Syukur Alhamdullillah, dengan usahasama rakan rakan maka Iftar Ramadhan Royce Sa'ayan yang kedua berlangsung dengan selambernya.. pada 4hbOgos2013 bersamaan 27Ramadhan1434H, Ini lah kali pertama dalam seumur hidup Royce menganjurkan majlis Iftar Ramadhan bersama Anak Anak Yatim sampai 2 kali setahun. Masyaallah, ini semua kehendak NYA. Beberapa rakan niaga dan ahli keluarga turut sama serta menjayakan majlis sederhana tapi penuh dan padat dengan aktiviti amal jariah yang sungguh bermakna dan yang paling FAROURITE dalam diari hidup Royce. Gambar dibawah ini adalah gambar rentetan langsung nya MAJLIS IFTAR RAMADHAN BERSAMA ROYCE SA'AYAN II - 1434H
Dari sebelah kiri ialah Artis/Penyanyi jemputan Royce iaitu Elveena Iris - Tengah Pemilik Bangi Kopitiam Taman Melawati iaitu Puan Aznin (Isteri Kidd Search)
Terima kasih banyak buat Puan Aznin yang sudi sama-sama melangsungkan majlis ini dengan hiasan tangan dan idea kreatif beliau yang sangat menepati dan selesa mata memandang juga menguruskan jemputan Anak Anak Yatim dari Sungai Mangis Kuala Selangor.
Anak Anak Yatim Sungai Mangis telah sampai seawal 6ptg sebelum majlis berbuka puasa .. dan diberi layanan awal dengan permainan congkak, bacaan buku cerita serta layanan istimewa oleh Puan Abby Zain (Pelukis) dengan melukis potret mereka untuk kenang-kenangan ...
Diluar kawasan Anak-Anak comel ini di ajak bernashid dan berselawat bersama Artis/Penyanyi lelaki jemputan Royce iaitu Hana Febians dengan lagu Ya Badrati (Wahai Purnama) dan Ya Hanana serta Azan Magrib
Seronok dan terharu melihat telatah mereka ...
Anak-Anak yatim Sungai Mangis - Sedang bernasyid berpandukan skrin/projector yang sengaja dipacakkan dilaman supaya nampak lebih santai... macam tengok wayang pacak ... (teringat masa sekolah kecik kecik dulu bayar 20sen) ha ha h..eeiii seronok nya..
Wajah wajah pengubat jiwa ...Ya Allah ...sayangi mereka ini ..
Keriangan diwajah mereka menyejukkan jiwa ku ...
Sempat membaca Al-Quraan sementara menunggu Azan Isyak
Semoga Allah senantiasa bersama mu wahai Anak Anak Ku ...
Selesai Solat kami semua pulang ke Bangi Kopitiam T.Melawati untuk sambung makan dan rakan rakan Royce yang lain sedang menunggu untuk upacara memberi ZAKAT dan Goddies Bag untuk Anak Anak Yatim Sungai Mangis ..
Cikgu Zaini (Pengacara) memberi sumbangan juga
Ini semua sudah di atur oleh Allah S.W.T untuk mereka..Masyaallah..Syukur Alhamdullillah diberi peluang sebegini..
Selepas pemberian Zakat & Goodies Bag adalah Acara Nyayian persembahan dari Artis Jemputan Elveena Iris dengan lagu Suasana Hari Raya & Gadis dan Bunga sambil itu...
Anak Anak ini di ajak bermain bunga api yang disediakan oleh rakan niaga Royce iaitu Iman Kassim ..
Sambil bermain bunga api dijamukan dengan AirKrim calong yang disediakan oleh Puan Aznin
Makan Aiskrim & Bermain Bunga Api ...yeayyy Cd kat tangan Royce tu maknanya kejap lagi kena nyanyi ...he he
Sambil bermain dan tengok wayang pacak...tetiba ada kejutan plak!
Kidd Search muncul untuk memberi Goodies Bag Tangan hasil kerja tangan Isteri beliau iaitu Puan Aznin (Tokey daaa)
KENANGAN TERINDAH DIHARI LAHIRKU
Akhir sekali sebelum pulang -----
Anak-Anak Yatim Sungai Mangis Kuala Selangor, Kami amat terharu dan terkejut apabila mereka semua beratur dengan tertib dan telah siap sedia mengangkat tangan untuk membaca Doa Khusus buat kami semua dan ucapan Terima Kasih sebelum berangkat pulang kekediaman mereka. Wah!! Sop sop sop>>>

Sambil tengok IRON MAN ..
Acara bergambar beramai-ramai untuk kenangan abadi
KENANGAN TERINDAH DIHARI LAHIRKU
Hari pun dah semakin larut malam, jadi pengasuh mereka dah bagi signal untukl pulang...ceddih..
Ini yang paling Terbaek sekali ..
Puan Aznin - Royce Sa'ayan - Hasbe Zuzaini - Cikgu Zaini - dalam keadaan yang hiba kerna anak anak akan pulang meninggalkan kenangan seribu makna ..Akhir sekali sebelum pulang -----
Anak-Anak Yatim Sungai Mangis Kuala Selangor, Kami amat terharu dan terkejut apabila mereka semua beratur dengan tertib dan telah siap sedia mengangkat tangan untuk membaca Doa Khusus buat kami semua dan ucapan Terima Kasih sebelum berangkat pulang kekediaman mereka. Wah!! Sop sop sop>>>
YA ALLAH KAU BERIKAN LAH KEDUDUKAN YANG TINGGI DAN TERPUJI BUAT BAGINDA NABI JUNJUNGAN RASULLULLAH S.AW DAN PARA SAHABAT NYA JUGA SELURUH UMAT NYA -
SERTA KAU RAHMATI DAN BERKATI LAH ANAK-ANAK YATIM SUNGAI MANGIS INI.
AMIN YA RABOLA'LAMIN
ILLAHI ANTA MAKSUDI WAREDHAKA MATLUBI.
SYUKUR ALHAMDULLILLAH.
Thank You My Sista!!
Till next Event..
Da daa...