31 March 2013

Album Rock Tsunami 2013

Album Rock Tsunami 2013

Bukan perkara mudah untuk menyudah kan gabungan 16 rockers ni (pecah kepala jugak la) adush! kerna pada bulan februari 2013 Pengurus Artis bernama MahzanB datang melawa jika Royce nak bekerjasama dalam album ni. Memandang kan syarat nya hanya perlu ada 2 lagu terbaru sahaja jadi kebetulan royce baru saja siap single terbaru iaitu SEMBRANI dan ROCKESTRA CINTA KELANGIT jadi apasalah nya kedua lagu ni dimasukkan sekali dalam Album Rock Tsunami ini. Untuk itu peluang ini harus di gunakan bagi sama sama mempromosi kan lagu terbaru, jadi kerja nya nak nampak berkumpulan ...tak lah sorang sorang ... royce rasa selesa begini walaupun dalam album ni Royce sorang jer rocker Wanita. Syukur Alhamdullillah.

Mengikut cerita nya perancangan album ni sudah di rangka pada tahun 2010 tapi entah apa hal agak nya projek ni tergendala atas sebab sebab yang tak dapat di elak kan maka tertangguh hingga ke tahun 2013.
Jadi alang-alang menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan <kata orang dulu dulu> maka royce ambil keputusan untuk sama-sama meneruskan perjuangan angkatan Rock Tsunami dengan memberi kerjasama yang amat jitu agar Album ini muncul di pasaran dan akan menjadi bahan rujukan generasi peminat tega muzik rock zaman ini dan akan datang. Insyaallah.

Album Rock Tsunami 2013 ini dijangka akan berada di pasaran pada hujung bulan april atau awal bulan may 2013.
Album Rock Tsunami Gabungan 16 Artis/kumpulan Rock Malaysia.
Konsep: 8 Mentor's (90an) dan 8 Protege's (20an)
Mengandungi 32 buah lagu rock terbaru.
Bentuk : Dual Digital Audio CD.
Harga seunit: RM30.00
Muat Turun RBT/CRT boleh di dapati di semua rangkaian Telco: Digi - U-Mobile - Maxis - Celcom.
Ini akan di kemas kini oleh setiap individu artis terlibat.
Harap mendapat sokongan dari semua pihak terutama dari pihak media.
WAJIB beli yang original k. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment