19 July 2015

Lirik lagu - Purnama Menjelang- Royce Sa'ayan

SELAMAT HARI LEBARAN 
MINNAL AIDIL WALFA'IDZIN

Assalamualaikum w,b,t Royce mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri mohon maaf zahir batin. Alhamdullillah tahun ini meraih Ramadhan dan Syawal dengan penuh ketenangan dan kesyukuran seperti #rumahterangjiwatenang #hastag kegemaran roycr sendiri.
Sebelum masuk Ramadhan jangkaan waktu untuk aktiviti kerjaya seni dan pernigaan telah disusun dgn baek ..hanya cuma tergelecek sikit dalam pada nak cari kesempurnaan,(biasa la tu)
Memang lazim setiap menjelang syawal lagu raya mesti nak jugak paling tidak satu lagu untuk hadian raya kepada peminat2 Royce yang sering tidak henti bertanya (dalam erti mendorong) untuk berkarya. Jadinya tak mudah la nak putus karya nya,, terima kasih peimiat2 royce tersayang.
Sejak kebelakangan ni royce terlibat dalam program Siri Jelajah Merdeka AEON #AKARKITAZAPIN atas jemputan #MentorAKZ Puan Noranizah Idris. (NIPV) program yang membawa kemashuran kepada kearah yang positif &inovatif.
Pendek kan cerita dalam pada menjiwa program tersebut maka terhasil lah karya royce terbaru yang berkonsepkan #ZAPIN untuk lagu raya. dan satu pengalaman yang tidak ternilai,
Lagu PURNAMA MENJELANG hajat asal berduet dengan seorang penyanyi Rock lelaki, tetapi apabila ianya melibatkan masa yang diberi maka duet itu tidak dapat dilaksanakan yang menyebabkan royce menyanyikan secara solo dan Album MENJELANG SYAWAL Terbitan Sony Music Malaysia dilancarkan pada 2Ramadahn1436H di Royal Chulan Hotel.

Allah itu Maha Pengasih dan sayang akan hambanya. Hajat untuk berduet lagu PURNAMA MENJELANG telah mendapat restu dengan penampilan khas dari Ikon Kerjaya Akar Kita Zapin iaitu Saudara Dr.Ihab Ismail yang memegang Piala Juara ketogeri Pop Ernik Anugerah Industri Muzik(AIM) 2 tahun berturut-turut. 2013-2014.
Dengan ini maka kukuh lah Lagu PURNAMAMENJELANG. dan berdoa agar lagu ini akan panjang hayatnya dan menjelajah hingga menjadi antara lagu raya kegemaran setiap tahun, Amin
Atas permintan Royce bekal kan #liriklagupurnamamenjelang
Selamat berhibur yerr
sekian dulu... :



PURNAMA MENJELANG
Senilagu &Senikata - ROYCE SA'AYAN
Penyanyi: Royce Sa'ayan feat Ihab Ismail


Lirik 
PURNAMA MENJELANG

Jauh aku pulang
Desa ku permai
Kampung halaman
Lama ku kirim kan
Doa kerinduan
Jiwa melambai

Kota ku tinggal kan
Walau semarak mana
Jasa di tabur
Orang perantau
Harap kemesraan
Budi nan luhur

Orang perantau
Harap kemesraan
Budi nan luhur

Korus
Purnama Menjelang
Semua insan meraih keinsafan
Hati rasa tenang
Memohon kemashuran
Menghulur keikhlasan
Ahlan wasahlam

Hebat bulan mulia
Memohon kemashuran
Menghulur keikhlasan

muzik intro

Kota ku tinggal kan
Walau semarak mana
Jasa di tabur
Orang perantau
Harap kemesraan
Budi nan luhur

Orang perantau
Harap kemesraan
Budi nan luhur

Korus
Purnama Menjelang
Semua insan meraih keinsafan
Hati rasa tenang
Memohon kemashuran
Menghulur keikhlasan
Ahlan wassahlam

Hebat bulan mulia
Memohon kemashuran
Menghulur keikhlasan

Hebat bulan mulia
(Hebat bulan mulia)
Memohon kemashuran
(Memohon kemashuran)
Menghulur keikhlasan
Ahlan wassahlan

Hebat bulan mulia
(Hebat bulan mulia)
Memohon kemashuran
(Memohon kemashuran)
Menghulur keikhlasan
Ahlan wassahlan

Hebat bulan mulia
(Ahlan wassahlan)
Hebat bulan mulia
(Ahlan wassahlan)


#PURNAMAMENJELANG