Namun begitu pengunaan media sosial semakin giat aktif sepenuhnya menerusi aplikasi2 yang semakin melambak, pilih saja apa yang terlintas dan terpengaruh pasti sedikit demi sedikit akan bertambah mahir, malah Pakcik Makcik Atok Nenek, secucu secicit pun sama bermain dengan nya.
Dengan ada nya Norma baharu ni maka reramai lah berhijrah perniagaan ke laman sosial masing2 demi melangsungkan kehidupan.
Apa kurang nya Royce, Jemputan menyanyi di majlis majlis rasmi dan tidak rasmi semakin menampakkan kemerosotan nya, Undangan ke Tv Stesen dan Radio stesen pun terima secara panggilan Virtual (Alam Maya) mata pencarian tak nampak jalan lagi kerna Industri seni jika dibenarkan maka penularan jangkitan pasti bakal menyumbang kearah positif, so kami kami redha #kitajagakita #lindungdirilindungsemua
2020 Malaysia bertemakan #stayathome #staysafe jadi masing2 memikirkan jalan keluar sehingga Royce sendiri diberi berbagai pilihan idea untuk kekal aktif dalam bidang masakan dari rumah #masakdarirumahkemejaanda . Setelah mengenal pasti beberapa jenis masakan favourite keluarga, purata mengambil keputusan untuk menjadikan masakan resepi Warisan Sa'ayan iaitu #LAKSAJOHOR sebagai menu utama. Dengan bantuan Anakanda2 Raja Dayu & Raja Giena dalam bahagian marketing n promosi maka berjalan lah perniagaan Laksa Johor by Royce (Online) secara kecil kecilan, hanya mengambil tampahan seminggu dua kali sahaja dalam 40pack sehari. Bagi Royce cukuplah itu untuk menghabiskan waktu duduk dirumah..
Januari 2021 bermula lah perniagaan Laksa Johor By Royce secara online .. ini ada beberapa gambar untuk menyokong cerita ni..
No comments:
Post a Comment