3 December 2012

Royce Sa'ayan ke Malam Mesra MACP 2012




 

#C1
Jemputan ke malam mesra MACP 2012, tahun lepas royce bertuah kerna numbor naik untuk cabutan bertuah, jadi dapat lah Sony Mini Compo radio untuk kenangan... Tema tahun lepas Hitam Merah 2011. Tahun ni penganjuran di adakan di The Royal Bintang Damansara bertema kan Hijau.. (GreenField)
aduh!! itu lah warna yang jarang ada dlm wardrop royce... tapi takpe..tengok je lah malam ni..


#C2
Ok, malam semalam selesai majlis makan malam mesra MACP 2012, Tahniah MACP di atas penganjuran dan juga kepada yang menang lah! yang lain NO KOMEN!!
Pakaian Jaket Hijau (Chanel) jadi pilihan aku malam tadi.. alright dah tu! tapi...
 
Ada pulak kes terjadi masa dalam perjalanan tu.. isk isk isk!!! majlis mula jam 8.00pm jadi 6.30pm dah keluar rumah memandang jalan memang confirm sesak di lebuh raya ampang menuju mmr2..aduh tiba tiaba kereta over hitting so tak nak ambil risiko tinggi ambil keputusan untuk singgah bengkel, Fuh! 1jam settle dan terus kan menuju ke damansara...sampai area 8.15pm sekali salah Hotel da ingat kan Royal Bintang The Curve, ehm U-TURN kata nya, walaumacamana pun sampai.. bak kata Pak Ajis (Bujang Lapok) "Sampai tu memang sampai.. sampai naik kematu punggung saya" ha haa ha... 9.00pm masuk dewan majlis dah pun bermula..dengan pengurusan tenaga kerja MACP tak lah terpinga-pinga cari tempat duduk.. terima kasih... ehemm apa lagi perut pun dah keroncong dapat tempat duduk dengan tak menbuang masa langsung aje jamah apa yang ada di atas meja... nasib baik baru pembuka mulut (Appertizer) ok Jugak tu Chinese Corse!! Jadi selain menikmati hidangan, royce ditempatkan semeja bersama-sama Komposer2 dan Penulis2 Lirik berbangsa China yang terkenal serta penerima/penyampai Anugerah. ermmm ok jugak tu.. yang paling comel sekali bila orang melayu bercakap bahasa China dan Orang China berbahasa Melayu..(GeliHati)selesai majlis sesi bergambar macam biasa!! sedikit photo buat kenangan...
 
 

   
 


1 December 2012

Royce Ke MAHA EXPO 2012

Itu hari tak sempat nak pos gambar Pokok bunga ros yang di beli di MAHA EXPO 2012..
masa beli bunga bunga masih berputik, Photo ni di ambil selepas 3hari bila ros mula mekar dan berbau harum.. Aku nama kan dia My Baby Royce Roses

Niat di hati bila My Baby Royce Roses mula membesar ingin cabah kan lagi benih bunga Ros ni biar sampai dia memenuhi ruang halaman rumah Royce. Jadi nanti bila tetamu datang bertandang disambut dengan bauan yang harum . itu pun kalau panjang umur.. insyallah



Salam, Royce baru balik Berkunjung ke MAHA EXPO 2012, memang menarik selain selagu 2, terasa sangat bangga melihat barangan buatan dan hasil kerja orang kita yang inovatif & proaktif.. 
I Love MALAYSIA.. Aku berdoa agar penjualan Audio Cd Original hasil karya kita dapat di kembali kan zaman nya sama agresif dengan sewaktu dengan nya sekarang dan untuk pada masa akan datang, insyaallah!!

tempat yang paling royce suka ialah AGROMAS


 
sebelum balik sempat beli pokok bunga ros kecil.. balik nak tanam dan bela molek
Bunga Ros kesukaan Aruah Bonda Hajjah Rukia