23 March 2020

Santai Selebriti Royce Sa'ayan & Kombo Johorfm

Royce balik Johor - Wow Terus Teruja!

Sesi Santai Selebriti Royce Sa'ayan & Kombo Johorfm - Isnin 7hb Januari 2020 - 9malam

BALIK KAMPUNG!!! Siapa yang tak TERUJA kan... lagi-lagi nak ke Radio RTM Johor Bahru..
last Royce datang sini pada tahun 2015 Album Rock4ladies & Raya Selamber ...Masa tu jumpa Dj Azura Pedora dan kali ini dah ada sesi Live dengan KOMBO JOHORFm... Wow Wow Wow lahhh....

Seingat Royce, penerbit Santai Selebriti Johorfm ni adalah Suzi (Cik/Puan) tak pasti rasa macam Puan. anyway tarikh yang dapat lock tu ialah tarikh best balik Johor, pasal ada acara bersama Keluarga juga di Jb pada hari sebelum nya tu... Alhamdullillah


Berkenalan dengan Dj CHE ROS (nama gelaran) yang sangat manis paras rupanya dan rakan2 setugasnya, walau pun baru saja mengenali tapi mudah mesraa dan senang nak berinteraksi terutama ketika LIVE. ok nanti Royce kongsi link sesi wawancara 1 jam yang sangat teruja tu ....
Actualy, setiap sesi wawancara yang Royce hadhir kebanyakannya SOALAN/JAWAPAN berpandukan mood Dj bertugas... selain daripada soalan2 wajib ada juga Dj yang pandai mengatur susunkata supaya terjawab soalan mereka, walaupun kadang soalan datang dari Dj sendiri bukan pendengar. ( mungkin mereka ingat mengenali Royce dengan lebih dekat kot) atau Eh Siapa Royce ni ek.... jadi mereka kalau ikhlas akan bertanya dengan penuh minat... Insyaallah penjelasan akan dapat seiring sejalan.. gitewww....

Pemuzik Kombo Johorfm

Dalam sesi bersama KOMBO JOHORFM , Pemuzik nya memang kami saling mengenali sebagai Penggiat Seni jadi rasa tidak kekok dan senang kerja... lagu memang dah diberi awal kepada Penerbit dengan kerjasama PR Tersohor Malaysia Along Bakar,, jadi kerja nya senang  semua dah di atur walau dengan menggunakan talian media sosial bagi urusan2 nya... Masa ni Along tak datang kerna Royce kena turun awal ke Jb atas urusan Keluarga. tapi semua berjalan dengan lancar,,, Insyallah

2 lagu berikut secara Live adalah: 1 - Anna Uhibuka Fillah 2- Hanya 2 Kalimah ...Tapi tengah2 tu
heheheheh Moment mengimbau kenangan saat memasuki pertandingan nyanyian anjuran harian metro johor.. (tahun..ermm lupa, tapi kalau tak silap dalam awal 90'an)  huhuhuuuuu nanti boleh tengok dekat Live yer  #roycenyanyilaguzianazain
blob:https://www.facebook.com/a813d8fa-a40e-42b5-9b9b-7950045cee18

Ini Video dipetik dari sudut tepi oleh kawan2 yang datang bersama Royce di Konti JohorFm RTM Johor Darul Takzim.


Terima kasih banyak banyak banyak sangat kepada Penerbit, Dj, Pemuzik, Krews Santai Selebriti Kombo Johorfm.. moga ruang ini tidak berakhir disini dan harap lagu baru Royce mendapat perhatian dan sering diputarkan oleh Johorfm Permata Selatan supaya nama Royce Sa'ayan sentiasa Segar di ingatan Peminat Muzik seluruhnya.
Selebihnya akan dimuat naik yer ..

 Royce Sa'ayan 1996-2020




No comments:

Post a Comment