#180DARJAH
180 Darjah
Lagu: Royce Sa'ayan
Lirik: Habsah Hassan
*******************
Di Saat ini di hadapan ku
Diri ku yang baru
Impian yang berkecai dulu
Telah berlalu
Bagai debu
Berkali jatuh hampir lumpuh
Tak berputus asa
Semangat ku tak pernah rapuh
Jiwa teguh aku redha
Segala yang terjadi
Menjadi cermin diri
Pengalaman yang ku lalui
Mengajar ku menghormati
Diri sendiri
Masa silam dan impian yang hancur
Biarkan lah terus berkubur
Berpaling satu ratus lapan puluh darjah
Kerna yakin pada ku masih ada
Yang berharga
C/0
Jahil ku - Lalai ku
Cukup sekadar dulu
Azam ku kehidupan
Serba baru
Ku pilih jalan ini
Dengan kesedaran diri
Kerana menghargai menyayangi
Diriku yang ini
Dan esok menanti