30 November 2016

Pentas pertama HIGHWAY SUPERSTAR di Konsert PTP Johor Bahru 12/11/2016


12hb November 2016 
Konsert pertama Royce Sa'ayan featuring Nifael Blues Band
HIGHWAY SUPERSTAR

Pentas utama PTP Family Day "Colour Of Life" 2016
Landscape pentas PTP Family Day waktu petang 


 
sesi rehearsal dan soundcheck jam 3.00ptg

masa terima undangan sudah pasti penganjur meminta menyanyikan lagu popular royce iaitu Cinta Kelangit, namun tidak salah dan rugi sekira Lagu terbaru tidak di perdengarkan diatas pentas besar. 


Dengan kerjasama Nifael Blues Band dan MdNoor Hendrik, maka lagu Highway Superstar dan Blues Penggoda (belum bakal masuk rakaman) di persembah kan secara LIVE BAND

Yang paling best dan GEMPAK sekali adalah Sound Sistem dari RNJ Production, Terima kasih En.Ujang (RNJ) Johor Bahru kerna senantiasa peka dalam memberi Sound dan Lighting yang sangat PUAS HATI dan TERBAEK! terutama MIC yang di beri Royce guna tu... Memang PUAS HATI lah konsert malam tu

Berdebar nak tunggu malam konsert seyh! Suasana, Pentas dan orang ramai memang GEREK SEYH! orang JB dan SG memang POWER ar,,

Orang ramai dah mula berasak dan bersesak sesak ke hadapan pentas bila Pengacara mula memperkenal dan memanggil Royce ke pentas, awal nya memang biasa lah penonton ni malu malu kuchng (kata orang) kamnn....

Kami membuka persembahan dengan lagu HIGHWAY SUPERSTAR terus mengegarkan konsert PTP Family Day 2016

Pengunjung PTP Family Day 2106 memang Gempak dan sporting habesss... Hakak sukkkaaaaa sangat, rasa tak cukup 3 lagu...hehehe memang best layan diorang.. salute!!!

Blues Penggoda menyusul dengan tambah energy yang padat, MdNoor Hendrik, Shaharul dan Nifael memang memberikan tenaga terhadap muzik yang disampaikan.. sangat PUAS HATI

Jom layan beberapa Aksi petikan gambar yang diambil oleh pihak penganjur dan RNJ Production

Lirik HIGHWAY SUPERSTAR siap Mastering dari Nashville USA

HIGHWAY SUPERSTAR


Lagu HIGHWAY SUPERSTAR sudah pun pulang ke Malaysia dari proses Mastering di 
NASHVILLE Studio USA, Alhamdullillah 7hb November 2016 hari pra dengar lagu Highway Superstar di Rumi Music Lab Studio jam 10malam. Kami sangat berpuashati dengan hasil nya dan rasa berbaloi atas kerja dan keringat yang di salurkan kepada Single Highway Superstar.

Lagu Highway Superstar akan di muat kan ke ITunes Spotify KKbox Deezer Joox Raku dan lain2 media portal yang sewaktu dengannya. Selain itu lagu HS juga akan dipersembahkan secara live di konsert / Gig sepanjang mempersiapkan single akan datang hingga ke Album penuh.

Anda semua boleh lah cari di laman sosial music dengan kata kunci 
ROYCE SA"AYAN ft NIFAEL BLUES BAND

Ok lah atas permintaan ramai, dibawah ni Royce sedia kan Lirik Lagu

HIGHWAY SUPERSTAR

APA SAJA YANG KAU INGIN KANLEKA CARI ADA DI DEPAN MATACARA APA YANG NAK KAU TUNJUK KANKEHANGATAN RODA DI JIWA RONDA RONDA HIGHWAY SUPERSTARRONDA SINI HIGHWAY SANA GERAK REMPUH MEMANG NAK TEMPUHHATI KENTAL DARAH GEMURUHPASTI INGAT PESANAN TOK GURUBIAR PEKA PEKA KELILING MU RONDA RONDA HIGHWAY SUPERSTARRONDA SINI  HIGHWAY SANA

/SOLO\

DERUAN MEMBELAH OH JALANANBUKAN JERITAN SEMBARANGANKIRI KANAN PENUH KEHIJAUANSUNGGUH KETENANGAN MENJANJI KAN RONDA RONDA HIGHWAY SUPERSTARRONDA SINI  HIGHWAY SANA WAHAI TEMAN SI KAKI RONDAPACUAN ITU TAK BERMATAWASPADA ADA YANG TAK BERDAYAINGAT SAYANGI LAH NYAWA RONDA RONDA HIGHWAY SUPERSTARRONDA SINI  HIGHWAY SANA RONDA RONDA HIGHWAY SUPERSTARRONDA RONDA HIGHWAY SUPERSTARRONDA RONDA HIGHWAY SUPERSTAR-----------------------------------------------

Lagu/Lirik: Royce Sa’ayan - Susunan muzik: MNoor MZain
Gitar – Mnoor Hendrix – Bass Gitar – Shaharul Nizam – Drum – Nifael Naqiuddin
Studio: Apple Sound Studio – Green House Studio Laguna Music – Rumi Music Lab
Vokal: Royce Sa’ayan – Apple Sound Studio 
Mixing_ NAE Studio - Mastering - NAshville Studio USA
Terbitan: Nakhoda Alam Enterprise

14 November 2016

Royce buat lagu tema untuk Blue Cap Movement 2106 berjudul Tekad Bersama

TEKAD BERSAMA
Komposer : royce sa'ayan
Penulis lirik: dee dee mahmod dan royce sa'ayan
Terbitan: Nakhoda Alam Enterprise


TEKAD BERSAMA (Lirik)

Korus
Hulur tangan mu
Kita kan bersama
Susun langkah jaya mu
Jangan hilang arah mu
Percaya, Percaya, Percaya
Kau pasti mengatasi nya

Rangkap 1
Jika rasa
Kau tak berdaya
Bangkit semula semangat waja
Walau berat – ujian mu ini
Percaya lah kau tak sendiri

Tekad kan lah keyakinan mu
Segala nya rela di tempuh

Korus
Hulur tangan mu
Kita kan bersama
Susun langkah jaya mu
Jangan hilang arah mu
Percaya, Percaya, Percaya
Kau pasti mengatasi nya

Rangkap 2
Kau berupaya
Bangkit semula
Terus kan perjuangan
Jangan mengalah
Nikmatilah masa bahagia
Dalam duka kita bersama

Tekan kan lah keyakinan mu
Segala nya rela di tempuh

Ulang Korus 2x

Lagu: royce sa’ayan – lirik: dee dee mahmod & royce sa'ayan
6/11/2016@nakhodaalamenterprise

 














Royce Sa'ayan & Dee Dee Mahmod

Teruja jugak Royce dapat berjumpa dengan Lagendary National Footballer Malayisa Datuk Soh Chin Aun di Tapak Larian Blue Cap Movement (Run With Your Man)  DTC University Of Malaya. 6/11/2016

Royce bersedia untuk sesi rakaman suara lagu HIGHWAY SUPERSTAR


Sambung cerita royce pulak masuk vokal untuk lagu Highway Superstar, sepatut nya minggu ke4 dah masuk vokal tapi memandangkan ada aktiviti larian macp 2016 di dbkl maka tertunda pada minggu ke5. Rakaman suara di Apple Sound Studio yang beroperasi di Avenue Ampang, Selangor.


Macam biasa selalu nya royce tiada masaalah ketika sesi rakaman suara kerna perkara ini adalah rutin kepada kerjaya jadi persiapan awal seperti latihan vokal, latihan pernafasan, latihan jasmani dan latihan bertenang serta menjaga pemakanan yang sesuai 1 minggu awal seharusnya di praktik kan sebelum bersedia ke studio rakaman. 


Kali ini persiapan fizikal dan mental untuk lagu HIGHWAY SUPERSTAR ni agak berbeza dan rasanya putaran muzik seakan kembali kezaman mula mula royce menceburi dunia rakaman dan artis, kalau nak flasback iaitu Album Royce Sa'ayan 'Alternatif' 1996. yang mana kesemua muzik di rakam secara LIVE distudio Booty Boys jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Betul dunia ini berpusing! sama juga dengan dunia muzik royce selama berkecimpung dalan industri muzik dari tahun 1996 sehingga sekarang. Sukar nak berhenti kerna tak pernah puas dalam berkarya, ada saja nak di ilhamkan dan dorongan keluarga dan kawan2 juga tak pernah kurang malah semakin bertambah.

Highway Superstar juga mempunyai cerita tersendiri. Selama tempuh keluarnya Album Rock4Ladies Terbitan Nakhoda Alam Enterprise dan Keluaran Sony Music Malaysia pada November 2015. Pengalaman menerusuri pelbagai aktiviti sosial dan riadah sana sini dalam dan luar negara. Antara nya penglibatan Royce dalam sukan pemotoran hasil dari anjakan paradigma teman seperjuangan selain dari minat yang mula nya agak nipis kemahuan nya. Kemudian sanggup sama sama mengharungi panas dan hujan di lebuh raya ketika ingin mengetahui keseronokan dan keterujaan jiwa para penunggang motor berkuasa tinggi yang terlibat sama dalam sesebuah penganjuran. Dengan pengalaman yang ditimba selama setahun dalam dunia permotoran maka terhasil lah lagu ini yang asal di beri judul #2R1J bermakna Dua Roda Satu Jiwa.
Konsep bagi single ini adalah hasil perbincangan Royce bersama Producer dan Musician,(3pcs Band)
dan genre album yang akan di langsung kan kali ini  adalah Funky Blues bersama Md.Noor Hendrix (Gitar) Shaharul Nizam (Bass) Nifael Naqiuddin (Drum) dan Royce Sa'ayan (Vokal-Komposer & Penulis Lirik) - Selepas siap rakaman, lagu ini akan di Adun(Mixing) di studio NAE dan Mastering di Nashville Studio USA. Album Terbitan & Keluaran Nakhoda Alam Enterprise@2016

Masih dalm studio bagi sesi Gitar HIGHWAY SUPERSTAR

ok jom sambung cerita pasal royce dalam studio untuk sesi ke3, so sory lambat nak kemas kina disebab kan tugasan lain yang tak dapt di elak kan,
so.. mari kita tengok beberapa gambar yang sempat royce petik masa Md Noor Hendrix masuk studio rakaman untuk lagu Highway Superstar ...
Gitar/Juru adun... #mdnoorhendrix

                                                         #fenderstratorcster 1969

Amplifier #JCM2000 #Marshal

Md.Noor Hendrix on Guitar Fender Stracato Caster with Amplifier JCM2000 (Marshal)