Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh
Hi hi semua!
Subhanallah , sekian lama royce tidak berkesempatan nak mengemaskini status di sini..macam macam perkara nak cerita dari mula januari 2019 sampai lah nak masuk hari kemerdekaan Malaysia yang ke 62 (Malaysia Tanah Air Ku Tercinta).. hari ini Selasa 27hb Ogos 2019.
Selepas single single Mendung Perasaan - Kalis Kasih - Cinta Rama Sinta , (2018) royce berehat dari menulis lagu & lirik selama beberapa bulan atas sebab hal hal tugasan baru yang perlu diberi tumpuan khusus yang memerlukan fokus yang amat komited. Antara nya terlibat dalam kerja kerja amal dan sukerelawan dalam beberapa buah Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Bagaimana royce terjebak dan kenapa royce melibatkan diri dalam tugasan berikut...errrrmmm cerita nya begini.
Sebenarnya sebagai artis royce juga tidak ketinggalan sering didedahkan dengan kerja kerja amal ni kesana kesini bermula tahun 2008 semasa bersama mengikuti rombongan santai selebriti dan media yang dianjurkan oleh sahabat royce iaitu anita yusop (kami panggil dia wanita besi & kental) dan lama kelamaan perkara ini menjadi macam rasa sesuatu kepuasan pulak dapat menimba pengalaman, menolong orang dalam kesusahan, mendengar keperitan hidup orang ramai, menghulur bantuan pada yang memerlukan, nak kata memang berbagai ketogeri kebajikan yang royce dapat sama sama lalui dalam proses menunaikan tanggungjawab sosial kemasyarakatan. seperti bantuan makanan dan minuman, mengecat masjid, membersih kubur, kutipan amal bagi bantuan kewangan kepada rumah rumah anak anak tahfiz, anak anak yatim, fakir miskin, orang orang tua, orang kurang upaya dan asnaf Termasuk lah diberi peluang menjadi sukarelawan dalam menanggani Pasca Banjir di kelantan 2014 bersama YA1M yg sekarang YKAT. dan Pasca Banjir (ke2) bersama Anggota pasukan bukan kerajaan dan kumpulan media yang membawa kami turun merentas kependalaman mencari mangsa mangsa banjir menaiki 4WD yang mana setiap pasukan memang mempunyai kemahiran dalam mengendalikan ujian ujian merentas hutan, selut, bukit, bukau, paya, selut , panas, hujan dan macam macam lagi ...
Masyaallah bila dipandang semula akan kejadian kejadian yang dilalui memang tidak disangka sangka royce dah pun melaluinya dengan penuh kesabaran dan hati yang sangat tenang malah bersyukur akan nikmat yang telah berikan sehingga sekarang tiada yang lebih baek selain dari bersyukur kehadrat Allah SWT kerna diberi kesempatan dan peluang meneruskan kehidupan didunia ini dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan, Insyaallah. Atas itu Royce sentiasa menjadikan pengalaman itu menjadi iktibar dan panduan akan setiap langkah atau keputusan yang ingin dilakukan.
Pada awal tahun 2019 Royce berhijrah untuk memakai hijab seterusnya mencari-cari jalan baru bagi mendorong royce supaya akan kekal istiqamah dalam memakai hijab.
Gambar Royce Sa'ayan terkini
Alhamdullillah dengan takdir yang tertulis sahabat lama royce yang bernama Hj Rozman Abas yang telah berkecimpung dalam bidang Industri muzik seawal 80an datang melawa untuk bekerjasama bersama syarikat penerbitan terbaru beliau yang dikenali sebagai ISLAMICTUNES yang mana dibawah naungan mempunyai beberapa buah gabungan syarikat rakaman seperti Loonaq Records - Ethenic Nation Records - Munshid.Com - dan lain lain termasuk lah sekarang menjadikan Nakhoda Alam Records (kepunyaan royce) menjadi salah satu rakan niaga bagi industri tersebut. Antara hub yang tersedia bagi penjenamaan adalah Islamictunesfm - Islamictunestv - Islamictunenews yang boleh dilayari dialamat http://www.news.islamictunes.net
bersambung di coretan royce yang lain yer...
Terima kasih