BICARA SENI VOKAL (tahun ke 2) di LIVE FB Sofahalal Komunikasi Terkini bermula dari pertengahan tahun 2018 hingga lah sekarang, November 2020
Bayang kan setiap minggu kami berdua akan membebel berceloteh berbagai topik pilhan. Dari Hal Suara Jasmani hingga Rohani. Tema yang sering di Highlight
"SUARA ADALAH TUBUH BADAN KITA"
Dipendekkan cerita, Oleh kerna terlalu banyak permintaan agar program ini dilakukan di luar lokasi maka terhasil lah beberapa buah program yang telah kami Terbitkan seperti gambar2 dalam Poster dibawah ni... antara nya seperti Program
1- Bicara Seni Vokal - LIVE FB Sofahalal Komunikasi Terkini & Lokasi Strategi Pilihan
2- Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran - Rumah Ngaji Zuliana Ar Ridzuan
3- Busktalk - Lokasi Strategi Pilihan
D'Royce Sa'ayan & Cikgu Siti Hajar Ismail
In
Inovasi Sura Dalam Bacaan Al Quran
Peserta2 INOVASI SUARA DALAM BACAAN ALQURAN
Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran
Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran bersama Pengasas Rumah Ngaji Zuliana Ar Ridzuan Datin Hartini Abd Gani
BUSKTALK
BUSKTALK
BUSKTALK dan Pelancaran Single EL KHADIJAH - ASSYUKRAN ALLAH
BUSKTALK & KLINIK GITAR
KARNIVAL
Karnival Mahabbah Maulidur Rasul - Sekolah Islam Arab ILMI AMPANG
Kolaborasi Royce Sa'ayan dan Cikgu Siti Hajar Ismail
(DOA ALQURAN)
Assalamualaikum wbt,
Terbit nya ilham duet ini semasa kami sama sama mengendalikan program Bicara Seni Vokal di Studio Nakhoda Alam ... dan kebetulan bekerjasama dengan IslamicTunes untuk memeriahkan lagi Industri Nashid. Maka terhasil DOA ALQURAN ini dalam versi Arab dan Bahasa Melayu.
Semoga bermanfaat, Insyaallah Dan Terima kasih semua yang mendengarkan nya.
Lirik Melayu - Doa AlQuran
Allah Rahmati Kami dengan Al Quran
Jadi kan ia Pimpinan Cahaya
Petunjuk dan Rahmat
Allah ingat kan kami
Apa yang terlupa ajar kan lah
Yang tak di ketahui
Rezeki kan kami membaca nya
Siang dan malam
sepanjang siang dan malam
Jadikan ia penolong kami
Ya Rabbal A'lamin
DOA AL QURAN di terbitkan Sempena MALAYSIA QURAN HOUR
Nostalgia Seni Royce Sa'ayan / Borak Kopitiam 6 jun 2020
1995-2020 didalam Industri yang mencabar
Assalamualaikum warahmatullullahi wabarokatuh!
Sebenarnya, bila makin lama makin serasi (kata orang dulu dulu) bila sesebuah lagu itu sering di nyanyi kan dan sering di putarkan untuk pendengaran halwa telinga secara peribadi Aya (nama yang Mak aku panggil masa kecik) fikir ini membuah banyak ilham apabile kita cuba memecah rekod sendiri dari Rock meneroka Pop atau irama ketuhanan. Banyak perkara yang di teroka dari Muzik, Fesyen dan Ilmu - ilmu lain ...
Bagi aku nak menerap sesuatu ilmu itu perlu ada dorongan dari berbagai sudut. Dan untuk mengendali kan atau mengemudi perkara baru juga perlu ada keyakinan dan jati diri supaya ia mampu KENDIRI (ayat baru pkp) seronok lah kan...
Karya ini tiada penghujung, selagi nyawa dikandung badan boleh ajer teruskan berkarya dengan berbekalkan semangat yang kental, salah jalan boleh bertanya orang, malu bertanya sesat lah jalan! Atau pun kita kan orang ISLAM... Allah SWT dah turun kan Al Quran menerusi Junjungan Baginda Rasullullah SAW dan Sunah nya menjadi petunjuk jalan yang BENAR. Asal jangan menyengutui NYA itu SALAH.
wah macam Ustazah pulak aku nih! hahahha itu tanda nya aku baca Al Quran dan Terjemaahan nya...
dan Bertadabur dengan sahabat syurga ku. Insyaallah
Ok nanti kita ceriter lagi ... Anna Uhibbuka Fillah
Muzik Dari Rumah - Muzik Malaysia - Kementerian Komunikasi & Multimedia Malayisa
Assalamualaikum kawanku semua... begini lah kehidupan seorang anak seni tidak jemu untuk berkarya dalam apa jua situasi, kami bergabung tenaga untuk menghasilkan muzik yang terbaek untuk Indutri Muzik Tanahair walau dalam keadaan #lockdown #musimpkp #dudukdirumah #stayathome #staysafe. Untuk itu Royce dan kawan kawan juga menyahut seruan rakan rakan seperjuangan dalam Industri Muzik untuk menjadi ia muzik rutin biasa yang baru #newnormallife kehidupan baru. Mudah mudahan Muzik Malaysia bersinar terus.
Ini kumpulan yang di gelarkan #nifaelbluesband, rasa nya ramai peminat2 Royce sudah pun mengenali group ini menerusi lagu #highwaysuperstar, So...meh Royce kenal kan sekali lagi geng@ pemuzik yang bersama dengan Royce dalam projek #muzikdarirumah ni...:
Nifael (Drum) Md Noor Hendrik (Rusty Blade - Gitar ) Eddie Defgebc (Bass) dan Royce Sa'ayan (Penyanyi).... Dan sorang lagi pemain Bass ori dari kumpulan ini tak main tapi bertindak selaku Penerbit Muzik Video ini.. (Jom Tengok k)
Antara lagu lagu lagenda yang di persembahkan seperti - Tiada Lagi Aku (Rusty Blade) - Cinta Kelangit (Royce Sa'ayan) Highway Superstar (Nifael Blues Band) dan Cinta Sakti (Defgebc)
Kitorang bikin personal video ni pada bulan April 2020 dan Siap juga lancar Tayangan Perdana hari ini 10 Mei 2020 jam 3.30 petang tadi di Youtube Chanel #muzikmalaysia.... Wow Best... akhirnya Terhasil ... bersamaan 17 Ramadan 1441h
Royce dan Nifael Blues Band berharap bingkisan ini dapat menjadi penerus bagi penghasilan karya karya baru akan datang, Semoga terhibur dan jumpa lagi di episod akan datang.... T A T A ....