31 March 2013

Album Rock Tsunami 2013

Album Rock Tsunami 2013

Bukan perkara mudah untuk menyudah kan gabungan 16 rockers ni (pecah kepala jugak la) adush! kerna pada bulan februari 2013 Pengurus Artis bernama MahzanB datang melawa jika Royce nak bekerjasama dalam album ni. Memandang kan syarat nya hanya perlu ada 2 lagu terbaru sahaja jadi kebetulan royce baru saja siap single terbaru iaitu SEMBRANI dan ROCKESTRA CINTA KELANGIT jadi apasalah nya kedua lagu ni dimasukkan sekali dalam Album Rock Tsunami ini. Untuk itu peluang ini harus di gunakan bagi sama sama mempromosi kan lagu terbaru, jadi kerja nya nak nampak berkumpulan ...tak lah sorang sorang ... royce rasa selesa begini walaupun dalam album ni Royce sorang jer rocker Wanita. Syukur Alhamdullillah.

Mengikut cerita nya perancangan album ni sudah di rangka pada tahun 2010 tapi entah apa hal agak nya projek ni tergendala atas sebab sebab yang tak dapat di elak kan maka tertangguh hingga ke tahun 2013.
Jadi alang-alang menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan <kata orang dulu dulu> maka royce ambil keputusan untuk sama-sama meneruskan perjuangan angkatan Rock Tsunami dengan memberi kerjasama yang amat jitu agar Album ini muncul di pasaran dan akan menjadi bahan rujukan generasi peminat tega muzik rock zaman ini dan akan datang. Insyaallah.

Album Rock Tsunami 2013 ini dijangka akan berada di pasaran pada hujung bulan april atau awal bulan may 2013.
Album Rock Tsunami Gabungan 16 Artis/kumpulan Rock Malaysia.
Konsep: 8 Mentor's (90an) dan 8 Protege's (20an)
Mengandungi 32 buah lagu rock terbaru.
Bentuk : Dual Digital Audio CD.
Harga seunit: RM30.00
Muat Turun RBT/CRT boleh di dapati di semua rangkaian Telco: Digi - U-Mobile - Maxis - Celcom.
Ini akan di kemas kini oleh setiap individu artis terlibat.
Harap mendapat sokongan dari semua pihak terutama dari pihak media.
WAJIB beli yang original k. Terima kasih.

Royce Saayan di Back Road Blues Session 23-03-2013


Add caption


Ini jamm session Nifail Blues Band Feat untuk Md.Noor Hendrik (Gitar) - Shaharul(Bass) Oja (Gitar) Nan Blues Man (Gitar) Bro Harp adn Abang Yazid Search (Drum) + Royce )Vokal untuk Lagu Blues Wanita Penggoda.



OKkay.. hye guy's
Aiseymen/..lambat pulak kali ni ni update blog,
alright.. yang terbaru tentang Back Road Blues Session yg di adakan di Bangi Kopitiam Taman Melawati (tempat Kidd Search) yang mana permis tu di jalan kan oleh isteri beliau Puan Aznin. in person she's ROCK\m/ dah ngam la tu...Selalu nya kalau persembahan Blues ni secara Am nya orang pasti akan ingat kan satu satu nya Kumpulan Blues Malaysia "Blues Gang" kan? Tapi pada malam tu rupanya ramai betul Die hard Blues fans ni.. memang teruja sesangat.
Royce memang pendam sangat untuk perform live lagu lagu blues kebetulan memang royce ada rakam 1 lagu irama blues pada tahun 2009 yang berjudul Blues Wanita Penggoda (lirik seperti di bawah).
                 
Blues Wanita Penggoda
Senilagu & Senilirik ( Royce Sa'ayan)

WANITA PENGGODA TIRUS ALIS MATA NYA
WANITA PENGGODA TIRUS ALIS MATA NYA
MALU ATAU PERAMAH - TERLUPA NAK MEMBEZA

WANITA PENGGODA WIRAWATI HATI NYA
WANITA PENGGODA WIRAWATI HATI NYA
PANDANG BERTENTANGENGKAU PASTI DITAWAN

-SOLO  
WANITA PENGGODA MEMANG MERBAHAYA
WANITA PENGGODA MEMANG MERBAHAYA
JEJAK DIKIRA HINGGA TERPANAH ASMARA


WANITA PENGGODA WANITA ISTIMEWA
WANITA PENGGODA WANITA ISTIMEWA
CANTIK SOPAN BERGAYA BIJAK KELEBIHANYA

WANITA PENGGODA, WANITA PENGGODA ,
WANITA PENGGODA - JAGA JAGA SI PENGGODA
KAU PASTI DITAWAN
WANITA PENGGODA… YEAH…YEAH…

Nak cerita sikit pasal lagu Blues wanita penggoda ni: sebenar nya lagu ini adalah lagu yang di muat kan dalam sebuah filem yang mana royce pun ada jugak berlakon sikit-sikit dalam filem yang sesangat kontravasi tapi tak dapat ditayangkan atas sebab perkara yg tak perlu nak dikongsikan.(not my bisnes)

Jadi potensi lagu ini hanya akan wujud dalam gabungan beberapa pihak organisasi yang obses dengan muzik blues sahaja. itu pun dah cukup baek arr.. tapi royce dapat rasakan dan yakin dengan lagu ini akan berjalan jauh dan pasti menjadi satu bahan rujukan oleh generasi penggemar muzik blues baru pada masa akan datang.< Kenapa tak percaya>? kita tengok nanti.. kerna ada sebab! Royce sendiri mencari bahan rujukan penyanyi lagu blues malaysia.. jadi yang jumpa dalam khazanah hanya ada Blues Gang - Sahara Ya'akob, Ramli sarip - LoveHunter (Blues untuk rakyat) yang lain secara individu nya kenal tapi tak berapa pasti dari kumpulan mana ... kalau ada yang tahu sila konsi dengan royce k..


Pada malam Back Road Blues Session 23Mac2013 9.mlm- Penganjur (Shaharul dr Nifail Blues Band) )talipon Royce secara peribadi melawa jika Royce sudi untuk jamm session kata nya hanya 2 lagu. Ok jugak Tu! so royce kasi lagu praktis 1 hari dan esok Jamm... Yang best nya pada malam tu acara jamm session yang paling dinanti kan oleh kawan-kawan dan penonton yang hadir.. penuh sesak jugak lah kopitiam malam tu .. (senyum lebar tokey..ha ha haa)
ok untuk lagu Blues Wanita Penggoda yang sama-sama infromtwo adalah - Nifail Blues Band Feat Oja (gitar) Shaharul (bass) Md.Noor Hendrik (gitar) Nan Blues Man (Gitar) Bro Harp (harmonika) dan Abang Yazid Search (Drum) dan dah tentu lah Vokal - Royce sendiri.
dan lagu yang lagi satu lagu dalam bahasa english tajuk Feel So Bad yang bakal di rakam kan tak lama lagi - jadi blues wanita penggoda ada kawan.. hu hu hu.. kat bawah ni royce ada link video lagu
BLUES WANITA PENGGODA versi LIVE dengan NIFAIL BLUES MAN & FRIENDS
https://www.youtube.com/watch?v=ncmnVL2-f-c

Yang ni VC Audio
Blues Wanita Penggoda


Semoga terhibur.
Salam
Royce Sa'ayan

15 March 2013

Royce Saayan di Laman Santai Istana Budaya KL


                                        Poster Terbaru 2013 Royce Sa'ayan - SEMBRANI


Hi, 16hb mac 2013 hari yang baek, Royce akan membuat persembahan umum di Laman Santai Istana Budaya Kuala Lumpur -9.00pm.. dan bakal menyanyi kan lagu single terbaru iatu SEMBRANI & Cinta Kelangit Rockestra + 2 lagu permintaan ramai rock 90'an . belum tahu lagi lagu apa..  just in from two (omputih kata)haha!!!

1april2013 - baru nak kemas kini cerita selanjut nya..
Artis-Artis 16mac2013: Thye Mentor (Adibah Noor) - Aley XL - Royce Saayan, Joey Bpr dan Kumpulan Reflesia. Pengacara: Ali Anugerah < dgr khabar dah masuk audition maharaja lawak, semoga berjaya masuk top 10> Ali Anugerah memang sangat berpontensi dan komited.

Jadi antara lagu yang royce nyanyi kan pada malam tu adalah - 2 x Cinta - I Hate My self For Loving You untuk Segmen pertama, oh ye ada peminat nyanyi dgn royce part korus lagu i hate my self - Gerek sey sista yg nyanyi tu .. dpat hadiah pulak tu ...LSIB kasi laa> kemudian Rockestra Cinta Kelangit dan Sembrani untuk segmen kedua. hujung persembahan sempat jugak Royce dan Alley Xl masuk interframe lagu Joey Bpr yang pupolar tu ... apa tajuk dah lupa tapi sikit lebih kurang lirik nya macam ni...  Keunggulan cinta, dari sinar mata, Yang bergelora .. tapi di taman berbunga, satu impian satu harapan, sudah pasti ada sebalik nya satu rahsia... macm tu arr... memang best ) jamm jer... sporting pulak tu...
Best Best Best ....

Royce Saayan menghadiri Kursus Wajib 1 Pengurusan & Pentadbiran Koperasi



Royce Saayan menerima Sijil Kursus Wajib 1 Penguruasan & Pentadbiran Koperasi
dari Enck. Shamsul di Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya Selangor Malaysia
11hb - 13hb Mac 2013.

Sebahagian Ahli Koperasi Industri Muzik Malaysia di Mensyuarat Agung Kopstar 2013

MIss Yeap - Puan Hasah Hassan - Nevers P U - Hele Yap - Othman Masri

                                                Ahli Lembaga Pengarah KOPSTAR 2013
                                                   DakMei - Royce Sa'ayan- Ad Samad



Pada 11hb - 13hb Mac 2013, Royce telah menghadiri kursus wajib i pengurusan & pentadbiran koperasi yang di hantar oleh KOPSTAR - Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad.
Royce dan rakan sejawatan KOPSTAR lain wajib hadir kursus ini semenjak di lantik sebagai Ahli Lembaga Pegarah baru Kopstar.
Satu penglibatan dan pengisian yang baek untuk menambah ilmu pengurusan & pentadbiran ni. Memang seronok dan harihari teruja nak ke Maktab Koperasi Malaysia yang terletak di PJ. Selain itu dapat menambah kawan-kawan yang bukan dari aliran muzik. Berkongsi pendapat dan pengalaman dan dah tentu tak lari dari mendapat info peniagaan yang terbaru dari ahli Koperasi yang lain.. memang best!!

9 March 2013

Album Rock Tsunami 2013







ALBUM ROCK TSUNAMI 2013 - GABUNGAN 16 ARTIS/KUMPULAN ROCK TANAHAIR
Dengan konsep Mentor (80'an-90'an) dan Protege (20'an)
 ARTIS      MENTOR
                                                            
SATIRA                                                          
 1- APA KAU TAHU
 2- PARADOX

U-TOPIA                                                        
3-  BUAI
4-  DONGENG

ISA RAHMAN                                               
5- RAPUH
6- SEMALAM YANG HILANG

RINGGO ARROW                                         
7- CINTA MAYA
8- YA ROBBI

ISA GRAVITY                                                 
9- ENGKAU YANG SATU
10- TERKALANG

JASAD LIAR                                                  
11- JASAD LIAR
12- JANGAN ADA DENGKI

CROSSFIRE                                                   
13- HUJAN PELURU
14- JANJI KU

ROYCE SAAYAN MAHABAND                  
15- CINTA KELANGIT ROCKESTRA
16- SEMBRANI

1 March 2013

Koleksi Album Royce Sa'ayan 1996-2013



ALBUM SINGLE CINTA KELANGIT 2013
1- ORKESTA CINTA KE LANGIT
2- SEMBRANI


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

ALBUM ROCK TSUNAMI 2013

Akan berada di pasaran pada bulam April 2013 -
NANTI KAN..... ALBUM ROCK TSUNAMI 2013
GABUNGAN 16 ARTIS ROCK MALAYSIA.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Album Royce Sa'ayan - Raya Selamber2012
Hari Raya Hari Mulia




1- Hari Raya Hari Mulia
2- Dendang Perantau
3- Nostalgia Aidilfitri
4- Musafir Di Aidilfitri
5- Gena Takbir
6-Senandung Hari Raya
7- Bingkisan Untuk Perwira
8- Gembira Bersama Di Aidilfitri
9- Selamat Hari Raya
10- Bersabar Lah Sayang
11- Suasana Hari Raya
12- Zapin Raya Berzaman
13- Satu Raya Satu Merdeka



$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

5th Single Raya - 2011 - NAE
Satu Raya Satu Merdeka

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Single OST Dokudrama
- Sinar Itu Hadir Jua RTM - NAE 2012
Titipan Kasih


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

4th Single - 2011 NAE
Cinta Terus Kelangit









$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

3rd Single Album OST - 2009/2010 - NAE



1- Selumbar Cinta
2- Asimilasi
3- Wanita Penggoda 

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ 

2nd Single Raya - 2009
Zapin Raya Berzaman



$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

1st Single - Royce Saayan - 2008/2009 - NAE
Misteri Permaisuri Hati

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 4rd Album Royce - Yang Lazat 2006/2007 Live Record





1- Pulau
2- Rayuan Hidup
3- 2 x Cinta
4- Bintang Kehidupan
5- Maharaja Laloq
6- Suka Duka
7- Yang Lazat
8- Aku Tak Tahu
9- Kita Insan
10- Captain Hook Of The 21stCentury

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

3rd Album - Compilation Kenangan manis di Hari Raya 1998/1999 - FMC
Track 1 Medley- Musafir Aidil Fitri
Track 8 Duet with Budak kacamata - Seloka Hari Raya

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

2nd Album - Compilation Rock Kapak 1997/1998 - Polygram
 Track 8- Permata Biru
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

1st Album - Royce Saayan Alternatif1996/1997 - FMC

1- Hari Hari
2- Ku Tak Percaya (LIVE)
3- Yang jauh
4- Emosi (LIVE)
5- Realiti
6- Usah Bosan
7- Fikirkan (LIVE)
8- Kau Kan Mengerti
9- Lodeh Mak Lodeh (LIVE)
10- Promises (LIVE)
ALBUM ROYCE SAAYAN RAYA SELAMBER 2012 TITIPAN KASIH - SINAR ITU HADIR JUA TV1 RTM 01/2012 SATU RAYA SATU MERDEKA - Ogos 2011 CINTA KE-LANGIT- April 2011 DUA KALI CINTA MISTERI PERMAISURI HATI PULAU ASIMILASI SELUMBAR CINTA BLUES WANITA PENGGODA CAPTAIN HOOK OF THE 21'ST CENTURY TANJUNG PUTERI 1st Album - Royce Saayan Alternatif1996/1997 - FMC 2nd Album - Compilation Rock Kapak 1997/1998 - Polygram 3rd Album - Compilation Kenangan manis di Hari Raya 1998/1999 - FMC 4rd Album Royce - Yang Lazat 2006/2007 Live Record 1st Single - Royce Saayan - Misteri Permaisuri Hati - 2008/2009 - NAE 2nd Single Raya - Zapin Raya Berzaman -2009 - NAE 3rd Single Album OST - Selumbar Cinta Asimilasi Wanita Penggoda - 2009/2010 - NAE 4th Single - Cinta Terus Kelangit - 2011 NAE 5th Single Raya - Satu Raya Satu Merdeka - 2011 - NAE 5th Album - Cinta Ke Langit - 2012 - NAE 4th Single OST - Titipan Kasih - Sinar Itu Hadir Jua - NAE & RTM - 2012 -

Dan yang terbaru untuk tahun 2013: Orkestra Cinta Kelangit dan SEMBRANI.
Selamat mendengar!! Rock On\m/

Segment SA'AYAN DIHATI di RS RADIO


Segment ni pilihan lagu-lagu Royce Sa'ayan dan juga lagu lagu kegemaran ramai. Terutama SA"AYAN'S!!