180 Darjah
Rock4Ladies
Di saat ini.. di hadapanmu diriku yang baru
Impian yang berkecai dulu.. telah berlalu.. bagai debu
Pernah diriku ini..kecewa dikhianati
Insan yang sangat kusayangi..yang kusanjungi
yang melukakan hati
Berkali jatuh..hampir lumpuh..tak berputus asa
Semangatku tak pernah rapoh..jiwa teguh..aku redha
Segala yang terjadi..menjadi cermin diri
Pengalaman yang kulalui mengajarku..menghormati diri
sendiri
sendiri
Cho/ Masa silam
dan impian yang hancor
dan impian yang hancor
biarkan lah terus kekal terkubur
Berpaling satu ratus lapan puloh darjah
kerna yakin padaku masih ada.. yang berharga
Jahilku lalaiku cukup sekadar dulu
Azamku kehidupan serba baru
Kupilih jalan ini dengan kesedaran diri
kerana menyayangi..menghargai
diriku yang ini..dan esok menanti.
Penyanyi R4L: Royce Sa'ayan feat Yattie Moshek,
Mamarina, Wan Samirah
Lagu: Royce Sa'ayan
Lirik: Habsah Hassan
Terbitan: Nakhoda Alam Enterprise
No comments:
Post a Comment