Muzik Dari Rumah - Muzik Malaysia - Kementerian Komunikasi & Multimedia Malayisa
Assalamualaikum kawanku semua... begini lah kehidupan seorang anak seni tidak jemu untuk berkarya dalam apa jua situasi, kami bergabung tenaga untuk menghasilkan muzik yang terbaek untuk Indutri Muzik Tanahair walau dalam keadaan #lockdown #musimpkp #dudukdirumah #stayathome #staysafe. Untuk itu Royce dan kawan kawan juga menyahut seruan rakan rakan seperjuangan dalam Industri Muzik untuk menjadi ia muzik rutin biasa yang baru #newnormallife kehidupan baru. Mudah mudahan Muzik Malaysia bersinar terus.
Ini kumpulan yang di gelarkan #nifaelbluesband, rasa nya ramai peminat2 Royce sudah pun mengenali group ini menerusi lagu #highwaysuperstar, So...meh Royce kenal kan sekali lagi geng@ pemuzik yang bersama dengan Royce dalam projek #muzikdarirumah ni...:
Nifael (Drum) Md Noor Hendrik (Rusty Blade - Gitar ) Eddie Defgebc (Bass) dan Royce Sa'ayan (Penyanyi).... Dan sorang lagi pemain Bass ori dari kumpulan ini tak main tapi bertindak selaku Penerbit Muzik Video ini.. (Jom Tengok k)
Antara lagu lagu lagenda yang di persembahkan seperti - Tiada Lagi Aku (Rusty Blade) - Cinta Kelangit (Royce Sa'ayan) Highway Superstar (Nifael Blues Band) dan Cinta Sakti (Defgebc)
Kitorang bikin personal video ni pada bulan April 2020 dan Siap juga lancar Tayangan Perdana hari ini 10 Mei 2020 jam 3.30 petang tadi di Youtube Chanel #muzikmalaysia.... Wow Best... akhirnya Terhasil ... bersamaan 17 Ramadan 1441h
Royce dan Nifael Blues Band berharap bingkisan ini dapat menjadi penerus bagi penghasilan karya karya baru akan datang, Semoga terhibur dan jumpa lagi di episod akan datang.... T A T A ....
Sesi Santai Selebriti Royce Sa'ayan & Kombo Johorfm - Isnin 7hb Januari 2020 - 9malam
BALIK KAMPUNG!!! Siapa yang tak TERUJA kan... lagi-lagi nak ke Radio RTM Johor Bahru..
last Royce datang sini pada tahun 2015 Album Rock4ladies & Raya Selamber ...Masa tu jumpa Dj Azura Pedora dan kali ini dah ada sesi Live dengan KOMBO JOHORFm... Wow Wow Wow lahhh....
Seingat Royce, penerbit Santai Selebriti Johorfm ni adalah Suzi (Cik/Puan) tak pasti rasa macam Puan. anyway tarikh yang dapat lock tu ialah tarikh best balik Johor, pasal ada acara bersama Keluarga juga di Jb pada hari sebelum nya tu... Alhamdullillah
Berkenalan dengan Dj CHE ROS (nama gelaran) yang sangat manis paras rupanya dan rakan2 setugasnya, walau pun baru saja mengenali tapi mudah mesraa dan senang nak berinteraksi terutama ketika LIVE. ok nanti Royce kongsi link sesi wawancara 1 jam yang sangat teruja tu ....
Actualy, setiap sesi wawancara yang Royce hadhir kebanyakannya SOALAN/JAWAPAN berpandukan mood Dj bertugas... selain daripada soalan2 wajib ada juga Dj yang pandai mengatur susunkata supaya terjawab soalan mereka, walaupun kadang soalan datang dari Dj sendiri bukan pendengar. ( mungkin mereka ingat mengenali Royce dengan lebih dekat kot) atau Eh Siapa Royce ni ek.... jadi mereka kalau ikhlas akan bertanya dengan penuh minat... Insyaallah penjelasan akan dapat seiring sejalan.. gitewww....
Pemuzik Kombo Johorfm
Dalam sesi bersama KOMBO JOHORFM , Pemuzik nya memang kami saling mengenali sebagai Penggiat Seni jadi rasa tidak kekok dan senang kerja... lagu memang dah diberi awal kepada Penerbit dengan kerjasama PR Tersohor Malaysia Along Bakar,, jadi kerja nya senang semua dah di atur walau dengan menggunakan talian media sosial bagi urusan2 nya... Masa ni Along tak datang kerna Royce kena turun awal ke Jb atas urusan Keluarga. tapi semua berjalan dengan lancar,,, Insyallah
2 lagu berikut secara Live adalah: 1 - Anna Uhibuka Fillah 2- Hanya 2 Kalimah ...Tapi tengah2 tu
heheheheh Moment mengimbau kenangan saat memasuki pertandingan nyanyian anjuran harian metro johor.. (tahun..ermm lupa, tapi kalau tak silap dalam awal 90'an) huhuhuuuuu nanti boleh tengok dekat Live yer #roycenyanyilaguzianazain
blob:https://www.facebook.com/a813d8fa-a40e-42b5-9b9b-7950045cee18
Ini Video dipetik dari sudut tepi oleh kawan2 yang datang bersama Royce di Konti JohorFm RTM Johor Darul Takzim.
Terima kasih banyak banyak banyak sangat kepada Penerbit, Dj, Pemuzik, Krews Santai Selebriti Kombo Johorfm.. moga ruang ini tidak berakhir disini dan harap lagu baru Royce mendapat perhatian dan sering diputarkan oleh Johorfm Permata Selatan supaya nama Royce Sa'ayan sentiasa Segar di ingatan Peminat Muzik seluruhnya.
Selebihnya akan dimuat naik yer ..
Seingat Royce lebih kurang 5/6 tahun tak jejak kaki di UITM Shah Alam terutama Konti UFM,
sudah tentu secara automatik akan faham dengan situasi di konti yang mana Royce berhadapan dengan Remaja remaja yang ditugas kan mengendalikan segment bersama Selebriti... Turut sedar yang pasti bukan sezaman dengan kita ni yang dah pangkat Makcik makcik kan,,, tapi rasa lebih muda bila dipanggil Kakak Royce Sa'ayan ... walau pun hakikat nya mereka sebaya Anak-Anak.
yang paling salute Adik adik (intern) ni sangat menampakkan gaya hormat terhadap Tetamu...
Walaubagaimana pun, (dalam hati) sedang mengatur cara akan tuturkan yang akan diperbualkan ketika itu... Adakah santai jer, atau protokol? ermmmm yang pasti TIADA FB LIVE hanya ke Udara menerusi UFM UiTM 93.6 FM atau https://radioonline.my/ufm-uitm/
bagi menghormati mereka Royce pun tak buat Live hanya rakam momen momen jer semasa di konti untuk Intagram Story. Insyaallah ada kelapangan Royce akan kongsi disini link nya okay.
Terima kasih banyak Dj Fariz- Dj Ana & Dj Airul di Konti UFM yang bertugas, Di Doa kan semoga Allah SWT memberi kebaikan, kejayaan dan segala yang mencukupi dimasa akan datang.