10 November 2020

Langkah Definasi Corak Seni Muzik Islamik

Langkah Definasi Corak Seni Muzik Islamik

D'Royce Sa'ayan - IslamicTunes

Assalamualaikum wbt, kita sambung lagi episod lain kali ini tentang Langkah Definasi Semai Seni Muzik Islamik setelah berjinak-jinak dengan bergaul sambil menimba ilmu sedikit bersama sahabat sahabat yang meminati seni islamik seperti Mengaji, Nashid,Marhaban, Qasidah, Syair dan tak lupa mengamati Syarahan, Tazkirah, Tausiah lain-lain hal mengenai Agama Islam.

Bermula dengan merakamkan Doa Alquran bersama Cikgu Siti Hajar seterusnya mencuba resepi baharu menerbitkan Kumpulan Nashid Wanita yang di panggil EL KHADIJAH dengan lagu AS SYUKRAN ALLAH. Alhamdullillah lagu selamat dilancarkan dan mendapat kerjasama Loonaq Records sebagai pengeluar saluran Digital, dah boleh pembelian muat turun di mana mana platform media sosial seperti ITunes, AppleMusic, Spotify, Joox, Deezer dan lain lain app.


Kemudian, datang pula ilham baru untuk menerbitkan satu single untuk kumpulan Nashid Lelaki yang dikalangan mereka adalah Tenaga Pengajar Sekolah AgamaArab ILMI Ampang seramai 6 orang yang menggelarkan nama mereka sebagai AL FANN.

Dengan pengaruh dan kerjasama yang sangat baik maka terhasil sebuah karya secara Akustik Percussion (Alat Gendang) sahaja bersama Vokal. jadi lah sebuah DOA TAFRIJIYAH dalam 2 versi iaitu Arab dan Terjemahan Bahasa Melayu. karya ini juga mendapat kerjasama dari LoonaqRecords dan Laman Portal Rasmi ISLAMICTUNES bagi pengeluar Digital dan boleh cari di Youtube - 

AL FANN _ DOA TAFRIJIYAH


Ceriter penerbitan tergendala apabila tibanya Malapetaka Dunia didatangi Pendamic Covid 19 selama hampir setahun.. Masyaallah. walau apa pun bagi mencari ketenangan dan di waktu ini kesemua manusia sedang dalam gundah gelisah tak menentu dalam mencari punca pendapatan yang semakin merundung termasuk lah Royce sendiri. Cuba BERTAHAN apa yang ada... Insyaallah

Bagi menghilang kan gelisah, Stress yang ada dan dorongan sahabat sahabat yang sedia ada kami berkumpul setiap minggu untuk meneruskan Program SANTAI QASIDAH yang telah pun dilangsungkan di FB LIVE Sofahalal Komunikasi Terkini setiap minggu. Nama Kumpulan ini digelar EL QASSH. bermula dari 3 orang kemudian bertambah dari 4-5-6-7-8-9-10 orang... Kadang2 Live ada yang tak dapat hadir.. (boleh tengok di FB Sofahalal) konsisten mereka utk sesi latihan sangat terpuji sehingga mampu membuat persembahan di Majlis2 Ilmu dan Perkahwinan. 



Aktiviti Ber Qasidah ini membuat kan rasa kepuasan yang berbeza dari Ilmiah dan Jasmaniah, Tak disangka-sangka selain dipanggil di majlis dan live Santai Qasidah setiap minggu dengan menerokai Ilmu seni yang ini mampu menebusi pasaran Dunia Islam yang mana pada tahun ini Sempena MAULIDUR RASUL bersama 12 Rabiul Awal 1442h ELQASSH di panggil untuk menjadi perserta dalam Program WORLD MAWLID CELEBRATIONS 2020 anjuran TV.SUFI & ISLAMICTUNES dengan kerjasama MAWLID FEST, THE CAPAL, ASSOCIATE ARRUMI dan lain lain penaja serta rakan rakan niaga strategik telah berjaya di laksanakan pada 28/29 Oktober 2020 yang melibat kan 16 buah NEGARA ISLAM di saluran media Sosial TV.SUFI yang mana VIEW telah hampair mencecah 1 juta penonton..


| ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—Ÿ๐——'๐—ฆ ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—›๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—ฆ ๐—ฉ๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—— ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ|
.
.
Festival of Unity& Love : Rasulullah SAW๐ŸŒน
33 Muslim icon from 16 nation will be participating in ๐‘พ๐’๐’“๐’๐’… ๐‘ด๐’‚๐’˜๐’๐’Š๐’… ๐‘ช๐’†๐’๐’†๐’ƒ๐’“๐’‚๐’•๐’Š๐’๐’ 2020. Representatives from different language, background & culture will share their thoughts & love towards Prophet Muhammad ๏ทบ.

๐‘บ๐’๐’๐’๐’– ๐‘จ๐’๐’‚๐’ ๐‘ต๐’‚๐’ƒ๐’Š๐’š ❤️
ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏ
ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ّู‡ُ ุนَู„َูŠู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…

๐Ÿ๐Ÿ & ๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐€๐ฐ๐ฐ๐š๐ฅ
๐Ÿ๐Ÿ– & ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐œ๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ
๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐Œ (๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ ๐‘ป๐’Š๐’Ž๐’†)
๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‡๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ ๐Ž๐Ÿ ๐Œ๐š๐ฐ๐ฅ๐ข๐ ๐€๐ซ๐จ๐ฎ๐ง๐ ๐“๐ก๐ž ๐–๐จ๐ซ๐ฅ๐

Organised by :
tvsufi.com
IslamicTunes

Sponsored by :
The Capal
Khalifah Group Official

Co-operated by:
Mawlid Fest
Malaysian Cultural Society of Ar Rumi
Flensa Production
Layar Temir Bookstore
Ummah Care Organization
Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia
Kapten's Snack HQ
MyCar
Kuya Kreatif
EKONG - Pusat Servis Aircond Kenderaan
:: LQ Muslim Collection ::
Sofahalal Komunikasi Terkini

Jazakumullah








sampai jumpa lagi ya!







BICARA SENI VOKAL gandingan 2 Kolaborasi capai matlamat

Berganding bahu dalam program 

BICARA SENI VOKAL (tahun ke 2) di LIVE FB Sofahalal Komunikasi Terkini bermula dari pertengahan tahun 2018 hingga lah sekarang, November 2020

Bayang kan setiap minggu kami berdua akan membebel berceloteh berbagai topik pilhan. Dari Hal Suara Jasmani hingga Rohani. Tema yang sering di Highlight

"SUARA ADALAH TUBUH BADAN KITA"

Dipendekkan cerita, Oleh kerna terlalu banyak permintaan agar program ini dilakukan di luar lokasi maka terhasil lah beberapa buah program yang telah kami Terbitkan seperti gambar2 dalam Poster dibawah ni... antara nya seperti Program

1- Bicara Seni Vokal - LIVE FB Sofahalal Komunikasi Terkini & Lokasi Strategi Pilihan

2- Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran - Rumah Ngaji Zuliana Ar Ridzuan

3- Busktalk - Lokasi Strategi Pilihan

D'Royce Sa'ayan & Cikgu Siti Hajar Ismail 

In
Inovasi Sura Dalam Bacaan Al Quran 

Peserta2 INOVASI SUARA DALAM BACAAN ALQURAN

Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran

Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran bersama Pengasas Rumah Ngaji Zuliana Ar Ridzuan
Datin Hartini Abd Gani

BUSKTALK
BUSKTALK 

BUSKTALK dan Pelancaran Single EL KHADIJAH - ASSYUKRAN ALLAH
 

BUSKTALK & KLINIK GITAR 


KARNIVAL
Karnival Mahabbah Maulidur Rasul - Sekolah Islam Arab ILMI AMPANG

Karnival Ronda Ronda Balik Ke Sekolah Agama TTDI 

Karnival Muhibbah Masjid Usamah Bin Zaid


SyukurAlhamdullillah, usaha ini sangat berbaloi!
hingga ke episod lain okay...
Wassalam








DOA Al QURAN - Royce Sa'ayan featuring Siti Hajar Ismail

Kolaborasi Royce Sa'ayan dan Cikgu Siti Hajar Ismail
(DOA ALQURAN)
Assalamualaikum wbt, 
Terbit nya ilham duet ini semasa kami sama sama mengendalikan program Bicara Seni Vokal di Studio Nakhoda Alam ... dan kebetulan bekerjasama dengan IslamicTunes untuk memeriahkan lagi Industri Nashid. Maka terhasil DOA ALQURAN ini dalam versi Arab dan Bahasa Melayu.
Semoga bermanfaat, Insyaallah  Dan Terima kasih semua yang mendengarkan nya.


Lirik Melayu - Doa AlQuran

 Allah Rahmati Kami dengan Al Quran 
Jadi kan ia Pimpinan Cahaya 
Petunjuk dan Rahmat

Allah ingat kan kami
Apa yang terlupa ajar kan lah
Yang tak di ketahui

Rezeki kan kami membaca nya
Siang dan malam
sepanjang siang dan malam
Jadikan ia penolong kami
Ya Rabbal A'lamin

DOA AL QURAN di terbitkan Sempena MALAYSIA QURAN HOUR 

23 July 2020

Salah jalan boleh bertanya orang, malu bertanya sesat lah jalan!


Nostalgia Seni Royce Sa'ayan / Borak Kopitiam 6 jun 2020

1995-2020 didalam Industri yang mencabar

Assalamualaikum warahmatullullahi wabarokatuh!


Sebenarnya, bila makin lama makin serasi (kata orang dulu dulu) bila sesebuah lagu itu sering di nyanyi kan dan sering di putarkan untuk pendengaran halwa telinga secara peribadi Aya (nama yang Mak aku panggil masa kecik) fikir ini membuah banyak ilham apabile kita cuba memecah rekod sendiri dari Rock meneroka  Pop atau irama ketuhanan. Banyak perkara yang di teroka dari Muzik, Fesyen dan Ilmu - ilmu lain ... 

Bagi aku nak menerap sesuatu ilmu itu perlu ada dorongan dari berbagai sudut. Dan untuk mengendali kan atau mengemudi perkara baru juga perlu ada keyakinan dan jati diri supaya ia mampu KENDIRI (ayat baru pkp) seronok lah kan...

Karya ini tiada penghujung, selagi nyawa dikandung badan boleh ajer teruskan berkarya dengan berbekalkan  semangat yang kental, salah jalan boleh bertanya orang, malu bertanya sesat lah jalan! Atau pun kita kan orang ISLAM... Allah SWT dah turun kan Al Quran menerusi Junjungan Baginda Rasullullah SAW dan Sunah nya menjadi petunjuk jalan yang BENAR. Asal jangan menyengutui NYA itu SALAH. 
wah macam Ustazah pulak aku nih!  hahahha itu tanda nya aku baca Al Quran dan Terjemaahan nya...
dan Bertadabur dengan sahabat syurga ku. Insyaallah

Ok nanti kita ceriter lagi ... Anna Uhibbuka Fillah
Wassalam










7 June 2020

Borak Kopitiam TV3 (2020) | Sat, Jun 6 - Royce Sa'ayan

Penampilan terbaru Royce Sa'ayan

Borak Kopitiam TV3 Sat, Jun 6 2020  

Versi penuh Borak Kopitiam Tv3
Sabtu 6hb Jun 2020

10 May 2020

Nifael Bluesband - #MuzikDariRumah Showcase

MUZIK DARI RUMAH - MUZIK MALAYSIA
NIFAEL BLUES BAND & ROYCE SA'AYAN



Muzik Dari Rumah - Muzik Malaysia - Kementerian Komunikasi & Multimedia Malayisa



Assalamualaikum kawanku semua...  begini lah kehidupan seorang anak seni tidak jemu untuk berkarya dalam apa jua situasi, kami bergabung tenaga untuk menghasilkan muzik yang terbaek untuk Indutri Muzik Tanahair walau dalam keadaan #lockdown #musimpkp #dudukdirumah #stayathome #staysafe. Untuk itu Royce dan kawan kawan juga menyahut seruan rakan rakan seperjuangan dalam Industri Muzik untuk menjadi ia muzik rutin biasa yang baru #newnormallife kehidupan baru. Mudah mudahan Muzik Malaysia bersinar terus.



Ini kumpulan yang di gelarkan #nifaelbluesband, rasa nya ramai peminat2 Royce sudah pun mengenali group ini menerusi lagu #highwaysuperstar, So...meh Royce kenal kan sekali lagi geng@ pemuzik yang bersama dengan Royce dalam projek #muzikdarirumah ni...:

Nifael (Drum) Md Noor Hendrik (Rusty Blade - Gitar ) Eddie Defgebc (Bass) dan Royce Sa'ayan (Penyanyi).... Dan sorang lagi pemain Bass ori dari kumpulan ini tak main tapi bertindak selaku Penerbit Muzik Video ini.. (Jom Tengok k)

Antara lagu lagu lagenda yang di persembahkan seperti - Tiada Lagi Aku (Rusty Blade) - Cinta Kelangit (Royce Sa'ayan) Highway Superstar (Nifael Blues Band) dan Cinta Sakti (Defgebc)



Kitorang bikin personal video ni pada bulan April 2020 dan Siap juga lancar Tayangan Perdana hari ini 10 Mei 2020 jam 3.30 petang tadi di Youtube Chanel #muzikmalaysia.... Wow Best... akhirnya Terhasil ... bersamaan 17 Ramadan 1441h



Royce dan Nifael Blues Band berharap bingkisan ini dapat menjadi penerus bagi penghasilan karya karya baru akan datang, Semoga terhibur dan jumpa lagi di episod akan datang.... T A T A ....

#kitaharungbersama #kitajagakita


26 March 2020

Royce Sa'ayan - Anna Uhibbuka Fillah (Studio)HQ



SAAT PERTAMA KU MENGENAL MU
KU RASA SESUATU YANG BERBEZA
KU INGIN MENDEKATI MU
TAPI KU TAKUT KAU MENJAUH

SEMAKIN LAMA RASA INI KU PENDAM
SEMAKIN AKU INGIN MENDEKATI MU
DARI KEJAUHAN KU MELIHAT MU
KU BERHARAP KAU PUN MERASAKAN

IMAN DAN TAQWA MU YANG MELULUHKAN
RASA INI MENJADI CINTA
KEKASIH IDAMAN YANG KU HARAP KAN
SEMOGA CINTA INI MENJADI NYATA

ANNA UHIBBUKA FILLAH
KU MENCINTAI MU KERNA ALLAH
JIKA DIA YANG TERBAEK UNTUK KU
DEKAT KAN LAH HATI KAMI YA ALLAH


23 March 2020

Santai Selebriti Royce Sa'ayan & Kombo Johorfm

Royce balik Johor - Wow Terus Teruja!

Sesi Santai Selebriti Royce Sa'ayan & Kombo Johorfm - Isnin 7hb Januari 2020 - 9malam

BALIK KAMPUNG!!! Siapa yang tak TERUJA kan... lagi-lagi nak ke Radio RTM Johor Bahru..
last Royce datang sini pada tahun 2015 Album Rock4ladies & Raya Selamber ...Masa tu jumpa Dj Azura Pedora dan kali ini dah ada sesi Live dengan KOMBO JOHORFm... Wow Wow Wow lahhh....

Seingat Royce, penerbit Santai Selebriti Johorfm ni adalah Suzi (Cik/Puan) tak pasti rasa macam Puan. anyway tarikh yang dapat lock tu ialah tarikh best balik Johor, pasal ada acara bersama Keluarga juga di Jb pada hari sebelum nya tu... Alhamdullillah


Berkenalan dengan Dj CHE ROS (nama gelaran) yang sangat manis paras rupanya dan rakan2 setugasnya, walau pun baru saja mengenali tapi mudah mesraa dan senang nak berinteraksi terutama ketika LIVE. ok nanti Royce kongsi link sesi wawancara 1 jam yang sangat teruja tu ....
Actualy, setiap sesi wawancara yang Royce hadhir kebanyakannya SOALAN/JAWAPAN berpandukan mood Dj bertugas... selain daripada soalan2 wajib ada juga Dj yang pandai mengatur susunkata supaya terjawab soalan mereka, walaupun kadang soalan datang dari Dj sendiri bukan pendengar. ( mungkin mereka ingat mengenali Royce dengan lebih dekat kot) atau Eh Siapa Royce ni ek.... jadi mereka kalau ikhlas akan bertanya dengan penuh minat... Insyaallah penjelasan akan dapat seiring sejalan.. gitewww....

Pemuzik Kombo Johorfm

Dalam sesi bersama KOMBO JOHORFM , Pemuzik nya memang kami saling mengenali sebagai Penggiat Seni jadi rasa tidak kekok dan senang kerja... lagu memang dah diberi awal kepada Penerbit dengan kerjasama PR Tersohor Malaysia Along Bakar,, jadi kerja nya senang  semua dah di atur walau dengan menggunakan talian media sosial bagi urusan2 nya... Masa ni Along tak datang kerna Royce kena turun awal ke Jb atas urusan Keluarga. tapi semua berjalan dengan lancar,,, Insyallah

2 lagu berikut secara Live adalah: 1 - Anna Uhibuka Fillah 2- Hanya 2 Kalimah ...Tapi tengah2 tu
heheheheh Moment mengimbau kenangan saat memasuki pertandingan nyanyian anjuran harian metro johor.. (tahun..ermm lupa, tapi kalau tak silap dalam awal 90'an)  huhuhuuuuu nanti boleh tengok dekat Live yer  #roycenyanyilaguzianazain
blob:https://www.facebook.com/a813d8fa-a40e-42b5-9b9b-7950045cee18

Ini Video dipetik dari sudut tepi oleh kawan2 yang datang bersama Royce di Konti JohorFm RTM Johor Darul Takzim.


Terima kasih banyak banyak banyak sangat kepada Penerbit, Dj, Pemuzik, Krews Santai Selebriti Kombo Johorfm.. moga ruang ini tidak berakhir disini dan harap lagu baru Royce mendapat perhatian dan sering diputarkan oleh Johorfm Permata Selatan supaya nama Royce Sa'ayan sentiasa Segar di ingatan Peminat Muzik seluruhnya.
Selebihnya akan dimuat naik yer ..

 Royce Sa'ayan 1996-2020

Royce Teruskan memberi Inspirasi di UFM untuk Anna Uhibbuka Fillah

Melangkah ke Univesiti FM - UITM Shah Alam



Seingat Royce lebih kurang 5/6 tahun tak jejak kaki di UITM Shah Alam terutama Konti UFM,
sudah tentu secara automatik akan faham dengan situasi di konti yang mana Royce berhadapan dengan Remaja remaja yang ditugas kan mengendalikan segment bersama Selebriti... Turut sedar yang pasti bukan sezaman dengan kita ni yang dah pangkat Makcik makcik kan,,, tapi rasa lebih muda bila dipanggil Kakak Royce Sa'ayan ... walau pun hakikat nya mereka sebaya Anak-Anak.
yang paling salute Adik adik (intern) ni sangat menampakkan gaya hormat terhadap Tetamu... 
Walaubagaimana pun, (dalam hati) sedang mengatur cara akan tuturkan yang akan diperbualkan ketika itu... Adakah santai jer, atau protokol?  ermmmm yang pasti TIADA FB LIVE hanya ke Udara menerusi   UFM UiTM 93.6 FM        atau           https://radioonline.my/ufm-uitm/
bagi menghormati mereka Royce pun tak buat Live hanya rakam momen momen jer semasa di konti untuk Intagram Story. Insyaallah ada kelapangan Royce akan kongsi disini link nya okay.



Terima kasih banyak Dj Fariz- Dj Ana & Dj Airul di  Konti UFM yang bertugas, Di Doa kan semoga Allah SWT memberi kebaikan, kejayaan dan segala yang mencukupi dimasa akan datang. 
#usahatanggakejayaan #menaragading #universitiIntituteTeknologimara #UITM


Segmen Momo Cagherr Royce Sa'ayan di Putrafm

PUTRAFM 
ROYCE SA'AYAN bersama DJ MOMO CAGHERRR!

Jadual seterusnya, Along atur ke Putrafm di Universiti Putra Malaysia (Serdang)

Dj Momo memang lah pandai melawak, lagi lagi dalam loghat Perak.. aduhai tak kering gusi dibuat nya... rasa senang nak berinteraksi dalam situasi yang sangat santai....bukan santau yer...aate.... kate nye.... Ramai juga Artis2 yang line up menunggu timetable interview bersama beliau... Alhamdullillah,

Klik link ni utk dengar Part1
https://youtu.be/ClHgGkpZGLU


Terima kasih kerna sudi lock date Royce untuk ditemuramah mesra sungguh.... ok lah cari kat youtube untuk sesi LIVE  tak jumpa, so boleh lah klik Link kat bawah ni untuk saksikan moment moment dengan momo... gitewww....
kalau tak boleh klik boleh copy & paste di kolum cari Facebook ... insyaallah Royce akan cuba dapat kan link youtube agar mudah untuk di tonton...


Dj Momo Raja Lawak .... Kome memang steady :) Teman rasa teruja....aaaaa Cagherrrrrrrr.......


https://www.facebook.com/djmomorajalawak/videos/821567291647992/

Transisi Seni Terbaharu Royce Sa’ayan | MHI (9 Disember 2019)


Transisi Seni Terbaharu Royce Sa’ayan | MHI (9 Disember 2019)




Terima kasih Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 memberi laluan untuk Royce kembali bersiaran bagi mempromosi kan karya terbaru untuk dikongsikan bersama penonton2 tegar MHI TV3.
Along Bakar (PR) yang menguruskan kan jadual sangat peka dan mahir dalam bidang nya.
 Tahniah dan Terima kasih  banyak...

Lagu pertama; Anna Uhibbuka Fillah


Lagu kedua memang favourite ramai iaitu lagu Blues Wanita Penggoda ciptaan sepenuhnya oleh Royce sendiri.
Kedua-dua lagi ini Royce nyanyikan LIVE On top of Minus One.
Alhamdulillah Royce dah buat persediaan Vokal supaya suara pagi tu kedengaran nya elok! :) errm:) 

FB: Royce Sa'ayan / Royce Sa'ayan ii
IG: #roycesaayannetwork / #roycesaayan
Twiter: @roycesaayan
Youtube: Nakhoda Alam Enterprise
Email: roycesaayan@gmail.com

Royce Sa'ayan LIVE Akustik - di Selangorfm

ANNA UHIBBUKA FILLAH
ROYCE SA'AYAN

Live dari Konti Selangor Fm (RTM) bersama DjAnis

Pemain Gitar/Penerbit Lagu: Md Noor Hendix

Lagu ini telah pun diluluskan oleh Rakam Khanah P Ramlee  RTM


Terima kasih banyak kepada Selangorfm yang bersiaran di Angkasapuri Kuala Lumpur (RTM)
terutama Dj Anis yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap Artis/Selebriti yang menghasilkan karya karya bermutu yang baru untuk di putar kan. Semoga terus sukses dan mengharapkan mendapat tempat dihati peminat2 yang sering menantikan karya terbaru Royce. Insyaallah dengan Hijrah serta penampilan baru ini mudah mudah mendapat kepercayaan dan keyakinan yang merangsang kearah kebaekan dan kejayaan Dunia & Akhirat. Amin

Royce Sa'ayan

Ana Uhibbuka Fillah - Royce Sa'ayan

ANNAU UHIBBUKA FILLAH
ROYCE SA'AYAN



LIRIK
ANNA UHIBBUKA FILLAH - ROYCE SA'AYAN

Saat pertama ku mengenal mu

Ku rasa sesuatu yang berbeza
Ku ingin mendekati mu
Tapi ku takut kau menjauh

Semakin lama rasa ini terpendam
Semakin aku ingin mendekati mu
Dari kejauhan ku melihat mu
Ku berharap kau pun merasa kan

Iman dan takwa mu,  yang meluluhkan
Rasa ini menjadi cinta
Kekasih idaman yang ku harap kan
Semoga cinta ini menjadi nyata

2x
Ana uhibbuka fillah
Ku mencintai mu karena allah
Jika dia yang terbaik untuk ku
Dekat kan lah hati kami ya allah

Semakin lama rasa ini terpendam
Semakin aku ingin mendekati mu
Dari kejauhan ku melihat mu
Ku berharap kau pun merasa kan 

Iman dan takwa mu yang meluluh kan
Rasa ini menjadi cinta
Kekasih idaman yang ku harap kan
Semoga cinta ini menjadi nyata

4x
Ana uhibbuka fillah
Ku mencintai mu karena allah
Jika dia yang terbaik untuk ku
Dekat kan lah hati kami ya allah

Studio Rakaman; Loonaq Station Ampang
Susunan Muzik: Md Noor Md Zain
Pemuzik Undangan: Linda Mamat (Violin)
Terbitan: Nakhoda Alam Enterprise
Keluaran: Loonaq Records Malaysia

EL KHADIJAH - As - Syukran Allah (HQ)









El Khadijah Malaysia

Lirik : AS SYUKRAN ALLAH
YA ALLAH 2X
AS SYUKRAN YA ALLAH 2X
JAZAKUMMULLAH KHAIRAN KATSIRAN
WAJAZA KUMMULLAH AHSANAL JAZA

YA ALLAH JADI KAN KAMI
ORANG YANG PANDAI BERSYUKUR
MENSYUKURI NIKMAT DAN KURNIA
YANG ENGKAU LIMPAH KAN SETIAP HARI
2X
JAZAKUMMULLAH KHAIRAN KATSIRAN

WAJAZA KUMMULLAH AHSANAL JAZA

YA ALLAH... 2X
AS SYUKRAN YA ALLAH 2X
2X
JAZAKUMMULLAH KHAIRAN KATSIRAN
WAJAZA KUMMULLAH AHSANAL JAZA

GEMENTAR SUARA HATI
MEMANDANG DIRI DAN KEBESARAN
HANYA BERDOA IKHLAS KEPADA MU
AS SYUKAN YA RABBI
2X
JAZAKUMMULLAH KHAIRAN KATSIRAN
WAJAZA KUMMULLAH AHSANAL JAZA
AS SYUKRAN YA ALLAH 2X
YA ALLAH YA ALLAH 2X

---------------------------------------
Penerbit lagu & lirik: D'Royce Sa'ayan
Nakhoda Alam Enterrpise - 2019