Sambung cerita royce pulak masuk vokal untuk lagu Highway Superstar, sepatut nya minggu ke4 dah masuk vokal tapi memandangkan ada aktiviti larian macp 2016 di dbkl maka tertunda pada minggu ke5. Rakaman suara di Apple Sound Studio yang beroperasi di Avenue Ampang, Selangor.
Macam biasa selalu nya royce tiada masaalah ketika sesi rakaman suara kerna perkara ini adalah rutin kepada kerjaya jadi persiapan awal seperti latihan vokal, latihan pernafasan, latihan jasmani dan latihan bertenang serta menjaga pemakanan yang sesuai 1 minggu awal seharusnya di praktik kan sebelum bersedia ke studio rakaman.
Kali ini persiapan fizikal dan mental untuk lagu HIGHWAY SUPERSTAR ni agak berbeza dan rasanya putaran muzik seakan kembali kezaman mula mula royce menceburi dunia rakaman dan artis, kalau nak flasback iaitu Album Royce Sa'ayan 'Alternatif' 1996. yang mana kesemua muzik di rakam secara LIVE distudio Booty Boys jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Betul dunia ini berpusing! sama juga dengan dunia muzik royce selama berkecimpung dalan industri muzik dari tahun 1996 sehingga sekarang. Sukar nak berhenti kerna tak pernah puas dalam berkarya, ada saja nak di ilhamkan dan dorongan keluarga dan kawan2 juga tak pernah kurang malah semakin bertambah.
Highway Superstar juga mempunyai cerita tersendiri. Selama tempuh keluarnya Album Rock4Ladies Terbitan Nakhoda Alam Enterprise dan Keluaran Sony Music Malaysia pada November 2015. Pengalaman menerusuri pelbagai aktiviti sosial dan riadah sana sini dalam dan luar negara. Antara nya penglibatan Royce dalam sukan pemotoran hasil dari anjakan paradigma teman seperjuangan selain dari minat yang mula nya agak nipis kemahuan nya. Kemudian sanggup sama sama mengharungi panas dan hujan di lebuh raya ketika ingin mengetahui keseronokan dan keterujaan jiwa para penunggang motor berkuasa tinggi yang terlibat sama dalam sesebuah penganjuran. Dengan pengalaman yang ditimba selama setahun dalam dunia permotoran maka terhasil lah lagu ini yang asal di beri judul #2R1J bermakna Dua Roda Satu Jiwa.
Konsep bagi single ini adalah hasil perbincangan Royce bersama Producer dan Musician,(3pcs Band)
dan genre album yang akan di langsung kan kali ini adalah Funky Blues bersama Md.Noor Hendrix (Gitar) Shaharul Nizam (Bass) Nifael Naqiuddin (Drum) dan Royce Sa'ayan (Vokal-Komposer & Penulis Lirik) - Selepas siap rakaman, lagu ini akan di Adun(Mixing) di studio NAE dan Mastering di Nashville Studio USA. Album Terbitan & Keluaran Nakhoda Alam Enterprise@2016
No comments:
Post a Comment