23 December 2013

Royce Sa'ayan di Majlis Makan Malam Mesra MACP 24November 2013


MAJLIS MAKAN MALAM MESRA MACP 2013


berlansung dengan meriah nya pada 24hb Nov 2013 jam 8.00 malam di Hotel Royale Bintang The Curve Damansara Utama Kuala Lumpur.
Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran 
Menteri Komunikasi & Multimedia  iaitu YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek 

Ucapan bernas dari Pengerusi MACP Puan Habsah Hassan.











Ucapan membina dari YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek di majlis makan malam mesra macp 2013.

Antara gambar kenangan yang sempat di petik pada hari kejadian nii....



Yang sebelah kiri ni dah tentu Mak Diva Puan Aishah MACP













Sebelah kanan Puan Norkhayati Mohd Hashim (Baiduri)
Atas dari kiri: Neves Prety Ugly - Helen Yap - Royce Sa'ayan - Md.Noor Hendrik

Atas: Abang Mas Omar - Kak Zawiyah - Ag Hotfm - Ayie Mas Omar - Royce Sa'ayan

Atas Royce Sa'ayan & Kak Efa Rizan 

Atas Ag Hotfm

Atas ni Shima Macp
kalau pergi ofis MACP jumpa muka ni dulu -- ha aha 


 ala gambar terbalik pulak
ini dengan Lyn Mat Mega - Dia ni ketua pasukan bagi pasukan bola jaring Macp.
Sedikit sebanyak dapat juga menyimpan kenangan untuk majlis makan malam macp yang hanya berlansung setahun sekali.
Wassallam







Royce Sa'ayan KOPSTAR - Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013 -

Assalamualaikum ..
Puan Habsah Hassan & Royce Sa'ayan
Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad
KOPSTAR


Ini pula tentang penglibatan saya dalam Koperasi bermula dari january 2013 iaitu semasa menyuarat agung Kopstar=Koperasi Industri muzik malaysia berhad yang telah terajui oleh beberapa pendukong seni tanahair seperti Puan Habsah Hassan terutamanya selaku pengerusi KOPSTAR.
Sesi perlantikan baru bagi beberapa jawatan telah berlansung pada hari itu, sekaligus rakan2 yang hadir telah melantik dan menjadikan saya sebagai salah seorang ALP-Pengarah dalam organisasi tersebut dengan sokongan padu dari wakil ahli yang hadir pada hari tersebut.
Maka hari demi hari, bulan demi bulan mesyuarat kopstar telah berlangsung dengan baik tiap kali diadakan sehingga pada suatu ketika saya dapat panggilan talipon dari setiusaha Kopstar iaitu Puan Norkhayati Mohd Hashim dan juga dikenali sebagai BAIDURI mengatakan Kopstar di jemput oleh SKM Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk hantar wakil hadir mesyurat Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013 yang berlansung di Medan Tuanku 1 Kuala Lumpur pada 11-12-13 November 2013.
Dengan penuh tanggujawab saya menjalan kan tugas yang diberi oleh Kopstar secara solo bagi mendapat kan maklumat lanjut tentang penglibatan Kopstar untuk KKWP tersebut.
Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran akhir nya Kopstar berjaya menjadi pembekal bagi urusan publisiti/Media dan Kecerian untuk karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013.

5 December 2013

TRIBUTE TO SANG GENDANG (YAZID SEARCH) 21 SEPTEMBER 2014

Cetusan ilham untuk mengadakan kutipan tabung dana buat Yazid search ini telah dicadangkan oleh Saudara Shaharul Nizam seorang pemain gitas bass kumpulan Nifael Blues Band dan juga seorang sahabat baek kepada Abang Yazid Search.. suara beliau telah sampai ke telinga Royce dan langsung memikirkan penyelangaraannya.


 Bagi mengerakkan langkah awal untuk majlis kutipan amal tersebut royce telah memulakan langkah promosi sederhana dengan menghubungi beberapa rakan media baru berinternet seperti Utusan Online & AuraFm bagi mewarwarkan tarikh dan lokasi. Atas persetujuan Abang Yazid sendiri beliau sudi turun padang bagi sesi temubual bersama.


Terima Kasih kepada AuraFm dan Wilayah Dorai yang sudi menyokong serta menyediakan juadah

Kehadiran kami di AuraFm disambut baek dan ikhlas - Alhamdullillah
MdNoor Hendrik, Abang Yazid, Shaharul, Royce Sam dan Tuan Rahim 

Perjumpa mesra Persatuan MAWARKU di Bukit Tinggi September 2013

Acara santai ini melibat kan artis2 veteran seperti penyanyi pelakon dan bekas penari kebudayaan traditional malaysia khususnya, Sebenarnya Royce hanya meneman kan kekanda royce iaitu Puan Ruhani Sa'ayan yang mana beliau adalah bekas penari kebudayaan Johor Bahru pada tahun 70'an/ 80'an dan menjadi tenaga pengajar di beberapa sekolah dan kelab-kelab persatuan kerajaan bersama Suami beliau iaitu Sabtu Bin Mahmod yang dulu digelar Cikgu Azmi.dan sekarang mreka berdua alah ahli persatuan MAWARKU.


 Haa yang ini kenal tak -- muka-muka penari tersohor tahun 70'an 80'an atas''' yang bawah ni dikenali sebagai Abg Jem ... uuuiiii lemah lembut orang nya!
Selain menerima pelawaan kekanda Ani, Royce ingin sekali menikmati udara segar dan permandangan tropikana yang sungguh mengkagum kan yang mereka semua dok cerita tu...
Jom kita lihat beberapa pic yang royce sempat ambil ..
kami naik buggi(kereta elektrik) untuk mendaki ke atas ..



 Agak tinggi jugak nak sampai kerumah Agam ni ..


 Ini rumah tetamu ...
ok royce dah sampai rumah kediaman VIP
Bersama Datin Kat - Puan K, Royce & Puan Annie
 di Halaman rumah - cantek yang amat dan sejuk mata memandang serta terapi jiwa
 Ada kolam renang seyhh... 
 Pemandangan dari a












Aktiviti siang melawat kawasan - malam ada aktiviti lain pulak ...wah best2!!

Jom Chat dengan ROYCE SAAYAN, 11 Sep 2013 - Utusan Online







Sila layari laman sesawang diats untuk mengetahui lebih lanjut tentang temubual secara langsung dari meja pengarang & wartawan Utusan Online

Royce bersama wartawan Haszrul Mohammed dari Utusan Online dan Md.Noor Hendrik

4 December 2013

Royce Sa'ayan di Kuching Sarawak September 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati ...
 Royce Sa'ayan - hotchocolat sebelum berlepas di KLIA

Begini lah perjuangan yang tak selesai bagi penggiat seni seperti kami..sentiasa bekerja dan berusaha gigih bagi mencari peluang dan ruang yang terbaek untuk mempromosi karya-karya terbaru, kalau tidak maknanya berendam lah sampai kembang teratai di tasek madu ..hahahaalamak!!!

Ok ini cerita mengenai lawatan royce ke rtm kuching sarawak - sarawakfm ..
Mula membuat panggilan talipon kepada seorang kenalan yg dulu pernah bertugas di muzikfm(pernah mengendalikan segman ROCK SELAMBER dan skrg dah jadi radio-oline) ok jugak tu!! iaitu Encik Saiful Arini Pernolong Kanan RTM Serawak (klu tak silap lah)...errrmm nampaknya pnggilan tdak mengecewakan dan mendapat tarikh yang baek untuk sesi lawatan dan temuramah esklusif untuk Sarawak.Fm dalam segmen Rock Ajer..(pun klu tak silap lebih kurang gitu lah tajuk segmen tersebut...Ok jugak tu
                                                         Ini  Iman Kassim & Abby Zain di KLIA
Maka rancangan perjalanan royce bersama 2 rakan ushawan iaitu Iman Kassim dan Pelukis Abby Zain, Tarikh pada 3hb-5hb September 2013 dah pun diputuskan. dengan menaiki pesawat AirAsia dengan harga promosi RM180 pergi dan balik, tempat tinggal di Appartment Ariva 2 bilik RM450 3hari 2 malam dan selebihnya perbelanjaan makan minum pengangkutan sana sini dan tak lupa shopping(the most favourite)..
Penerbangan AirAsia seawal 6.30pagi - Klia
                                                                                Posing ...tetap sebelum mendarat di Kuching Sarawak.

Ariva Appartment Kuching Sarawak (2 rooms)
 Selesa - ringkas dan kemas - 




 pemandangan dari bilik boleh nampak bandar kuching sarawak
 simple but nice to stay

HARI PERTAMA 3hb September 2013
Bertolak jam 6.30pagi dan sampai jam 8.30pagi ... sesampai di perkarangan macam biasa ambil beg, cari teksi ke Ariva Appartment - Layanan penyambut tetamu dan respsi amat baek sekali kerna kami dibenar kan untuk check in seawal 10.30 pagi dan boleh sarapan pagi terus di cafe Ariva tersebut..Alhamdullillah..
masuk bilik rehat dan mulakan agenda yang dah di atur kan.. 
2.00 petang berjumpa sale marketing dari Summer Mall kuching berbincang mengenai showcase dan pameran di tempat mereka
4.30 petang berjumpa En.Saiful dari RTM Sarawak.Fm berbincang mengenai temubual pada jam 9malam

5.30petang berjumpa sale merketing Mereka Palace Mall juga untuk show case --sambil meeting sambil minum petang .. di Secret Recipe Merdeka Mall Kuchng Sarawak
selesai 3 temujanji kami balik rehat lepas solat isyak kami bersiap sedia kerna kami akan dijemput pada jam 9.30 malam ke RTM Kuching Sarawak untuk sesi temubual bersama Sarawak.Fm oleh Dj bertugas pada malam itu.

 
                                                                                         Abby Zain sedang melukis naif potret temubual esklusif ini dan telah di gantung dibilik pameran Rumah Gemilang milik Abbay Zain sendiri.

Di Konti Sarawak FM Kuching Sarawak mempromosikan Single Rockesta Cinta Kelangit & Sembrani - Album Rock Tsunami 2013 - Single duet terbaru Royce Sa'ayan ft Abot iaitu Hanya 2 Khalimah dan Album Royce Sa'ayan Raye Selamber.


Royce Sa'ayan & Abby Zain Bergambar kenangan bersama Dj F Sarawak.FM yang bertugas 
sebelum kami pulang Terima kasih atas semua soalan2 membina yang telah disiapkan untuk Royce selama 1.jam.

 kami dijamu makan malam mee kolok special oleh warga rtm sarawak ...best dalam kepala dah terfikir esok shopping time, nak beli paste mee kolok!! yeahh. oh yea yg tgh jeling kamera tu lah en.saiful \m/
Selesai sudah urusan pada hari pertama mengikut jadual yang ditetapkan--syukur alhamdullillah!!
sempat posing di lobby Ariva sebelum masuk bilik...haha a decoration prop masih mood hari raya ... maklum dalam bulan raya lagi...


HARI KEDUA ROYCE DI KUCHING SARAWAK- 4hbSeptember2013
Hari kedua 4hbseptember 2013 di bandar kuching lembab dan hujan dari tengahari sampai kepetang jadi royce tak keluar kemana2 dan ambil keputusan untuk praktis vokal diruang tamu jer dengan menggunakan Hi-Fi yang difasilitiskan dalam appartment tersebut serta menghabis kan beberapa rangkap lirik yang perlu di siapkan untuk single terbaru nanti.\
Gambar  adalah pemandangan dari tingkap appartment rasa nya jam 5.30ptg>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



6.30 petang - termenung di tingkap dan tak sabar menunggu matahari terbenam(sunset)
bercadang nak menikmati suasana malam di bandar kuching .. mana nak pergi kena tunggu rakan2 balik dari mesyuarat...uuiii dalam kepala dah plan mana nak pergi malam ni .. so sempat buat 2 3 panggilan rakan2 di kuching ni.. ada yang cadang di situ disini disinuuunnn...adoii apa pun kena jugak tunggu iman dan abby balik                             

 Ok keputusan dah buat untuk menikmati suasana malam di Kuching...Lepas solat Magrib kami siap dan call teksi dari Ariva ke Merdeka Palace - ouikkk tak sampai 5 minit sampai kena bayaran teksi rm10.00...
                                                                 
Sempat posing dengan abby di tangga lobby sementara menunggu teksi sampai


 dan sempat lagi menulis ...tetiba ilham datang untuk lirik rangkap korus ,
tq tq tq...






Ini Iman Kassim (basauu)



 pos cun dari kami di merdeka palace hotel..tengok live band lagi...


Balik cari pizza Hut untuk supper ..

Rehat dan bincang plan hari ketiga sebelum pulang ke kuala lumpur ...
yeeahh esk shopping time ...
sweet dream n nite2 uolls..





HARI KE -TIGA ROYCE DI KUCHING SARAWAK - 5hbSeptember2013

Good morning, bersiap untuk aktiviti shoping hari ni.. selepas sarapan pagi jam 10.00 pagi kami bertiga ke keluar berjalan kaki sahaja menyusur ke bandar kuching .. yang best nya satu ekor kuching pun tak nampak..pelik kan!! tapi memang terbaek .. bandar nya bersih dan orang2 nya peramah...
 Ok ini gambar yang terbaek antara tempat2 yg 
di lawati ..

Dataran Merdeka Kuching Sarawak,
di belakang royce adalah bangunan kerajaan dan 2 batang pokok yang megah berdiri tegap di tengah tengah bandar kuching, mengikut sumber dari anak jati sarawak pokok ini adalah antara yang palng tertua di sarawak, dibiarkan hidup di situ hasil peninggalan orang terdahulu - mesti ada sebab nya kan... dan lagi pokok ini akarnya terkeluar dari paras bumi yang mereka gelar BANIR dalam bahasa tetuan mereka.Jom kita tengok kesahihannya ....


Errrmmm Besar kan?? 
Pokok ini bergelar BANIR sumber dari anak jati sarawak.
BANIR ertinya akar yang terkeluar dari paras bumi..selebih nya tak sempat nak tanya..
Ilham BANIR ini akan menjadi satu bahan rujukan royce untuk menerokai dan menyelami diri sendiri tentang kebesaran Allah s.w.t dan kemungkinan besar jika diizinkan ..BANIR ini akan menjadi sumber inspirasi bagi meneruskan perjuangan ini  dalam masa berkarya mahu pun dalam kehidupan ini yang belum tahu dimana akhirnya .. 
so means (UNFINISHED BISNES)
^
^
^
lawatan seterusnya >>>>

Bandar Sarawak yang cantek dan bersih
two tumbs up!!!


Sungai Sarawak ..kebetulan pada esok hari nya ada sambutan rigata jadi sempat tengok diorang berlatih ...
seronok betul ...
 Ini kami bertiga
Abby Zain - Iman Kassim dan Royce

haaaa ini la tempat yang kami shopping macam2 tu selain cenderahati dan sebagai nya .. Kek lapis Sarawak harus bawa balik KL ,,, masing2 membeli macam nak buat meniaga..ha ha ah tapi Kek lapis Sarawak memang no one terbaek!!



mamat ni anak jati sarawak, tengah rehat rehat dia datang menegur.. dia kata macam pernah tengok jer muka awak... Artis rock kan? uikk terkejut jap...wah punya la peramah tak hinggat.. mula mula seram gak tetiba datang tegur.. muka merah plak tu ..allammak!! so cerita nya peminat kisah nya.. siap tahu album pertama Royce Saayan Alterntif, Album Royce Yang Lazat dan rupanya dia ada dengar radio sarawak.fm masa temubual kelmarin...pergh royce pulak teruja sesangat..heheh.. tapi sayangnya lupa plak nama mamat nih, apa pun terima kasih..siap minta sign kat belakang t-shirt dia tu dan beli t-shirt royce siap sign lagi...hadoi feel good la plak! tq lah
^
^
  Penat berjalan dan shopping kami singgah makan tengahari di James Brooke Restourant di pinggiran sungai Sarawak ...  yang penting posing dulu di halaman James Brooke Restourant
selama tiga hari di kuching sarawak ini lah kuching yang pertama royce nampak dalam restouran james brooke, baek punya landing ... kejut kan pun tak bangun ishk ishk ishk,,,cute! 

 Pucuk dicipta ulam mendatang - akhirnya dapat pun Mee Kolok Istimewa disini.. memang lazat sangat...
 Juadah tengahari setelah penat berjalan.. Jemput makan semua ... Mee Kolok Istimewa dan Air Limau sejuk ...
 Buah Naga kegemaran ... Buah Naga segar & Sejuk (Chil Fresh Dragon Fruit)

 Lepas makan tengahari rehat main Chatur (CHES) sambil memikir langkah permainan nya dan!!
 Layan dulu sementara tunggu chess partner sampai ---
 Ha! ini dia my Chess partner - Abby Zain
 Ini ada lah gambar langkah terakhir perlawanan Catur/Chess Royce & Abby di James Brooke Restaurant sebelum bayar bill makan dan minum dan bla...
Royce sengaja mengambil pic permainan catur/chess ni , 
harap satu hari nanti akan berjumpa dan bersambung di lain hari ..insyaallah
5hb September 2013 - 2.00ptg di Restaurant James Brooke Kuching Sarawak.

 Di tepi sudut ada barangan Antik so apa lagi ...poss laahh kan!




Di Halaman luar ada patung2 kuching
tetiba ada sampan kuning ni di tepi sudut halaman J.B R nie...
Mesti ada cerita tersurat dibalik yang tersirat ... walau apa pun lawatan kebandar kuching untuk kali ini amat bermakna sekali... sekarang ni nak ajak abby kayuh sampan ni balik appartment bersiap kemas nak balik KL jap lagi ....flight jam 9.45malam ha aha boleh ke? Abby cekak pinggang ...sambil kata 'u biar betul royce'.... ha aha gurau jelah abby...jom jalan kaki balik kemas!!
ok ok ok ....