8 June 2021

Penutupan 2020 dan pembukaan 2021- Saf Mahabbah Mawlid Smiah 2020/2021

SAF MAHABBAH MAWLID SMIAH 2020/021


Saf Mahabbah Mawlid Smiah 2020

Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Esa yang melimpahi Nikmat dan Rahmat kepada seluruh manusia dan alam sejagat. Allahumma solliala saiyidina Muhammad SAW..

Sekali lagi tanpa dijangka dan terduga menerima tugasan hebat ini. Pada mula nya hanya dipelawa untuk melangsungkan Module Qasidah untuk Sekolah Menengah Islam Al Haj Bukit Rahman Putra Sungai Bulih atau singkatan SMIAH. ini bertujuan bagi membantu hal prasarana & kebajikan sekolah sahaja, tapi setelah beberapa kali hadir mesyuarat maka tercetus berbagai idea untuk tujuan tersebut dan langsung dipelawa dan melantik Royce sebagai Penyelaras Program SMIAH. Alhamdullillah

Memandang kan Mind Partner Royce adalah Cikgu Siti Hajar (yang mengajak ke SMIAH) maka rasa keyakinan diri untuk menterjemah sesuatu program dalam bentuk Event/Majlis pasti berjalan baik. Confident mau ada! 

Walau pun dalam keadaan Seluruh Dunia mengalami Pendamic Covid19 dan Kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan menganjurkan pengamalan NORMA BARU berpandukan SOP - Pakai Pelitup Muka (Facemask) - Kerap basuh tangan - Pakai Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer) - Jaga Jarak (Social Distancing)..So!!! bagaimana nak buat program dalam keadaan begini?

Pertama nya MINTA DENGAN ALLAH, selepas solat mohon doa supaya Allah permudahkan urusan kebajikan ini dengan niat yang ikhlas untuk membantu mereka amat memerlukan.dengan kerjasama pihak SMIAH dan rakam

berbagai dugaan yang tiba semasa pengendalian dan penyelarasan majlis ni, Subhannallah.. kita hanya merancang dan moga Allah memberi restu dan melancarkan tugasan.

Setelah berinterkasi dengan rakan rakan artis yang dijemput, maka pembahagian tugasan siap dan jelas.dan masing2 sedia untuk menjayakan nya... Alhamdullillah. 

Antara segment yang disediakn dalam Program SAH MAHHABAH MAWLID SMIAH 2020/2021 adalah: 

Chatting Dhuha Smiah bersama Panel Puan Hajjah Zaujun (Pengetua SMIAH) dan Usatzah Nur Aqidah Mawardi (Pendakwah Musliamah TvAlHijrah) dengan topik AKHLAK - AQIDAH - SHAKSIAH.

KOTAFIS Bazar segmet Al Mubieat - Jual Beli secara online yang dikendalikan oleh En Shahadan juga selaku pengacra bersama.

Muazzin & Selawat Challenge yang dikendalikan oleh Cikgu Siti Hajar Ismail selaku (Guru Vokal dan Penyelaras Pendidikan SMIAH) bersama Ustaz Zoul (Pengasas Akademi Muadzin)

Persembahan dari Artis Nashid Al FANN, EL KHADIJAH, SAFIYA dan Kumpulan Qasidah EL QASSH

MAJLIS MAWLID SAF MAHABBAH CINTA RASUL -QASIDAH & TAUSIAH Gabungan bersama Imam Syazly (Mantan Imam Masjid AsSyakirin KLCC) AL FANN, EL QASSH dan SMIAH. bagi sesi Penutup dan menyambut Tahun baru 2021.

Seharian program ini berlangsung dari SMIAH dan dipancarkan secara langsung ALAM MAYA (Online Streaming) Menerusi rakan kerjasama media sosial ISLAMICTUNESTV dari jam 9.30pagi hingga 11.30 malam (Sambutan Tahun Baru 2021) 

Dalam misi mengumpul dana Sekolah Menengah Islam Al Haj Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor. Syukur Alhamdullillah Program berlangsung mengikut jadual yang dirancang walaupun ada kepincangan sana sini sedikit namun ROH program ini dapat disampai kan dan diterjemahkan dengan hati yang ikhlas kerna ALLAH SWT. As Syukran Allah.

Allahumma Solilliala Saiyidina Muhammad.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد












No comments:

Post a Comment