3 July 2018

Royce Sa'ayan menghadiri Kursus Wajib 1 Maktab Koperasi Malaysia

TUAH DAN USAHA... ROYCE SA'AYAN
 Kursus Wajib 1 Maktab Koperasi Malaysia
7-8 Mei 2018


Setelah dilantik secara rasmi oleh KOPERASI INDUSTRI MUZIK MALAYSIA BERHAD, Royce Sa'ayan atau nama sebenar Rohayati Binti Sa'ayan telah dilantik sebagai SETIAUSAHA KOPSTAR berkuat kuasa dari tarikh 27hb Februari 2018 sehingga 27hb Februari 2020.

Maka bermula lah satu perjalanan baharu memulakan tugas sebagai Setiausaha Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad. Tanggungjawab dan tugas yang besar ini akan dilaksanakan dengan tunjuk ajar dari mereka yang terdahulu dan juga panduan dari Maktab Koperasi Malaysia. Insyaallah.

Proses peralihan dalam bidang ini sangat memerlukan fokus yang khusus! nak jadi mantap bukan boleh setahun dua rasanya, mahu mahu 10 tahun pun belum tentu khatam ilmu ni, jadinya semoga Allah meberi petunjuk agar beroleh kejayaan demi kejayaan. #bukansenangnakberjaya.

Ada terbaca dalam IG Ustaz Amin bahawa Allah berkata hanya ada 2 kejayaan yang akan diberikan oleh Allah swt kepada Manusia. 1 - Kejayaan melalui TUAH dan 2 - Kejayaan melalui USAHA.
Akan berlaku antara dua .. Tuah dulu baru Usaha atau Usaha dulu baru Tuah,... jadi nya sama-sama kita beristiqamah dalam apa jua perbuatan, percakapan dan pergerakan kita kerna #allahmemerhati
waalhuakhlam.


No comments:

Post a Comment