21 January 2017

Highway Superstar menyusur ke Radio Galaksi Muzik RTM 11/1/2017

Royce Sa'ayan And Nifael Blues Band 
Membawa Highway Superstar ke Radio Galaksi Muzik RTM
Assalamualaikum wbt, keluarga dan sahabat sekalian yang dikasihi lagi dihormati.. wah kemain ayat pembukaan kali ini... sesekali nak juga memperkasakan Bahasa yang melambang kan Bangsa.. (kalau boleh dipraktis begini apa salahnya kan)... :) 
Baek lah.. setelah selesai acara rakaman dan persembahan serta pra-dengar bermula nya lagu Highway Superstar pada tanggal november 2016 .. sekarang tiba masa untuk diperkenal kan kepada Media Electronic 'Radio" pertama iaitu Galaksi Muzik RTM yang bersiaran secara langsung juga kami membuat persembahan Semi Electric "separa Akustik tapi guna Electric" secara LIVE .

Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Pr Along Bakar yang membuat peraturan masa temujanji yang sesuai bagi royce & Nbb dapat berkunjung bagi sesi temubual dan memperkenal kan lagu Single terbaru ke Galaksi Muzik RTM pada 11/1/2017 jam 9.00 - 10.00 malam. yang mana seperti kami dimaklumkan DJ Ima bakal mewawancara kami... walaubagaimana pun 8.30malam kami dah sampai depan konti Galaksi Muzik RTM..

< sampai saja di konti kami terus siap kan alat muzik tune in dan sebagainya sebelum dipanggil masuk ke dalam konti yang boleh tahan juga sejuk nya,, adeh :)


<sempat royce petik gambar mereka di luar konti
macam biasa sebelum bermula,,,acara selfie dan bergambar dah kira wajib ambil lah kann,,pasal nak update di fb ig dan twiter,,rasanya tak sabar nak mula... keluarga dan sahabat semua pun tak sabar nak dengar kami ON AIR.. dengar khabar mereka tengah standby di PC dan HP masing2,, al maklum lah Radio Galaksi Muzik RTM ini adalah Online Radio sepenuhnya.
Sesi berkenalan dengan Dj Ima dan seorang lagi teman Jeed,,lepas dah kenal baru tahu Jeed kaki 'stalker' hahahaah gurau jerw... tapi memang sahih mereka buat kerja maksud royce, mereka buat  rujukan awal sebelum memberi atau melontar tekaan ' bukan baling batu sorok tangan' tapi yang ini betul betul kejadian..hik hik hik..

Dalam pada nak meletak kan posisi band kami berkenalan dulu dengan Dj Ima, Jeed dan Abg Technician (alahai lupa palak nama nya) sebelum kami di perkenalkan kepada semua pendengar tegar dan baru Galaksi Muzik RTM.. jam di dinding menujukkan pukul 9.20malam (dalam hati berkata 'eh yang kami diberitahu.. segmen ni dari jam 9 hingga 10 malam sahaja tapi kenapa tak mula lagi? takkan 1/2jam ajer?) so berbagai prasangka yang bermain di kepala otak ni hanya disebabkan oleh masa. Tapi rupa rupa nya abg technician tetiba bersuara mengatakan 'jangan bimbang siap semua kita On Air... ' fuuhhh lega kami dengar... Bukan apa... Debaran ini disebabkan oleh peminat yang sedang tegar menunggu, dan royce hanya kalau boleh tidak mahu menhampakan mereka yang sabar untuk mendengar kami ke udara.. maklum lah Lagu baru bersama Band baru... so terasa macam orang baru dalam industri muzik tanah air..eee

Ini lah dia pengacara radio Galaksi Muzik RTM
yang pakai tudung berheadphone tu DJ.IMA
dan yang kecil molek pakai cermin mata ala ala detector tu Jeed nama pendek nya..yg panjang hakak lupa buat masa sekarang ni.. mereka berdua ni sangat ramah dan ceria, cara mereka memulakan segmen sesi perkenalan juga amat bersahaja dan sempoi 'kami rasa selesa' macam Ngam jer mereka berdua nih... walau apa pun
Hakak suka Hadik yerw.....
Ini wajah gembira akhir nya bermula pusingan semula yang biasa di lakukan hampir setiap tahun tanpa jemu dan kecewa mau pun putus asa dalam Industri Muzik Malaysia.. bagi Royce tiada siapa boleh menghalang tatkala Karya mendahului perjalanan sebagai anak seni dan kita hanya perlu mengikut arus perdana biar pun nampak kesesakkannya, yang penting senantiasa bersabar dan tenang menghadapi segala cobaan dan dugaan yang dah tertulis buat kita oleh Allah SWT. Aku terima ketentuan nya dengan hati yang redha dan ikhlas, Insyaallah

meh royce kenal kan anggota kumpulan Nifael Blues Band... selain Royce Sa'ayan sendiri,
yang pegang gitar tu Mohd Noor Mohd Zain@MNoorHendrix , Yang kepala botak berjanggut ialah Shaharul Nizam selaku pemain gitar Bass( kami gelar dia tokey panggung)
dan yang pakai topi bareta tu ialah Nifael Naqiyuddin selaku pemain Drum (kami ambil nama beliau sempena nama band ni
NIFAEL BLUESBAND,, Aliran dan ikutan muzik mereka banyak kearah selera Antarabangsa seperti Jimi Hendrix dan Red Hot Chlli Paper, dan Royce sendiri juga banyak kearah aliran muzik seperti Celine Dion, Alanis Morriset, Nightwish dan lain2 lagi..
jadinya bila kita suka untuk menginspirasi sebuah karya berbau antarabangsa maka aliran ini di serapkan kedalam HIGHWAY SUPERSTAR. tak caya? nak tahu? kena dengar ler ..tak lama lagi lagu baru ni akan berada di semua media sosial popular seperti iTunes, Sportify, Deezer, KKBox, Joox, Shazam, You Tube dan banyak lagi serta boleh muat turun caller ring tone... jangan lupa sokong tau!
Sebelum pulang, cenderahati ikhlas dari Royce buat kedua DJ bertugas T'Shirt Rock4Ladies dan Highway Superstar dan etc...  beruntung lah sementara masih ada...
Akhir sekali sesi bergambar di setiap sudut yang ada.. sesungguhnya memang royce suka keliling yang berwarna warni ketika nak berswafoto.












Akhir kalam, sekalung Tahniah kepada Nifael Blues Band atas kerjasama terhadap Single baru ini, semoga permulaan baru ini adalah langkah terbaek untuk masa hadapan yang lebih cerah dalam perihal muzik dan kerjaya.

Terima kasih daun keladi
Ada rezeki kita pasti kembali lagi
IKUTI video sesi temubual 
ROYCE SA'AYAN AND NIFAEL BLUES BAND di GALAKSI MUZIK RTM
di perenggan lain





No comments:

Post a Comment