28 August 2019

Royce suntik semangat buat Negara Tercinta


31 OGOS MERDEKA & NEGARA KU 
(medley) oleh Royce Sa'ayan



31 Ogos Merdeka & Negara ku

Pada hari ini royce terpanggil untuk menyanyikan lagu keramat Malaysia ni .. sanggup bercengkang mata untuk menyiapkan medley versi marching (old school) ni dalam masa 4 jam. 
Bagaimana royce buat? aaaaa dengan pengalaman dan kecanggihan teknologi masa kini maka gunakan kepakaran yang ada ...  1- susun muzik 2- edit 3- nyanyi 4-edit 5- mixing (audio) 6- Editing Video lirik .. fine tunes .. transfer ... SIAP!
Ini kes semangat membara nak jugak nyanyi versi macam ini ... ingat zaman sekolah dulu dulu.
Korang kalau rasa nak join sekaki jom ler! ni royce bagi lirik kat bawah ...
 manalah tau terlupa lirik ker kannn... 
Apa tunggu lagi! jom klik video atas kita nyanyi sama sama lagu Merdeka dan Negara ku (Medley)

1.....2......3......


Tanggal 31
Bulan lapan lima puloh tujoh
Merdeka Merdeka
Tetap lah Merdeka
Ia pasti menjadi Sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puloh tujoh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka

Mari kita seluruh warga Negara
Ramai ramai menyambut Hari Merdeka
MERDEKA

31 bulan 8
57
Hari mula
Negara Ku Merdeka


NEGARAKU
Tanah tumpah nya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahgia
Tuhan Kurnia kan
RAJA kita
Selamat Bertakhta

Rahmat bahgia
Tuhan Kurnia kan
RAJA kita
Selamat Bertakhta

TERIMA KASIH MALAYSIA
D'Royce Sa'ayan

26 August 2019

Royce Sa'ayan berhijrah ke Alaf 2019

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

Hi hi semua!
Subhanallah , sekian lama royce tidak berkesempatan nak mengemaskini status di sini..macam macam perkara nak cerita dari mula januari 2019 sampai lah nak masuk hari kemerdekaan Malaysia yang ke 62 (Malaysia Tanah Air Ku Tercinta).. hari ini Selasa 27hb Ogos 2019.

Selepas single single Mendung Perasaan - Kalis Kasih - Cinta Rama Sinta , (2018) royce berehat dari menulis lagu & lirik selama beberapa bulan atas sebab hal hal tugasan baru yang perlu diberi tumpuan khusus yang memerlukan fokus yang amat komited. Antara nya terlibat dalam kerja kerja amal dan sukerelawan dalam beberapa buah Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Bagaimana royce terjebak dan kenapa royce melibatkan diri dalam tugasan berikut...errrrmmm cerita nya begini.

Sebenarnya sebagai artis royce juga tidak ketinggalan sering didedahkan dengan kerja kerja amal ni kesana kesini bermula tahun 2008 semasa bersama mengikuti rombongan santai selebriti dan media yang dianjurkan oleh sahabat royce iaitu anita yusop (kami panggil dia wanita besi & kental) dan lama kelamaan perkara ini menjadi macam rasa sesuatu kepuasan pulak dapat menimba pengalaman, menolong orang dalam kesusahan, mendengar keperitan hidup orang ramai, menghulur bantuan pada yang memerlukan, nak kata memang berbagai ketogeri kebajikan yang royce dapat sama sama lalui dalam proses menunaikan tanggungjawab sosial kemasyarakatan. seperti bantuan makanan dan minuman, mengecat masjid, membersih kubur, kutipan amal bagi bantuan kewangan kepada rumah rumah anak anak tahfiz, anak anak yatim, fakir miskin, orang orang tua, orang kurang upaya dan asnaf Termasuk lah diberi peluang menjadi sukarelawan dalam menanggani Pasca Banjir di kelantan 2014 bersama YA1M yg sekarang YKAT. dan Pasca Banjir (ke2) bersama Anggota pasukan bukan kerajaan dan kumpulan media yang membawa kami turun merentas kependalaman mencari mangsa mangsa banjir menaiki 4WD yang mana setiap pasukan memang mempunyai kemahiran dalam mengendalikan ujian ujian merentas hutan, selut, bukit, bukau, paya, selut , panas, hujan dan macam macam lagi ...

Masyaallah bila dipandang semula akan kejadian kejadian yang dilalui memang tidak disangka sangka royce dah pun melaluinya dengan penuh kesabaran dan hati yang sangat tenang malah bersyukur akan nikmat yang telah berikan sehingga sekarang tiada yang lebih baek selain dari bersyukur kehadrat Allah SWT kerna diberi kesempatan dan peluang meneruskan kehidupan didunia ini dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan, Insyaallah. Atas itu Royce sentiasa menjadikan pengalaman itu menjadi iktibar dan panduan akan setiap langkah atau keputusan yang ingin dilakukan.

Pada awal tahun 2019 Royce berhijrah untuk memakai hijab seterusnya mencari-cari jalan baru bagi mendorong royce supaya akan kekal istiqamah dalam memakai hijab.
Gambar Royce Sa'ayan terkini

Alhamdullillah dengan takdir yang tertulis sahabat lama royce yang bernama Hj Rozman Abas yang telah berkecimpung dalam bidang Industri muzik seawal 80an datang melawa untuk bekerjasama bersama syarikat penerbitan terbaru beliau yang dikenali sebagai ISLAMICTUNES yang mana dibawah naungan mempunyai beberapa buah gabungan syarikat rakaman seperti Loonaq Records - Ethenic Nation Records - Munshid.Com - dan lain lain termasuk lah sekarang menjadikan Nakhoda Alam Records (kepunyaan royce) menjadi salah satu rakan niaga bagi industri tersebut. Antara hub yang tersedia bagi penjenamaan adalah Islamictunesfm - Islamictunestv - Islamictunenews yang boleh dilayari dialamat http://www.news.islamictunes.net



bersambung di coretan royce yang lain yer...

Terima kasih