18 May 2013

Royce Sa'ayan @Kl Pop Radio - 23April2013

Royce Sa'ayan di Kl Pop Radio pada23hbApril 2013 - jam 3-4.30ptg




Bertuah betul kita pada zaman abad ke21sekarang ni, setakat untuk berhubung dengan keluarga mahu pun rakan sekolah atau rakan sekerja hanya satu jari jer dah boleh dapat maklumat terkini. Just One Finger Tip!
Gara gara rajin sangat berTwiter sementara mempromosikan single terbaru Royce iaitu Sembrani & rockestra Cinta Kelangit> maka terjumpa hamba allah ni yang sangat dan senantiasa panas & kontravesi dengan gelaran Dj Adik sejak berkerja sebagai DJ Radio dalam segmen "Mulut Longkang" tahu siapa? ha ha aha ini dia kawan seperjuangan Royce pada tahun 2007-2008 semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007/2008 iaitu Azwan Hj Ali... kenal kannnn!! harus lahhh!! tapi AA lebih awal dari royce cuma masa ABPBH 2007 kami sama-sama di calon kan dalam ketogeri Penyanyi Wanita Popular (2kaliCinta) dan Pengacara Paling Popular : ini ada gambar ttg promosi dan carta.




Bila dah terjumpa di twiter apa lagi.. mula lah meriah suasana, maklum lah AA kaannn
Jadi AA terus set tarilkh untuk datang ke Konti Kl Pop Radio..pada 23bb April 20013..
1jam30minit Royce & RS Teams dah sampai ke kawasan - Relax kat parking jap, taouch up apa yang patut sambil menunggu AA call time. Temubual selama 1.30jam tu banyak dapat Royce manfaat kan, Alhamdullillah seselai dan sesi bergambar serta royce menyerah kan cenderahati berupa Poster terbaru Royce Saayan - Rockestra Cinta Kelangit. Antara lagu lagu yang Royce kenal kan pada Kl Pop Radio dan Dj Adik@Divaas AA adalah 1- Rockestra Cinta Kelangit - 2- Sembrani & -3- Blues Wanita Penggoda (yang mana lagu ni Royce tuju khusus untuk 1st Lady Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak) dan -4- 2 X Cinta (yang mana lagu ini adalah lagu Hit pada tahun 2007-2008-2009-2010 dan hingga sekarang).. lampiran gambar-gambar di Konti Kl Pop Radio bersama Dj Adik@Divaas AA #Azwanhjali


nteractions

  1. 16 May
     retweeted you
    16 May:
    memang booommmm. . .

  2. Slm. WANITA PENGGODA ! ! LAGU INI KHAS UTK 1st LADY MSIA YBGIA DATIN SERI ROSMAH MANSOR !





  1. Khas utk 1st lady, datin seri rosmah katenye... Kelasss DJ ADIK... Haha
  2. Slm. WANITA PENGGODA ! ! KHAS UTK DATIN SERI ROSMAH MANSOR ! Boooom
  3. Slm. WANITA PENGGODA ! ! KHAS UTK DATIN SERI ROSMAH MANSOR ! Boooom




Harap semua yang dirancang akan berjalan dengan sempurna dan mendapat sokongan padu secara terus menerus( amboi tamaknya) teutama dari Keluarga & peminat-peminat Royce yang senantiasa bersama Royce dari dulu hingga sekarang.. terima kasih dan ..>>>>>
NANTI KAN KEMUNCUALAN AUDIO & VISUAL
SYMPHONIC ROCK TERBARU DARI
ROYCE SA'AYAN >2013>>>2014>>>>2015>>>>2016>>>2017>>>2018 >>>2019>>>>>>>2020 - INSYALLAH.

12 May 2013

Royce Saayan - Rockestra Cinta Kelangit di Carta Rock Rabak SelangorFm

Assalamualaikum, Hiiii apa khabar semua penggemar blog ... lama RS tak kemas kini blog RS,, sibuk sangat dengan agenda agenda rasmi dgn yang tak rasmi... aduuuuhai.. tapi seronok <Busy Is Good>
Ok ini cerita tentang lagu Rockestra Cinta Kelangit yang telah pun mendapat tempat di hati peminat nya tersendiri tanpa pengetahuan RS. Pada minggu pertama bulan April saudara Mahzan B telah menalipon RS untuk memberitahu bahawa lagu Rockestra Cinta Kelangit telah masuk percalonan baru di Carta Rock Rabak Selangor Fm yang di siarkan pada setiap hari Rabu jam 10.00 mlm hingga 12.tgh malam. sementara itu pihak syarikat Nakhoda Alam Enterprise selaku Sekretari dan penyelaras majlis kepada Unilink Event & Trading sedang bekerja lebih masa untuk menyiap kan proses printing Audio Dual Cd - Poster - Bunting - Banner - Backdrop - Penaja dan sebagainya yang mana majlis pelancaran telah di tetapkan tarikh pada 8/5/2013 di Bangi Kopitiam Taman Melawati.
sementara itu di bawah adalah catitan
Di papan muka buku Dj Hazman Hj Othman tercatit pencalonan baru untuk bulan April ;


  1. Dari Wall Dj Hazman Hj Othman untuk Carta Rock Rabak @Selangor fm..teruskan lagi undian utk mencari Juara Bulan April..

    BIL KOD TAJUK LAGU ARTIS
    1 A1 ANGAU JUMP P
    2 A2 ROCKESTRA CINTA KE LANGIT ROYCE SA'AYAN
    3 A3 CINTA ITU KETAWA DAN AIRMATA LESTARI
    4 A4 BILA DI BURU KENANGAN SAMUDERA
    5 B5 KAU TETAP KU HAJATI STINGS
    6 A6 BIAS CINTA DESIRE
    7 C7 HIJAU BUMI TUH...AN XPDC
    8 D1 BILA BUNGA DIPETIK ORG SEJATI
    9 D2 AKAR DAN BUMI AMUK
    10 D3 CINTA KRISTAL RAHIM MAAROF

    * Cara mengundi bermula dgn 10 markah untuk lagu yg ingin diletakkan di tempat yang pertama di ikuti 9,8 sehingga 1 markah utk lagu tmpt ke 10..taip kod lagu dan markah ..contoh A2 - 10

    • A1-5 / A2-10 / D3-9 / D2-8 / C7 -7 / D1-6 / B5-4 / A3-2/A4-1 / A6 -4

    TERIMA KASIH ATAS UNDIAN ANDA
    — with Royce Saayan Full and Royce Saayan II.

    Mengikut carta undian lagu Rockestra Cinta Kelangit menduduki tempat ke2 selama 3 minggu berturut-turut sehingga lah pada hujung bulan April lagu Rockestra Cinta Kelangit
    1. Tahniah Rockestra Cinta Ke Langit (Royce Sa'ayan ) Juara Bulan April Carta Rock Rabak @ Selangorfm..

      Like · ·
      • Saidah Ida terbaekkk...!!
        cong8 sis Royce Saayan....dan smua yg de...
        luorg tetap yg terbaekkk...
        May 1 at 10:06pm · 
        Terima kasih kepada pemegang nama Facebook yang sudi iaitu:
        1- Sue Jay   2- Saidah Ida  3- Puteri Mac   4- Don Foloroi   5- Qalam
        5 pemenang ini akan mendapat CD Dual Album Rock Tsunami tajaan
         UNILINK EVENT & TRADING. (Cd akan dihantar secara postage mengikut alamat yang di beri oleh pemenang itu sendiri)



        Ahamdullilah dan terima kasih kepada peminat yang rajin mengundi lagu RS.RCKL
        dan pada malam majlis pelancaran Album Rock Tsunami RS di panggil oleh Dj Hazman Hj Othman dari Carta Rock Rabak untuk sesi temuramah sebagai Juara Bulan April 2013. Juara bulanan Carta Rock Rabak akan bertanding di konsert Final nanti .. tarikh akan menyusul, sementara itu jauh lagi perjalanan dan perkongian cerita nak di warwar kan .. insyaallah :. ini ada beberapa gambar yg sempat di petik oleh Krew RS di konti Selangor FM...






9 April 2013

Royce Saayan - SEMBRANI - 2013

SEMBRANI

Poster Royce Sa'ayan - 2013 

Tajuk: SEMBRANI (Semangat Brani)
Senilagu: MdNoor MdZain (Rusty Blade / MdNoor Hednrik
Senilirik: Royce Sa'ayan
Studio rakaman: Green House Laguna Music Ampang Jaya Selangor 
Juru Rakam: Tom
Pemain muzik undangan: MAHABAND terdiri dari : MdNoor Hedrik (Gitar) Erol (gitar) Epol  (bass) Hafiz (Drum) dan Radzali Mustapa UITM teams (string orkestra)
Juru Adun: MdNoor Hendrik
Mixing & Mastering: NAE Studio pandan Indah Kuala Lumpur.
Juru Gambar: Conteng Conteng Studio (Ijoy)
Lakaran kulit Album & Poster: Silent Art design (Taufiq)
T-Shirt dan etc: INC Entertainment & DZ Infinity Enterprise
Unti Promosi: UNILINK (MahzanB) & INC Entertainment & DZ Infinity Enterprise
Terbitan Keluaran & Publisher: Nakhoda Alam Enterprise 

Semasa perancangan lagu ni pelbagai idea yang ditabur oleh tenaga produksi untuk menjadi kan lagu Sembrani sebuah karya muzik rock/metal nyanyian rockes wanita malaysia terkini dengan pengaruh elemen dan arrangement orkestra. Antara influasi muzik Royce Saayan yang terbaru adalah dari negara barat seperti Nightwish - Tarja Turunen - Within Temptation - Evanesence - Epica - Triton dan sebagai nya. 
Kenapa barat???? bagi pendapatan Royce sendiri>
MUZIK baru perlu dikongsi dan kadang perlu dijenamakan untuk aliran arus industri muzik rock/metal semasa,
MUZIK ADALAH SKOP BISNESS YANG TIADA NOKTAH PERHENTIAN. 
lagi lagi ROCK /METAL yang pasti seluruh dunia telah Di KUASAI nya, jadi sebagai penggemar dan pendokong muzik sebegini perjuangan yang sedia ada akan diteruskan dengan tujuan akan menjadi bahan rujukan generasi rock/metal pada masa akan datang... Maka terbit lah sebuah lagi karya untuk peminat Royce Saayan yang berjudul Sembrani.

Kilp muzik pembikinan lagu Sembrani 
Tom & MdNoor selaku jururakam
Tarikh: 15 november 2012 - 9mlm - 5pagi


Promo SEMBRANI

31 March 2013

Album Rock Tsunami 2013

Album Rock Tsunami 2013

Bukan perkara mudah untuk menyudah kan gabungan 16 rockers ni (pecah kepala jugak la) adush! kerna pada bulan februari 2013 Pengurus Artis bernama MahzanB datang melawa jika Royce nak bekerjasama dalam album ni. Memandang kan syarat nya hanya perlu ada 2 lagu terbaru sahaja jadi kebetulan royce baru saja siap single terbaru iaitu SEMBRANI dan ROCKESTRA CINTA KELANGIT jadi apasalah nya kedua lagu ni dimasukkan sekali dalam Album Rock Tsunami ini. Untuk itu peluang ini harus di gunakan bagi sama sama mempromosi kan lagu terbaru, jadi kerja nya nak nampak berkumpulan ...tak lah sorang sorang ... royce rasa selesa begini walaupun dalam album ni Royce sorang jer rocker Wanita. Syukur Alhamdullillah.

Mengikut cerita nya perancangan album ni sudah di rangka pada tahun 2010 tapi entah apa hal agak nya projek ni tergendala atas sebab sebab yang tak dapat di elak kan maka tertangguh hingga ke tahun 2013.
Jadi alang-alang menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan <kata orang dulu dulu> maka royce ambil keputusan untuk sama-sama meneruskan perjuangan angkatan Rock Tsunami dengan memberi kerjasama yang amat jitu agar Album ini muncul di pasaran dan akan menjadi bahan rujukan generasi peminat tega muzik rock zaman ini dan akan datang. Insyaallah.

Album Rock Tsunami 2013 ini dijangka akan berada di pasaran pada hujung bulan april atau awal bulan may 2013.
Album Rock Tsunami Gabungan 16 Artis/kumpulan Rock Malaysia.
Konsep: 8 Mentor's (90an) dan 8 Protege's (20an)
Mengandungi 32 buah lagu rock terbaru.
Bentuk : Dual Digital Audio CD.
Harga seunit: RM30.00
Muat Turun RBT/CRT boleh di dapati di semua rangkaian Telco: Digi - U-Mobile - Maxis - Celcom.
Ini akan di kemas kini oleh setiap individu artis terlibat.
Harap mendapat sokongan dari semua pihak terutama dari pihak media.
WAJIB beli yang original k. Terima kasih.

Royce Saayan di Back Road Blues Session 23-03-2013


Add caption


Ini jamm session Nifail Blues Band Feat untuk Md.Noor Hendrik (Gitar) - Shaharul(Bass) Oja (Gitar) Nan Blues Man (Gitar) Bro Harp adn Abang Yazid Search (Drum) + Royce )Vokal untuk Lagu Blues Wanita Penggoda.



OKkay.. hye guy's
Aiseymen/..lambat pulak kali ni ni update blog,
alright.. yang terbaru tentang Back Road Blues Session yg di adakan di Bangi Kopitiam Taman Melawati (tempat Kidd Search) yang mana permis tu di jalan kan oleh isteri beliau Puan Aznin. in person she's ROCK\m/ dah ngam la tu...Selalu nya kalau persembahan Blues ni secara Am nya orang pasti akan ingat kan satu satu nya Kumpulan Blues Malaysia "Blues Gang" kan? Tapi pada malam tu rupanya ramai betul Die hard Blues fans ni.. memang teruja sesangat.
Royce memang pendam sangat untuk perform live lagu lagu blues kebetulan memang royce ada rakam 1 lagu irama blues pada tahun 2009 yang berjudul Blues Wanita Penggoda (lirik seperti di bawah).
                 
Blues Wanita Penggoda
Senilagu & Senilirik ( Royce Sa'ayan)

WANITA PENGGODA TIRUS ALIS MATA NYA
WANITA PENGGODA TIRUS ALIS MATA NYA
MALU ATAU PERAMAH - TERLUPA NAK MEMBEZA

WANITA PENGGODA WIRAWATI HATI NYA
WANITA PENGGODA WIRAWATI HATI NYA
PANDANG BERTENTANGENGKAU PASTI DITAWAN

-SOLO  
WANITA PENGGODA MEMANG MERBAHAYA
WANITA PENGGODA MEMANG MERBAHAYA
JEJAK DIKIRA HINGGA TERPANAH ASMARA


WANITA PENGGODA WANITA ISTIMEWA
WANITA PENGGODA WANITA ISTIMEWA
CANTIK SOPAN BERGAYA BIJAK KELEBIHANYA

WANITA PENGGODA, WANITA PENGGODA ,
WANITA PENGGODA - JAGA JAGA SI PENGGODA
KAU PASTI DITAWAN
WANITA PENGGODA… YEAH…YEAH…

Nak cerita sikit pasal lagu Blues wanita penggoda ni: sebenar nya lagu ini adalah lagu yang di muat kan dalam sebuah filem yang mana royce pun ada jugak berlakon sikit-sikit dalam filem yang sesangat kontravasi tapi tak dapat ditayangkan atas sebab perkara yg tak perlu nak dikongsikan.(not my bisnes)

Jadi potensi lagu ini hanya akan wujud dalam gabungan beberapa pihak organisasi yang obses dengan muzik blues sahaja. itu pun dah cukup baek arr.. tapi royce dapat rasakan dan yakin dengan lagu ini akan berjalan jauh dan pasti menjadi satu bahan rujukan oleh generasi penggemar muzik blues baru pada masa akan datang.< Kenapa tak percaya>? kita tengok nanti.. kerna ada sebab! Royce sendiri mencari bahan rujukan penyanyi lagu blues malaysia.. jadi yang jumpa dalam khazanah hanya ada Blues Gang - Sahara Ya'akob, Ramli sarip - LoveHunter (Blues untuk rakyat) yang lain secara individu nya kenal tapi tak berapa pasti dari kumpulan mana ... kalau ada yang tahu sila konsi dengan royce k..


Pada malam Back Road Blues Session 23Mac2013 9.mlm- Penganjur (Shaharul dr Nifail Blues Band) )talipon Royce secara peribadi melawa jika Royce sudi untuk jamm session kata nya hanya 2 lagu. Ok jugak Tu! so royce kasi lagu praktis 1 hari dan esok Jamm... Yang best nya pada malam tu acara jamm session yang paling dinanti kan oleh kawan-kawan dan penonton yang hadir.. penuh sesak jugak lah kopitiam malam tu .. (senyum lebar tokey..ha ha haa)
ok untuk lagu Blues Wanita Penggoda yang sama-sama infromtwo adalah - Nifail Blues Band Feat Oja (gitar) Shaharul (bass) Md.Noor Hendrik (gitar) Nan Blues Man (Gitar) Bro Harp (harmonika) dan Abang Yazid Search (Drum) dan dah tentu lah Vokal - Royce sendiri.
dan lagu yang lagi satu lagu dalam bahasa english tajuk Feel So Bad yang bakal di rakam kan tak lama lagi - jadi blues wanita penggoda ada kawan.. hu hu hu.. kat bawah ni royce ada link video lagu
BLUES WANITA PENGGODA versi LIVE dengan NIFAIL BLUES MAN & FRIENDS
https://www.youtube.com/watch?v=ncmnVL2-f-c

Yang ni VC Audio
Blues Wanita Penggoda


Semoga terhibur.
Salam
Royce Sa'ayan