19 January 2017

Rakan Artis hadir memberi sokongan - Royce Teruja lagi!

ok lah dah tengok gambar2 bab certa pembukaankan.. sekarang ni JOM kita layan prihal seterusnya
1- kehadiran rakan2 artis dan tetamu
2- persembahan santai
3- pra-dengar Highway Superstar
4- Segmen Rakan2 artis sembang dan lagu


 

Royce dan MdNoor buat persembahan santai dengan lagu2 light & easy sementara menerima kehadiran keluarga dan sahabat juga rakan Artis ..




Artis Kelarai Sakti yang turut hadir ialah Dr.Ann , Alyssa Rosli dan rakan2 mereka, 


Sementara media rtm menjamu selera hidangan menu pilihan (signature L'Clasico)
BBQ Rib





Kak Fass Online pun sampai>

Di luar Shaharul melayan Karat Band sembang santai bersama Along Bakar (PR) apa lah agak nya topik diorng tu.. mcm seronok jer ..





 Persembahan santai menghiburkan tetamu yang hadir supaya meraka tak boring..huhu





Tetamu2 lain dah mula memenuhi ruang L'Clasico..

Dr.Ann Artis Kelarai Sakti yang sangat sporting bila Royce mula membuka tirai acara Open Mic ..
Sambil berchating promosi kerjaya dan bisnes terkini beliau... dan tak lupa dah tentu lah mempromosi sama Lagu single Dr.Ann .. terima kasih dr :)


 Staff L'Clasico semakin sibuk

di luar Artis OiM Aesar Mustafa dan Komposer Irwan Hashim

Kak Sahara Yaco dan Dato' Tommei sedang menjamu selera dan luar juga tetamu mula memenuhi ruang legar depan .. Alhamdullillah...




dalam acara open mix berlangsung, tetamu jemputan semua dah sampai dan ada yg masih otw...ok takpe yang ada ni pun dah mencukupi .. Tepat jam 5.30petang Royce bagi signal pada Along bakar nak mula kan pra-dengar lagu single terbaru Royce Sa'ayan And Nifael Blues Band berjudul HIGHWAY SUPERSTAR.. yang paling rasa sangat terharu apabila Royce minta rakan2 artis berganjak kehadapan pentas, tanpa lengah mereka terus ambil tempat yang selesa masing (sangat supportive) dengan itu secara langsung memudahkan Royce meneruskan acara pra-dengar dengan jayanya. Royce dan Nifael blues membuat persembahan secara LIVE sebanyak 2 lagu iaitu HIGHWAY SUPERSTAR dan mendapat Komen positif dari Kak Sahara sejurus lagu tersebut habis. nak tahu apa kak sahara yacob kata.... :) dalam BI - "This Is Your Song And This IS You Royce" you should stick to this type of music" So Royce dan kawan2 pun WOWWW!!! ada yang lain sambut dengan tepukan dan sorakan tanda setuju dengan komen Kak Sahara.. Masyaallah tetiba muka Royce jadi PINK!hik hikhik.. brani dalam malu

erhemm kita sambung next page jommm///....

17 January 2017

Kemeriahan Pra-Dengar Highway Superstar - Sahara Yacob lonjak semangat Royce

baek kita bersambung dengan Acara yang berlangsung sekitar
Majlis Pelancaran L'Clasico dan Pra-dengar lagu terbaru Royce Sa'ayan And Nifael Bluesband berjudul
'HIGHWAY SUPERSTAR'
Royce Sa'ayan


Kehadiran Mama Rock Malaysia
Kak Sahara Yaacob amat menggembirakan dan rasa terharu atas kesudian KakSara(nickname)
memberi tanda sokongan ke majlis yang kecil royce ni. Alhamdullillah syukur..

'segala nasihat dan tunjuk ajar beliau akan disemat kehati dan minda supaya dapat dijadikan pandu arah dalam mengharungi kehidupan sebagai anak seni untuk masa akan datang, insyallah


JOM kita lihat MENU2 yang sangat menyelerakan mata & tekak
Dari hidangan Traditional 
ker International
 




<<<Lepas interview kami makan dulu takut jap gi sampai tetamu tak sempat nak alas perut  hehehe Jemput makan di L'Clasico Restourant


yang tudung hitam tu Datin Zainun Othmas (Owner L'Clasico Publika Solaris Dutamas. Kuala Lumpur>>>



Jemput datang beramai ramai merasakan makanan Minuman jugasuasana baru di kuala lumpur 2017

Pra-Dengar Highway Superstar Royce Sa'ayan And Nifael BluesBand - L'Clasico

Assalamualaikum wbt salam sejahtera, kita jumpa lagi acara berterusan tentang single terbaru Royce Sa'ayan And Nifael Blues Band di sebuah restourant yang bernama L'CLASICO CAFE & BISTRO terletak di Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur, Malaysia


<Restourant L/Clasico Publika Solaris Dutamas, <Kuala Lumpur Malaysia

Yang ni pulak begini cerita nya.... :) ^

*Pada mulanya hanya nak menolong sahabat memberi suntikan muzik didalam restoran baru beliau, sesudah panjang perbualan tetiba gatal mulut ni ingin mencetus satu acara yang bersangkut paut dengan lagu baru royce dengan nifael blues band yang berjudul HIGHWAY SUPERSTAR yang belum ada cadangan tarikh untuk melancarkan nya.. Sesudah itu dengan cadangan yang main main tu tetiba ia menjadi kenyataan dari masa kesemasa memilih tarikh yamg sesuai yang mana ketika itu terfikir akan saudara mara dan sahabat handai pasti bercuti dan memboleh kan mereka tidak menolak perlawaan royce untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut. jadi tarikh yang ditetepkan adalah pada hari Ahad, 25hb Disember 2016 dari jam 3.00 petang hingga 10.30malam. siapa ada encho lagi hingga jam 12.00 tengah malam.

Itu baru perancangan nya belum penyelarasannya lagi.. otak dah mula berfikir walau dalam macam takde apa2 berlaku..dari segi berurusan dengan pihak L"Clasico (Datin Zainun Othman), penyediaan makan dan minumnya. tetamu2 nya dan ada juga hati nak menjemput beberapa pihak media bagi menjadi kan majlis nampak relevant (bersesuaian) oopppsss ini paling pening dan cemas!! nak tahu kenapa...haaa! 25hb Disember jatuh pada Hari Natal (X'Mas) media ramai bercuti kira boleh agak dah...tapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan (orang tua2 kata) maka terpanggil hati ini untuk melawa sesaorang yang mahir dalam bidang media untuk mengambil tugas tersebut. Cari punya cari akhir nya PR Along Bakar sudi memikul tugasan, walau pun tahu akan risikonya. Tapi dengan dorongan dan sokongan Ahli Keluarga Sahabat2 Rakan Artis dan Pihak "L'Clasico sendiri maka Tarikh keramat itu terlaksana dengan baek walau dalam keadaan diri Royce yang kurang sihat. (Dugaan Allah beri diterima dengan menadah tangan akan kesyukuran, Alhamdullillah)
 Mula cerita pada hari kejadian yang berlangsung kami namakan
Pelancaran Restourant L'CLasico dan Pra dengar single terbaru Royce Sa'ayan And Nifael Blues Band - 2017

 Bermula jam 1tengahari masing2
mula membuat persiapan dari
susun atur meja dan kerusi, makan minum, peralatan muzik & sounc check #checklist

<ini Nifael #drumboy
     ini Shahrul #tokeypanggung>>

< ini aku, Royce Sa'ayan




dan yang ini Md.Noor Hendrix>>




<ini PR Along Bakar

kam makan dan bincang semua pekara sebelum tetamu tiba supaya perancangan majlis berlangsung dengan sempurna dan tetamu jemputan kami rasa berpuas hati dengan hidangan dan layanan serta acara yang di persembahkan.

perenggan penyelarasan selesai setakat ini ... seterusnya..... dibawah

Selain Nifael, Shaharul tetamu yang mula hadir pada jam 3ptg ialah Karat Band
<santai di ruang legar


 Wakil Media dari Diva@1 Tv1 RTM
sesampai terus kami di atur untuk sesi wawancara sebelum tetamu2 lain sampai
Terima kasih kerna memahami situasi,


Yang ini Athirah salah seorang pengurus Restorant L'Clasico.

jom kita jengok antara tetamu2 istimewa yang hadir ....




https://www.facebook.com/aesar.mustafa/videos/1467944783215642/