8 June 2021

Penutupan 2020 dan pembukaan 2021- Saf Mahabbah Mawlid Smiah 2020/2021

SAF MAHABBAH MAWLID SMIAH 2020/021


Saf Mahabbah Mawlid Smiah 2020

Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Esa yang melimpahi Nikmat dan Rahmat kepada seluruh manusia dan alam sejagat. Allahumma solliala saiyidina Muhammad SAW..

Sekali lagi tanpa dijangka dan terduga menerima tugasan hebat ini. Pada mula nya hanya dipelawa untuk melangsungkan Module Qasidah untuk Sekolah Menengah Islam Al Haj Bukit Rahman Putra Sungai Bulih atau singkatan SMIAH. ini bertujuan bagi membantu hal prasarana & kebajikan sekolah sahaja, tapi setelah beberapa kali hadir mesyuarat maka tercetus berbagai idea untuk tujuan tersebut dan langsung dipelawa dan melantik Royce sebagai Penyelaras Program SMIAH. Alhamdullillah

Memandang kan Mind Partner Royce adalah Cikgu Siti Hajar (yang mengajak ke SMIAH) maka rasa keyakinan diri untuk menterjemah sesuatu program dalam bentuk Event/Majlis pasti berjalan baik. Confident mau ada! 

Walau pun dalam keadaan Seluruh Dunia mengalami Pendamic Covid19 dan Kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan menganjurkan pengamalan NORMA BARU berpandukan SOP - Pakai Pelitup Muka (Facemask) - Kerap basuh tangan - Pakai Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer) - Jaga Jarak (Social Distancing)..So!!! bagaimana nak buat program dalam keadaan begini?

Pertama nya MINTA DENGAN ALLAH, selepas solat mohon doa supaya Allah permudahkan urusan kebajikan ini dengan niat yang ikhlas untuk membantu mereka amat memerlukan.dengan kerjasama pihak SMIAH dan rakam

berbagai dugaan yang tiba semasa pengendalian dan penyelarasan majlis ni, Subhannallah.. kita hanya merancang dan moga Allah memberi restu dan melancarkan tugasan.

Setelah berinterkasi dengan rakan rakan artis yang dijemput, maka pembahagian tugasan siap dan jelas.dan masing2 sedia untuk menjayakan nya... Alhamdullillah. 

Antara segment yang disediakn dalam Program SAH MAHHABAH MAWLID SMIAH 2020/2021 adalah: 

Chatting Dhuha Smiah bersama Panel Puan Hajjah Zaujun (Pengetua SMIAH) dan Usatzah Nur Aqidah Mawardi (Pendakwah Musliamah TvAlHijrah) dengan topik AKHLAK - AQIDAH - SHAKSIAH.

KOTAFIS Bazar segmet Al Mubieat - Jual Beli secara online yang dikendalikan oleh En Shahadan juga selaku pengacra bersama.

Muazzin & Selawat Challenge yang dikendalikan oleh Cikgu Siti Hajar Ismail selaku (Guru Vokal dan Penyelaras Pendidikan SMIAH) bersama Ustaz Zoul (Pengasas Akademi Muadzin)

Persembahan dari Artis Nashid Al FANN, EL KHADIJAH, SAFIYA dan Kumpulan Qasidah EL QASSH

MAJLIS MAWLID SAF MAHABBAH CINTA RASUL -QASIDAH & TAUSIAH Gabungan bersama Imam Syazly (Mantan Imam Masjid AsSyakirin KLCC) AL FANN, EL QASSH dan SMIAH. bagi sesi Penutup dan menyambut Tahun baru 2021.

Seharian program ini berlangsung dari SMIAH dan dipancarkan secara langsung ALAM MAYA (Online Streaming) Menerusi rakan kerjasama media sosial ISLAMICTUNESTV dari jam 9.30pagi hingga 11.30 malam (Sambutan Tahun Baru 2021) 

Dalam misi mengumpul dana Sekolah Menengah Islam Al Haj Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor. Syukur Alhamdullillah Program berlangsung mengikut jadual yang dirancang walaupun ada kepincangan sana sini sedikit namun ROH program ini dapat disampai kan dan diterjemahkan dengan hati yang ikhlas kerna ALLAH SWT. As Syukran Allah.

Allahumma Solilliala Saiyidina Muhammad.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد












14 January 2021

2020 berlalu tinggal kan Pilu - Aku Tak Tahu

 AKU TAK TAHU - ROYCE SA'AYAN

LIRIK

1ST v: KALAU KU TURUT    

SEMUA MAHU MU          

KEHENDAK MU SAJA   

BAGAIMANA KAH   

 

2nd v: KADANG TAK TAHU             

APA MAKSUDMU                  

MENDUGA SELALU

TAK TERTANGGUNG

 

#: SIKIT HAL PUN KAU NAK PERBESARKAN              

APA JADI JIKA SERIOUS….TOLONG   

SEHARUS NYA KAU LEBIH MENGERTI              

KERNA AKU TAK SEKOLAH TINGGI…SAYANG  

 

1ST C/O: JANGAN KAU BEGITU                    

TAWAR HATI KU MELIHAT MU        

HINGGA KU TAK TAHU

MANA PERGI JANJI KU

JADI MILIK MU

 

2ND C/O: SEBELUM KAU JAUH

SEBELUM KU JEMU… OH FAHAMI LAH

HINGGA KAU KAN TAHU

BAGAIMANA… KU MENYAYANGI DIRI MU


Lagu & Lirik - Zali Ghazi

Album - Yang Lazat

Artis - Royce Sa'ayan




10 November 2020

Langkah Definasi Corak Seni Muzik Islamik

Langkah Definasi Corak Seni Muzik Islamik

D'Royce Sa'ayan - IslamicTunes

Assalamualaikum wbt, kita sambung lagi episod lain kali ini tentang Langkah Definasi Semai Seni Muzik Islamik setelah berjinak-jinak dengan bergaul sambil menimba ilmu sedikit bersama sahabat sahabat yang meminati seni islamik seperti Mengaji, Nashid,Marhaban, Qasidah, Syair dan tak lupa mengamati Syarahan, Tazkirah, Tausiah lain-lain hal mengenai Agama Islam.

Bermula dengan merakamkan Doa Alquran bersama Cikgu Siti Hajar seterusnya mencuba resepi baharu menerbitkan Kumpulan Nashid Wanita yang di panggil EL KHADIJAH dengan lagu AS SYUKRAN ALLAH. Alhamdullillah lagu selamat dilancarkan dan mendapat kerjasama Loonaq Records sebagai pengeluar saluran Digital, dah boleh pembelian muat turun di mana mana platform media sosial seperti ITunes, AppleMusic, Spotify, Joox, Deezer dan lain lain app.


Kemudian, datang pula ilham baru untuk menerbitkan satu single untuk kumpulan Nashid Lelaki yang dikalangan mereka adalah Tenaga Pengajar Sekolah AgamaArab ILMI Ampang seramai 6 orang yang menggelarkan nama mereka sebagai AL FANN.

Dengan pengaruh dan kerjasama yang sangat baik maka terhasil sebuah karya secara Akustik Percussion (Alat Gendang) sahaja bersama Vokal. jadi lah sebuah DOA TAFRIJIYAH dalam 2 versi iaitu Arab dan Terjemahan Bahasa Melayu. karya ini juga mendapat kerjasama dari LoonaqRecords dan Laman Portal Rasmi ISLAMICTUNES bagi pengeluar Digital dan boleh cari di Youtube - 

AL FANN _ DOA TAFRIJIYAH


Ceriter penerbitan tergendala apabila tibanya Malapetaka Dunia didatangi Pendamic Covid 19 selama hampir setahun.. Masyaallah. walau apa pun bagi mencari ketenangan dan di waktu ini kesemua manusia sedang dalam gundah gelisah tak menentu dalam mencari punca pendapatan yang semakin merundung termasuk lah Royce sendiri. Cuba BERTAHAN apa yang ada... Insyaallah

Bagi menghilang kan gelisah, Stress yang ada dan dorongan sahabat sahabat yang sedia ada kami berkumpul setiap minggu untuk meneruskan Program SANTAI QASIDAH yang telah pun dilangsungkan di FB LIVE Sofahalal Komunikasi Terkini setiap minggu. Nama Kumpulan ini digelar EL QASSH. bermula dari 3 orang kemudian bertambah dari 4-5-6-7-8-9-10 orang... Kadang2 Live ada yang tak dapat hadir.. (boleh tengok di FB Sofahalal) konsisten mereka utk sesi latihan sangat terpuji sehingga mampu membuat persembahan di Majlis2 Ilmu dan Perkahwinan. 



Aktiviti Ber Qasidah ini membuat kan rasa kepuasan yang berbeza dari Ilmiah dan Jasmaniah, Tak disangka-sangka selain dipanggil di majlis dan live Santai Qasidah setiap minggu dengan menerokai Ilmu seni yang ini mampu menebusi pasaran Dunia Islam yang mana pada tahun ini Sempena MAULIDUR RASUL bersama 12 Rabiul Awal 1442h ELQASSH di panggil untuk menjadi perserta dalam Program WORLD MAWLID CELEBRATIONS 2020 anjuran TV.SUFI & ISLAMICTUNES dengan kerjasama MAWLID FEST, THE CAPAL, ASSOCIATE ARRUMI dan lain lain penaja serta rakan rakan niaga strategik telah berjaya di laksanakan pada 28/29 Oktober 2020 yang melibat kan 16 buah NEGARA ISLAM di saluran media Sosial TV.SUFI yang mana VIEW telah hampair mencecah 1 juta penonton..


| 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗'𝗦 𝗙𝗜𝗥𝗦𝗧 𝟮𝟰 𝗛𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗩𝗜𝗥𝗧𝗨𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗪𝗟𝗜𝗗 𝗖𝗘𝗟𝗘𝗕𝗥𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟬|
.
.
Festival of Unity& Love : Rasulullah SAW🌹
33 Muslim icon from 16 nation will be participating in 𝑾𝒐𝒓𝒍𝒅 𝑴𝒂𝒘𝒍𝒊𝒅 𝑪𝒆𝒍𝒆𝒃𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 2020. Representatives from different language, background & culture will share their thoughts & love towards Prophet Muhammad ﷺ.

𝑺𝒐𝒍𝒍𝒖 𝑨𝒍𝒂𝒏 𝑵𝒂𝒃𝒊𝒚 ❤️
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

𝟏𝟏 & 𝟏𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐀𝐰𝐰𝐚𝐥
𝟐𝟖 & 𝟐𝟗 𝐎𝐜𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎
𝟗.𝟎𝟎 𝐏𝐌 (𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑻𝒊𝒎𝒆)
𝟐𝟒 𝐇𝐨𝐮𝐫𝐬 𝐎𝐟 𝐌𝐚𝐰𝐥𝐢𝐝 𝐀𝐫𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐓𝐡𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝

Organised by :
tvsufi.com
IslamicTunes

Sponsored by :
The Capal
Khalifah Group Official

Co-operated by:
Mawlid Fest
Malaysian Cultural Society of Ar Rumi
Flensa Production
Layar Temir Bookstore
Ummah Care Organization
Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia
Kapten's Snack HQ
MyCar
Kuya Kreatif
EKONG - Pusat Servis Aircond Kenderaan
:: LQ Muslim Collection ::
Sofahalal Komunikasi Terkini

Jazakumullah








sampai jumpa lagi ya!







BICARA SENI VOKAL gandingan 2 Kolaborasi capai matlamat

Berganding bahu dalam program 

BICARA SENI VOKAL (tahun ke 2) di LIVE FB Sofahalal Komunikasi Terkini bermula dari pertengahan tahun 2018 hingga lah sekarang, November 2020

Bayang kan setiap minggu kami berdua akan membebel berceloteh berbagai topik pilhan. Dari Hal Suara Jasmani hingga Rohani. Tema yang sering di Highlight

"SUARA ADALAH TUBUH BADAN KITA"

Dipendekkan cerita, Oleh kerna terlalu banyak permintaan agar program ini dilakukan di luar lokasi maka terhasil lah beberapa buah program yang telah kami Terbitkan seperti gambar2 dalam Poster dibawah ni... antara nya seperti Program

1- Bicara Seni Vokal - LIVE FB Sofahalal Komunikasi Terkini & Lokasi Strategi Pilihan

2- Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran - Rumah Ngaji Zuliana Ar Ridzuan

3- Busktalk - Lokasi Strategi Pilihan

D'Royce Sa'ayan & Cikgu Siti Hajar Ismail 

In
Inovasi Sura Dalam Bacaan Al Quran 

Peserta2 INOVASI SUARA DALAM BACAAN ALQURAN

Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran

Inovasi Suara Dalam Bacaan AlQuran bersama Pengasas Rumah Ngaji Zuliana Ar Ridzuan
Datin Hartini Abd Gani

BUSKTALK
BUSKTALK 

BUSKTALK dan Pelancaran Single EL KHADIJAH - ASSYUKRAN ALLAH
 

BUSKTALK & KLINIK GITAR 


KARNIVAL
Karnival Mahabbah Maulidur Rasul - Sekolah Islam Arab ILMI AMPANG

Karnival Ronda Ronda Balik Ke Sekolah Agama TTDI 

Karnival Muhibbah Masjid Usamah Bin Zaid


SyukurAlhamdullillah, usaha ini sangat berbaloi!
hingga ke episod lain okay...
Wassalam








DOA Al QURAN - Royce Sa'ayan featuring Siti Hajar Ismail

Kolaborasi Royce Sa'ayan dan Cikgu Siti Hajar Ismail
(DOA ALQURAN)
Assalamualaikum wbt, 
Terbit nya ilham duet ini semasa kami sama sama mengendalikan program Bicara Seni Vokal di Studio Nakhoda Alam ... dan kebetulan bekerjasama dengan IslamicTunes untuk memeriahkan lagi Industri Nashid. Maka terhasil DOA ALQURAN ini dalam versi Arab dan Bahasa Melayu.
Semoga bermanfaat, Insyaallah  Dan Terima kasih semua yang mendengarkan nya.


Lirik Melayu - Doa AlQuran

 Allah Rahmati Kami dengan Al Quran 
Jadi kan ia Pimpinan Cahaya 
Petunjuk dan Rahmat

Allah ingat kan kami
Apa yang terlupa ajar kan lah
Yang tak di ketahui

Rezeki kan kami membaca nya
Siang dan malam
sepanjang siang dan malam
Jadikan ia penolong kami
Ya Rabbal A'lamin

DOA AL QURAN di terbitkan Sempena MALAYSIA QURAN HOUR