
Lagu & Lirik - Zali Ghazi
Album - Yang Lazat
Artis - Royce Sa'ayan
10 November 2020
Langkah Definasi Corak Seni Muzik Islamik
Langkah Definasi Corak Seni Muzik Islamik
| D'Royce Sa'ayan - IslamicTunes |
Assalamualaikum wbt, kita sambung lagi episod lain kali ini tentang Langkah Definasi Semai Seni Muzik Islamik setelah berjinak-jinak dengan bergaul sambil menimba ilmu sedikit bersama sahabat sahabat yang meminati seni islamik seperti Mengaji, Nashid,Marhaban, Qasidah, Syair dan tak lupa mengamati Syarahan, Tazkirah, Tausiah lain-lain hal mengenai Agama Islam.
Bermula dengan merakamkan Doa Alquran bersama Cikgu Siti Hajar seterusnya mencuba resepi baharu menerbitkan Kumpulan Nashid Wanita yang di panggil EL KHADIJAH dengan lagu AS SYUKRAN ALLAH. Alhamdullillah lagu selamat dilancarkan dan mendapat kerjasama Loonaq Records sebagai pengeluar saluran Digital, dah boleh pembelian muat turun di mana mana platform media sosial seperti ITunes, AppleMusic, Spotify, Joox, Deezer dan lain lain app.
Kemudian, datang pula ilham baru untuk menerbitkan satu single untuk kumpulan Nashid Lelaki yang dikalangan mereka adalah Tenaga Pengajar Sekolah AgamaArab ILMI Ampang seramai 6 orang yang menggelarkan nama mereka sebagai AL FANN.
Dengan pengaruh dan kerjasama yang sangat baik maka terhasil sebuah karya secara Akustik Percussion (Alat Gendang) sahaja bersama Vokal. jadi lah sebuah DOA TAFRIJIYAH dalam 2 versi iaitu Arab dan Terjemahan Bahasa Melayu. karya ini juga mendapat kerjasama dari LoonaqRecords dan Laman Portal Rasmi ISLAMICTUNES bagi pengeluar Digital dan boleh cari di Youtube -
AL FANN _ DOA TAFRIJIYAH
Ceriter penerbitan tergendala apabila tibanya Malapetaka Dunia didatangi Pendamic Covid 19 selama hampir setahun.. Masyaallah. walau apa pun bagi mencari ketenangan dan di waktu ini kesemua manusia sedang dalam gundah gelisah tak menentu dalam mencari punca pendapatan yang semakin merundung termasuk lah Royce sendiri. Cuba BERTAHAN apa yang ada... Insyaallah
Bagi menghilang kan gelisah, Stress yang ada dan dorongan sahabat sahabat yang sedia ada kami berkumpul setiap minggu untuk meneruskan Program SANTAI QASIDAH yang telah pun dilangsungkan di FB LIVE Sofahalal Komunikasi Terkini setiap minggu. Nama Kumpulan ini digelar EL QASSH. bermula dari 3 orang kemudian bertambah dari 4-5-6-7-8-9-10 orang... Kadang2 Live ada yang tak dapat hadir.. (boleh tengok di FB Sofahalal) konsisten mereka utk sesi latihan sangat terpuji sehingga mampu membuat persembahan di Majlis2 Ilmu dan Perkahwinan.
Aktiviti Ber Qasidah ini membuat kan rasa kepuasan yang berbeza dari Ilmiah dan Jasmaniah, Tak disangka-sangka selain dipanggil di majlis dan live Santai Qasidah setiap minggu dengan menerokai Ilmu seni yang ini mampu menebusi pasaran Dunia Islam yang mana pada tahun ini Sempena MAULIDUR RASUL bersama 12 Rabiul Awal 1442h ELQASSH di panggil untuk menjadi perserta dalam Program WORLD MAWLID CELEBRATIONS 2020 anjuran TV.SUFI & ISLAMICTUNES dengan kerjasama MAWLID FEST, THE CAPAL, ASSOCIATE ARRUMI dan lain lain penaja serta rakan rakan niaga strategik telah berjaya di laksanakan pada 28/29 Oktober 2020 yang melibat kan 16 buah NEGARA ISLAM di saluran media Sosial TV.SUFI yang mana VIEW telah hampair mencecah 1 juta penonton...
.
Festival of Unity& Love : Rasulullah SAW
33 Muslim icon from 16 nation will be participating in 𝑾𝒐𝒓𝒍𝒅 𝑴𝒂𝒘𝒍𝒊𝒅 𝑪𝒆𝒍𝒆𝒃𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 2020. Representatives from different language, background & culture will share their thoughts & love towards Prophet Muhammad ﷺ.
𝑺𝒐𝒍𝒍𝒖 𝑨𝒍𝒂𝒏 𝑵𝒂𝒃𝒊𝒚
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
𝟏𝟏 & 𝟏𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐀𝐰𝐰𝐚𝐥
𝟐𝟖 & 𝟐𝟗 𝐎𝐜𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎
𝟗.𝟎𝟎 𝐏𝐌 (𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑻𝒊𝒎𝒆)
𝟐𝟒 𝐇𝐨𝐮𝐫𝐬 𝐎𝐟 𝐌𝐚𝐰𝐥𝐢𝐝 𝐀𝐫𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐓𝐡𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝
Organised by :
tvsufi.com
IslamicTunes
Sponsored by :
The Capal
Khalifah Group Official
Co-operated by:
Mawlid Fest
Malaysian Cultural Society of Ar Rumi
Flensa Production
Layar Temir Bookstore
Ummah Care Organization
Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia
Kapten's Snack HQ
MyCar
Kuya Kreatif
EKONG - Pusat Servis Aircond Kenderaan
:: LQ Muslim Collection ::
#wmc2020 #rasulullahvibe #mawlid #mahabbahrasul #islamictunes #flensaproduction #thecapalxdondaniyal
#khalifahgroup #kaptenssnack #mawlidfest #arrumisociety #tvsufidotcom #kuyakreatif #ekongjalansemarak #mycar #irama #lqmuslimcollection #sofahalal #nakhodaalam #pijna












































