Royce Sa'ayan - hotchocolat sebelum berlepas di KLIA
Ok ini cerita mengenai lawatan royce ke rtm kuching sarawak - sarawakfm ..
Mula membuat panggilan talipon kepada seorang kenalan yg dulu pernah bertugas di muzikfm(pernah mengendalikan segman ROCK SELAMBER dan skrg dah jadi radio-oline) ok jugak tu!! iaitu Encik Saiful Arini Pernolong Kanan RTM Serawak (klu tak silap lah)...errrmm nampaknya pnggilan tdak mengecewakan dan mendapat tarikh yang baek untuk sesi lawatan dan temuramah esklusif untuk Sarawak.Fm dalam segmen Rock Ajer..(pun klu tak silap lebih kurang gitu lah tajuk segmen tersebut...Ok jugak tu
Ini Iman Kassim & Abby Zain di KLIA
Maka rancangan perjalanan royce bersama 2 rakan ushawan iaitu Iman Kassim dan Pelukis Abby Zain, Tarikh pada 3hb-5hb September 2013 dah pun diputuskan. dengan menaiki pesawat AirAsia dengan harga promosi RM180 pergi dan balik, tempat tinggal di Appartment Ariva 2 bilik RM450 3hari 2 malam dan selebihnya perbelanjaan makan minum pengangkutan sana sini dan tak lupa shopping(the most favourite)..
Posing ...tetap sebelum mendarat di Kuching Sarawak.
Ariva Appartment Kuching Sarawak (2 rooms)
Selesa - ringkas dan kemas -
pemandangan dari bilik boleh nampak bandar kuching sarawak
HARI PERTAMA 3hb September 2013
Bertolak jam 6.30pagi dan sampai jam 8.30pagi ... sesampai di perkarangan macam biasa ambil beg, cari teksi ke Ariva Appartment - Layanan penyambut tetamu dan respsi amat baek sekali kerna kami dibenar kan untuk check in seawal 10.30 pagi dan boleh sarapan pagi terus di cafe Ariva tersebut..Alhamdullillah..
masuk bilik rehat dan mulakan agenda yang dah di atur kan..
2.00 petang berjumpa sale marketing dari Summer Mall kuching berbincang mengenai showcase dan pameran di tempat mereka
4.30 petang berjumpa En.Saiful dari RTM Sarawak.Fm berbincang mengenai temubual pada jam 9malam
5.30petang berjumpa sale merketing Mereka Palace Mall juga untuk show case --sambil meeting sambil minum petang .. di Secret Recipe Merdeka Mall Kuchng Sarawak
selesai 3 temujanji kami balik rehat lepas solat isyak kami bersiap sedia kerna kami akan dijemput pada jam 9.30 malam ke RTM Kuching Sarawak untuk sesi temubual bersama Sarawak.Fm oleh Dj bertugas pada malam itu.
Abby Zain sedang melukis naif potret temubual esklusif ini dan telah di gantung dibilik pameran Rumah Gemilang milik Abbay Zain sendiri.
Di Konti Sarawak FM Kuching Sarawak mempromosikan Single Rockesta Cinta Kelangit & Sembrani - Album Rock Tsunami 2013 - Single duet terbaru Royce Sa'ayan ft Abot iaitu Hanya 2 Khalimah dan Album Royce Sa'ayan Raye Selamber.
Royce Sa'ayan & Abby Zain Bergambar kenangan bersama Dj F Sarawak.FM yang bertugas
sebelum kami pulang Terima kasih atas semua soalan2 membina yang telah disiapkan untuk Royce selama 1.jam.
kami dijamu makan malam mee kolok special oleh warga rtm sarawak ...best dalam kepala dah terfikir esok shopping time, nak beli paste mee kolok!! yeahh. oh yea yg tgh jeling kamera tu lah en.saiful \m/
Selesai sudah urusan pada hari pertama mengikut jadual yang ditetapkan--syukur alhamdullillah!!
sempat posing di lobby Ariva sebelum masuk bilik...haha a decoration prop masih mood hari raya ... maklum dalam bulan raya lagi...
HARI KEDUA ROYCE DI KUCHING SARAWAK- 4hbSeptember2013
Hari kedua 4hbseptember 2013 di bandar kuching lembab dan hujan dari tengahari sampai kepetang jadi royce tak keluar kemana2 dan ambil keputusan untuk praktis vokal diruang tamu jer dengan menggunakan Hi-Fi yang difasilitiskan dalam appartment tersebut serta menghabis kan beberapa rangkap lirik yang perlu di siapkan untuk single terbaru nanti.\Gambar adalah pemandangan dari tingkap appartment rasa nya jam 5.30ptg>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
6.30 petang - termenung di tingkap dan tak sabar menunggu matahari terbenam(sunset)
bercadang nak menikmati suasana malam di bandar kuching .. mana nak pergi kena tunggu rakan2 balik dari mesyuarat...uuiii dalam kepala dah plan mana nak pergi malam ni .. so sempat buat 2 3 panggilan rakan2 di kuching ni.. ada yang cadang di situ disini disinuuunnn...adoii apa pun kena jugak tunggu iman dan abby balik
Sempat posing dengan abby di tangga lobby sementara menunggu teksi sampai
dan sempat lagi menulis ...tetiba ilham datang untuk lirik rangkap korus ,
tq tq tq...
Ini Iman Kassim (basauu)
Balik cari pizza Hut untuk supper ..
Rehat dan bincang plan hari ketiga sebelum pulang ke kuala lumpur ...
yeeahh esk shopping time ...
sweet dream n nite2 uolls..
HARI KE -TIGA ROYCE DI KUCHING SARAWAK - 5hbSeptember2013
Good morning, bersiap untuk aktiviti shoping hari ni.. selepas sarapan pagi jam 10.00 pagi kami bertiga ke keluar berjalan kaki sahaja menyusur ke bandar kuching .. yang best nya satu ekor kuching pun tak nampak..pelik kan!! tapi memang terbaek .. bandar nya bersih dan orang2 nya peramah...
Ok ini gambar yang terbaek antara tempat2 yg
di lawati ..
Dataran Merdeka Kuching Sarawak,
di belakang royce adalah bangunan kerajaan dan 2 batang pokok yang megah berdiri tegap di tengah tengah bandar kuching, mengikut sumber dari anak jati sarawak pokok ini adalah antara yang palng tertua di sarawak, dibiarkan hidup di situ hasil peninggalan orang terdahulu - mesti ada sebab nya kan... dan lagi pokok ini akarnya terkeluar dari paras bumi yang mereka gelar BANIR dalam bahasa tetuan mereka.Jom kita tengok kesahihannya ....
Errrmmm Besar kan??
Pokok ini bergelar BANIR sumber dari anak jati sarawak.
BANIR ertinya akar yang terkeluar dari paras bumi..selebih nya tak sempat nak tanya..
Ilham BANIR ini akan menjadi satu bahan rujukan royce untuk menerokai dan menyelami diri sendiri tentang kebesaran Allah s.w.t dan kemungkinan besar jika diizinkan ..BANIR ini akan menjadi sumber inspirasi bagi meneruskan perjuangan ini dalam masa berkarya mahu pun dalam kehidupan ini yang belum tahu dimana akhirnya ..
so means (UNFINISHED BISNES)
^
^
lawatan seterusnya >>>>
Bandar Sarawak yang cantek dan bersih
two tumbs up!!!
Sungai Sarawak ..kebetulan pada esok hari nya ada sambutan rigata jadi sempat tengok diorang berlatih ...
seronok betul ...
Ini kami bertiga
Abby Zain - Iman Kassim dan Royce
haaaa ini la tempat yang kami shopping macam2 tu selain cenderahati dan sebagai nya .. Kek lapis Sarawak harus bawa balik KL ,,, masing2 membeli macam nak buat meniaga..ha ha ah tapi Kek lapis Sarawak memang no one terbaek!!
mamat ni anak jati sarawak, tengah rehat rehat dia datang menegur.. dia kata macam pernah tengok jer muka awak... Artis rock kan? uikk terkejut jap...wah punya la peramah tak hinggat.. mula mula seram gak tetiba datang tegur.. muka merah plak tu ..allammak!! so cerita nya peminat kisah nya.. siap tahu album pertama Royce Saayan Alterntif, Album Royce Yang Lazat dan rupanya dia ada dengar radio sarawak.fm masa temubual kelmarin...pergh royce pulak teruja sesangat..heheh.. tapi sayangnya lupa plak nama mamat nih, apa pun terima kasih..siap minta sign kat belakang t-shirt dia tu dan beli t-shirt royce siap sign lagi...hadoi feel good la plak! tq lah
^
^
Penat berjalan dan shopping kami singgah makan tengahari di James Brooke Restourant di pinggiran sungai Sarawak ... yang penting posing dulu di halaman James Brooke Restourant
selama tiga hari di kuching sarawak ini lah kuching yang pertama royce nampak dalam restouran james brooke, baek punya landing ... kejut kan pun tak bangun ishk ishk ishk,,,cute!
Pucuk dicipta ulam mendatang - akhirnya dapat pun Mee Kolok Istimewa disini.. memang lazat sangat...
Juadah tengahari setelah penat berjalan.. Jemput makan semua ... Mee Kolok Istimewa dan Air Limau sejuk ...
Buah Naga kegemaran ... Buah Naga segar & Sejuk (Chil Fresh Dragon Fruit)
Lepas makan tengahari rehat main Chatur (CHES) sambil memikir langkah permainan nya dan!!
Layan dulu sementara tunggu chess partner sampai ---
Ha! ini dia my Chess partner - Abby Zain
Ini ada lah gambar langkah terakhir perlawanan Catur/Chess Royce & Abby di James Brooke Restaurant sebelum bayar bill makan dan minum dan bla...
Royce sengaja mengambil pic permainan catur/chess ni ,
harap satu hari nanti akan berjumpa dan bersambung di lain hari ..insyaallah
5hb September 2013 - 2.00ptg di Restaurant James Brooke Kuching Sarawak.
Di tepi sudut ada barangan Antik so apa lagi ...poss laahh kan!
Di Halaman luar ada patung2 kuching
tetiba ada sampan kuning ni di tepi sudut halaman J.B R nie...
Mesti ada cerita tersurat dibalik yang tersirat ... walau apa pun lawatan kebandar kuching untuk kali ini amat bermakna sekali... sekarang ni nak ajak abby kayuh sampan ni balik appartment bersiap kemas nak balik KL jap lagi ....flight jam 9.45malam ha aha boleh ke? Abby cekak pinggang ...sambil kata 'u biar betul royce'.... ha aha gurau jelah abby...jom jalan kaki balik kemas!!
ok ok ok ....
Royce, Abby dan Iman sampai apartment jam 5.30petang, barang2 memang dah siap kemas sebelum keluar pagi tadi, so lepas bersih dan segar kan diri kami pun check out dan minta bantuan pihak Ariva appartment menguruskan hal teksi ke Airport .. sebelum bergerak Royce dapat menghubungi rakan2 di Kuching untuk mengucapkan terima kasih selamat tinggal termasuk lah Rtm Sarawak En.Saiful dan keluarga sudi berjumpa kami di Airport katanya ada cenderhati dari SarawakFm RTM Kuching ... oikkk apa tu agak nya ek...jeng jeng jeng...suprise!!!!
Pemandu Teksi Sarawak ini bukan peramah orang nya,, dalam perjalanan ke Airport macam2 cerita tentang Artis2 dia tahu yang pernah naik Teksi dia...wahh bukan main bangga lagi dia bila dapat tahu yang naik Teksi dia sekarang ni Artis Rock Wanita Malaysia (amboi promo)...iskh iskh iskh .. pada dia ada 4 handphone -- keempat2 hp dia pic gambar...bersungguh sangat... siapa lalu jer dia minta tolong orang tu petikkan ... ada jugak!! Ok Jugak Tu ..lagi lagi dia nampak orang RTM ada sekali ...uuuiiii bangga giler dia ...hahaha...
Janji di kota En.Saiful Arini sampai juga di Airport dan memberikan cenderahati dari Sarawak.Fm RTM Kuching iaitu dibawah gambar ni ,,,, CD-R Temuramah bersama Royce Sa'ayan di sarawakfm Rtm Kuching Durasi 27 minit 50 saat. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA - Moga jumpa lagi di masa akan datang..
Selepas check in n ambil bording pass Royce dan rakan2 merayau-rayau lagi diperkarangan Ariport Kuching ...
Lepaq minum kopi Starbuck sementara nak tunggu 1.jam lagi untuk bording ...Ini yang paling favourite - dah bording terjumpa CHANEL - wajib singgah masuk tengok apa yang terbaru ...Haaa Jumpa pun!!
COCO CHANEL MIST - I'M LOVIN IT
IM A CRAZY FOR CHANELAbby Zain sempat melukis gambar Royce & Chanel Mist ... memang gitu agaknya attitude seorang pelukis!!
All Best and Good Luck Abby Zain
Ok time Up! Selamat tinggal dan terima kasih Kuching Sarawak.
Air Asia - Lapangan Terbang Kuching Sarawak - 9.45 malam
Jumpa Lagi. Bye bye
Royce Sa'ayan
No comments:
Post a Comment