23 December 2013

Royce Sa'ayan KOPSTAR - Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013 -

Assalamualaikum ..
Puan Habsah Hassan & Royce Sa'ayan
Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad
KOPSTAR


Ini pula tentang penglibatan saya dalam Koperasi bermula dari january 2013 iaitu semasa menyuarat agung Kopstar=Koperasi Industri muzik malaysia berhad yang telah terajui oleh beberapa pendukong seni tanahair seperti Puan Habsah Hassan terutamanya selaku pengerusi KOPSTAR.
Sesi perlantikan baru bagi beberapa jawatan telah berlansung pada hari itu, sekaligus rakan2 yang hadir telah melantik dan menjadikan saya sebagai salah seorang ALP-Pengarah dalam organisasi tersebut dengan sokongan padu dari wakil ahli yang hadir pada hari tersebut.
Maka hari demi hari, bulan demi bulan mesyuarat kopstar telah berlangsung dengan baik tiap kali diadakan sehingga pada suatu ketika saya dapat panggilan talipon dari setiusaha Kopstar iaitu Puan Norkhayati Mohd Hashim dan juga dikenali sebagai BAIDURI mengatakan Kopstar di jemput oleh SKM Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk hantar wakil hadir mesyurat Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013 yang berlansung di Medan Tuanku 1 Kuala Lumpur pada 11-12-13 November 2013.
Dengan penuh tanggujawab saya menjalan kan tugas yang diberi oleh Kopstar secara solo bagi mendapat kan maklumat lanjut tentang penglibatan Kopstar untuk KKWP tersebut.
Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran akhir nya Kopstar berjaya menjadi pembekal bagi urusan publisiti/Media dan Kecerian untuk karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013.

No comments:

Post a Comment