12 June 2021

NIAGA LAKSA JOHOR BY ROYCE RESEPI WARISAN SA'AYAN

LAKSA JOHOR BY ROYCE
Apabila wabak Covid19 melanda Dunia dengan perlahan lahan sistem ekonomi pasti merundun satu persatu akibat penutupan beberapa sektor dan pematuhan pergerakan SOP dilaksanakan tak ketinggalan termasuklah industri seni antara yang paling ketara kemerosotannya. 

Namun begitu pengunaan media sosial semakin giat aktif sepenuhnya menerusi aplikasi2 yang semakin melambak, pilih saja apa yang terlintas dan terpengaruh pasti sedikit demi sedikit akan bertambah mahir, malah Pakcik Makcik Atok Nenek, secucu secicit pun sama bermain dengan nya.

Dengan ada nya Norma baharu ni maka reramai lah berhijrah perniagaan ke laman sosial masing2 demi melangsungkan kehidupan.

Apa kurang nya Royce, Jemputan menyanyi di majlis majlis rasmi dan tidak rasmi semakin menampakkan kemerosotan nya, Undangan ke Tv Stesen dan Radio stesen pun terima secara panggilan Virtual (Alam Maya) mata pencarian tak nampak jalan lagi kerna Industri seni jika dibenarkan maka penularan jangkitan pasti bakal menyumbang kearah positif, so kami kami redha #kitajagakita #lindungdirilindungsemua 

2020 Malaysia bertemakan #stayathome #staysafe jadi masing2 memikirkan jalan keluar sehingga Royce sendiri diberi berbagai pilihan idea untuk kekal aktif dalam bidang masakan dari rumah  #masakdarirumahkemejaanda . Setelah mengenal pasti beberapa jenis masakan favourite keluarga, purata mengambil keputusan untuk menjadikan masakan resepi Warisan Sa'ayan iaitu #LAKSAJOHOR sebagai menu utama. Dengan bantuan Anakanda2 Raja Dayu & Raja Giena dalam bahagian marketing n promosi maka berjalan lah perniagaan Laksa Johor by Royce (Online) secara kecil kecilan, hanya mengambil tampahan seminggu dua kali sahaja dalam 40pack sehari. Bagi Royce cukuplah itu untuk menghabiskan waktu duduk dirumah..

Januari 2021 bermula lah perniagaan Laksa Johor By Royce secara online .. ini ada beberapa gambar untuk menyokong cerita ni..

  


Gambar gambar yg sempat diambil semasa COD sekitar Pandan Indah, Ampang, Cheras, Gombak, Wangsa Maju, Taman Melawati, Setapak, Taman Permata, Ulu Klang & Klang Gate.
 sejak LOCK DOWN penghantaran semua melalui e-healing dan tempahan boleh dibuat di IG Instagram #laksajohorbyroyce 0182611918 (wtihatapp)




Alhamdullillah, mudah mudah usaha ini diteruskan dan memberi semangat kepada diri sendiri dan kawan kawan yang lain untuk terus kuat mengharungi kehidupan yang penuh dugaan. Insyaallah Usaha tangga kejayaan.

erhemmm... Jom jengok jengok apa lagi yang Royce buat semasa musim PKP ni...  check IG
#crochetbyroyce  #agrowaqafroyce..ciaw dulu...tq


8 June 2021

Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih untuk 30 Pelaku Muzik / Penggiat Seni sekitar Ampang.

Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih PPTDJ / PIJNA 8 mac 2021

Live suasana dalam dewan PPTDJ patuh SOP

Seramai 30 orang rakan rakan penggiat seni / pelaku muzik yang tersenarai dalam program ini Anjuran Persatuan Penduduk Taman Dagang Jaya Ampang PPTDJA dengan kerjasama Pertubuhan Inspirasi Jasa Nakhoda Alam PIJNA juga Sempena Hari Wanita Sedunia - 8 Mac 2021 di Padang Dewan Komuti Taman Dagang Jaya Ampang.

Gambar kenangan PPTDJ dan Penggiat Seni/Pelaku Muzik Ampang.


Program ini juga mendapat Tajaan dan Kerjasama juga dari Adun Lembah Jaya Puan Hajjah Haniza Talha sama sama yang hadir memberi suntikan semangat serta sudi memberi ucapan & amanat di musim pkp ini dan memperkenalkan Program FOODBANK kepada semua dan juga turut sama menyampaikan sumbangan itu kepada semua 30 orang penerima.

 Fredo Flybait

 Karim Blues Gang


 Ayati Tasrip

 Tudung Biru Dermawan Kak Sue Emir
dan Hajjah Haniza Talha (Adun Lembah Jaya)

Program ini turut menjemput Dermawan yng suka dipanggil dengan nama Ka Sue Amir yang menyampaikan sumbangan wang tunai yang mampu memberi senyuman kepada penerima pada hari tersebut.

Royce selaku pengemudi majlis juga turut menyampaikan sumbangan bagi menambah keceriaan diwajah mereka. Alhamdullillah.

 En Adnan Shahri

Terima kasih kepada Yang Di Pertua Persatuan Penduduk Taman Dagang Jaya Ampang iaitu Encik Adnan Shahri dan semua Ahli Jawatan Kuasa PPTDJA sudi menjemput bagi sama sama menyelaras Program yang berlangsung pada 8hb Mac 2021 jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi

Antara Penggiat Seni/Pelaku Muzik yang menerima sumbangan Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih ini adalah:

Fredo Flybait , Karim Blues Gang, Lord The Boy, Satiman Sun Of Adam, Ayati Tasrip, Wom Ug14, Cekdet, Yem Jesica, Nasir Bassist, Jamie Chik, Yana Samsudin dan lain lain pemuzik dan penyanyi kelab dan buskers.



Akhir sekali Fredo menghiburkan kami dengan Lagu Kenangan Lalu tapi tukar lirik spontan!!! Amazing 

Semoga Jasa mu dibalas dengan kebaikan dan kesejahteraan. Amin.

Royce Sa'ayan mengikuti kursus Sijil Professional Mutawwif - Module Mastery di AMTC

 ISI MASA DENGAN ILMU 

SEMINAR SOLUSI MENUJU BAITULLAH

KURSUS SIJIL PROFESSIONAL MUTAWWIF (SPM) MODULE MASTERY

AKADEMI MUTAWWIF TRADE CENTER

No. 9A&9B, Jalan Saga Emas 8A, Taman Saga Emas 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

019-356 1369 Email: amtc.latihan@gmail.comhttp://www.akademimutawwif.my/





Platform latihan bagi melahirkan para tetamu Allah yang berilmu,mutawwif bertauliah serta usahawan yang profesional dalam industri umrah & haji.



Tenaga Pengajar Kursus Sijil Professional MUTAWWIF (SPM) Module MASTERY - AMTC

 14-16 Mac 2020 - Hari ke3

Pengasas AMTC Ustaz Haji Abdullah ARS


antara gambar yang sempat di petik dalam kursus
 Antara SLOT nya

Pengasas Kaedah SALAK
Dr. A. Rahman bin Haron, Pensyarah Cemerlang, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pendidikan Islam

Slot Komunikasi dalam Bahasa Arab 

Slot Spiritual Haji Umrah oleh YBhg Ust Hj Afifi Ahmad

Slot Fiqh Manasik Umrah dengan Kaedah SALAK oleh YBhg Datuk Hj Kamal Bin Hj Muhamad

Kursus berlangsung selama tiga (3) hari di Wisma AMTC Kajang Selangor. Kursus yang paling hebat dan Istimewa diantara kursus kursus yang di pernah hadir sebelum ini.. Totaly suasana baharu, kawan kawan baru yang mempunyai satu tujuan dalam SOLUSI MENUJU BAITULLAH.



ini ajer info buat masa skrg...bersambung