8 June 2021

Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih untuk 30 Pelaku Muzik / Penggiat Seni sekitar Ampang.

Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih PPTDJ / PIJNA 8 mac 2021

Live suasana dalam dewan PPTDJ patuh SOP

Seramai 30 orang rakan rakan penggiat seni / pelaku muzik yang tersenarai dalam program ini Anjuran Persatuan Penduduk Taman Dagang Jaya Ampang PPTDJA dengan kerjasama Pertubuhan Inspirasi Jasa Nakhoda Alam PIJNA juga Sempena Hari Wanita Sedunia - 8 Mac 2021 di Padang Dewan Komuti Taman Dagang Jaya Ampang.

Gambar kenangan PPTDJ dan Penggiat Seni/Pelaku Muzik Ampang.


Program ini juga mendapat Tajaan dan Kerjasama juga dari Adun Lembah Jaya Puan Hajjah Haniza Talha sama sama yang hadir memberi suntikan semangat serta sudi memberi ucapan & amanat di musim pkp ini dan memperkenalkan Program FOODBANK kepada semua dan juga turut sama menyampaikan sumbangan itu kepada semua 30 orang penerima.

 Fredo Flybait

 Karim Blues Gang


 Ayati Tasrip

 Tudung Biru Dermawan Kak Sue Emir
dan Hajjah Haniza Talha (Adun Lembah Jaya)

Program ini turut menjemput Dermawan yng suka dipanggil dengan nama Ka Sue Amir yang menyampaikan sumbangan wang tunai yang mampu memberi senyuman kepada penerima pada hari tersebut.

Royce selaku pengemudi majlis juga turut menyampaikan sumbangan bagi menambah keceriaan diwajah mereka. Alhamdullillah.

 En Adnan Shahri

Terima kasih kepada Yang Di Pertua Persatuan Penduduk Taman Dagang Jaya Ampang iaitu Encik Adnan Shahri dan semua Ahli Jawatan Kuasa PPTDJA sudi menjemput bagi sama sama menyelaras Program yang berlangsung pada 8hb Mac 2021 jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi

Antara Penggiat Seni/Pelaku Muzik yang menerima sumbangan Program Sumbangan Amal Simpulan Kasih ini adalah:

Fredo Flybait , Karim Blues Gang, Lord The Boy, Satiman Sun Of Adam, Ayati Tasrip, Wom Ug14, Cekdet, Yem Jesica, Nasir Bassist, Jamie Chik, Yana Samsudin dan lain lain pemuzik dan penyanyi kelab dan buskers.



Akhir sekali Fredo menghiburkan kami dengan Lagu Kenangan Lalu tapi tukar lirik spontan!!! Amazing 

Semoga Jasa mu dibalas dengan kebaikan dan kesejahteraan. Amin.

No comments:

Post a Comment